Saturday, November 14, 2009

Pemilik Master Bedroom

Assalamualaikum..

Kelibatnya di mana-mana..itulah pandangan yg boleh diberikan oleh PENULIS. Kebanyakan gambar yg terdapat dlm blog ni ade kelibat dia. Memang peranannya tak boleh dinafikan..hahaha..demi tidak menafikan kewujudan dia..maka saya perkenalkan MUHAMMAD HAKIM BIN SHAFIE (bukan nama dalam IC) naik ke pentas...

(!)keterangan di bawah adalah daripada perspektif penulis, utk maklumat lebih lanjut boleh tanya Nabil Fikri selaku rumet hakim(!)

Pertama kali aku jumpe dia..ktika aku menyelit dalam forum di bilik wan.Inilah kali pertama aku nmpk die secara rasmi..Setiap kali aku cakap..dia akan angkat kening(keningnya bole rujuk pd gambar paling bawah sebelah kanan) mcm "the rock".Lepas tu die mesti gelak(mmg sudah dijangka..). Kekerapan ketawanya telah menimbulkan beberapa teori yg mengatakan dia ni ketawa sejak lahir..hahaha..Oleh sebab itu (kesalahan tatabahasa) termaktub namanya dalam enset aku "Hakim Phsyco"..(sekarang da tuka kepada Hakim G.LVL 1)..

Seperti Azrul Amri (entiti yg pernah diceritakan sebelum ini), biliknya mempunyai daya tarikan tersendiri menyebabkan aku sering berkunjung kebiliknya dan membina petempatan separuh kekal di situ. Selain biliknya paling besar di floor kami, biliknya juga kaya dengan bahan mineral yg terdapat di bawah mejanya yg tersusun rapi..iaitu air mineral. Manakala bahan yg diproses dari kilang terkumpul di dalam almari beliau, menjadi tarikan pedagang asing.

Kereta KANCIL nya yang dia gelar KAMBING amat dikenali penghuni blok Aristotle. Walaupun pada mata kasar hanya sebuah kancil, tapi jika dilihat menerusi mikroskop keretanya adalah sebuah MPV yg boleh membawa muatan tujuh orang remaja malaysia sekali gus(haha gi bazar ajk satu floor). Konklusinya dia ni sgt baik, suka bagi or share barang2 nya...KECUALI!..handset. Hahaha..sepanjang kenal dia, PENULIS tidak pernah berpeluang memegang ensetnya melebihi 5saat!..(pernah sekali ketika cubaan melarikan enset dia..haha)..

Pernah sekali kitorang berdiskusi...

"Kau lagi kuat tido dari aku" salad mengemukakan tuduhan..

"Aku rasa kau lagi kuat tido adela.."hakim membalas tuduhan salad..

"Yeke..aku rase kau..sebab aku nmpk ko tido lg byk drpada kau nmpk aku tido.." salad terus menyerang..

"hahaha..yeke..aku nampak kau tido lg byk kot..hahaha"hakim terus menafikan fakta salad.

.....dan sehingga kini persoalan mereka masih belum terjawab..jika anda ingin menentukan jalan cerita seterusnya..seperti biasa taip ON IMPIAN dan send ke COMMENT..anda berpeluang menaiki sebuah kereta kancil ke kedai ROSWEL satu malam secara PERCUMA!!!

Baru-baru ni satu khabar angin muncul mengatakan Hakim Shafie ialah anak menteri pembangunan luar bandar..betul ke??..hahaha..tapi..dia menafikan..baru-baru ini juga, Hakim telah secara konsistennya meng"comment" di B.L.O.G..haha..

terima kasih3x..

10 comments:

  1. haha.. lol!
    nape keta tu digelar KAMBING??

    ReplyDelete
  2. husna- peraduan da tutup..huhu..

    hakim- sabo hakim..semua gamba ko ensem2 je sumenye..

    ain- sebab...haha..bole tgk no plate kete die..

    hakim lg- jgn larang orang yg ingin tahu kebenaran..

    (approval)
    umaaaaarrrrr: ko kesah ke x? klo ko kesah aku tuka la

    Hakim: xkesah laa. haha. cey konon. haha. xpyh2.

    umaaaaarrrrr: yeahh aku copy..paste dekat komen blog ni..haha

    Hakim: paste ape?

    umaaaaarrrrr: menyatakan ko x kesah

    Hakim: ceyh bunag mse. kau xpyh paste pn mmg aku xkesah pn. haha.

    umaaaaarrrrr: ok..setel..

    (hakim mmg sharing)

    ReplyDelete
  3. salam
    hahah....tuk pengetahuan sume.....
    salad dr skul dlu mmg suke tydo..x kire r dlm klas or lab,,tp especially mse cg x de....
    qul-al-haq-walaukanamurro...
    hahhahah.............
    sekian......

    nmpk ye salad...ko mmg suke mmpgrhi org sekitar ko.........

    ReplyDelete
  4. wey apsl gmba aku dh hilg? smpi hati kau buang wajahku tanpa keizinanku :'(

    ReplyDelete
  5. aku paling suka post ni..ayat2 nye x menahan la hahaha sungguh creative penulisnye..

    ReplyDelete
  6. jangan nak kembang dgn pujian tu k huhu

    ReplyDelete

Boleh Lah Komen. Terima Kasih (^_^)