Monday, February 28, 2011

Psychology of Sports

Assalamualaikum,

Satu malam minggu lepas, saya/aku (potong mana-mana yg tidak berkenaan) saja buka account friendster. Ada satu mesej dlm inbox. Fu-yoh! Rupa2nya msg foward je.. Takbestlah. Lepas tu aku pon baca mesej2 zaman dulu kala.. Wow, dahsyat! Hampir lupa semuanya. Tegelak-gelak baca tulisan sendiri dan org2 lain. Cuba korang try. Try korang cuba. Cuba korang cuba. Try korang try. Cuba la. Try la.

 Ada beratus2 mesej. Maka dibacalah satu demi satu. Tersingkaplah memori silam. Langsung tak matang, tapi sekarang pon tak matang. Rupa-rupanya masa main frenster lagi merepek drpd masa main facebook. Ada juga yang sendiri menyesal tulis bende2 mcm tu. Sgt kurang sopan dan memalukan. Teruk betul.

Jika begitu penamaan peringkat kehidupan sewaktu remaja saya boleh dibahagikan begini;
> 13-17  (friendhood) -lebihkan kawan.
> 17-20+(facehood) -lebihkan rupawan.
(sape amek psycho leh kemukakan theory ni ..try korang try..)

Saya juga terkejut (0p0c0t!) kerana masih ada golongan-golongan yg masih aktif bermain friendster. Saya juga perasan yang majoriti pengguna friendster tak letak nama sebenar mahupun nama penuh. Sama la mcm saya. Saya juga kembali tringat yang nickname saya kt frenster berubah-ubah. Setelah cuba untuk ingat inilah antara nama2 yg berjaya ingat;

> MyUdDiN > UmAaaRrr > RiKa SuManTho > OroChipsMOru (sehingga kini)

...dan saya percaya ade beberapa yang lupe.


                     
(bila watak jahat dlm siri naruto orochimaru bergabung dgn biskut kegemaran kanak-kanak) 

Ok, itu saja. Kita beralih ke berita sukan. Silakan ADMIN-1
____________________________________________________
Terima Kasih ADMIN-2.

 Kebangkitan Harimau Malaya begitu mempengaruhi kebangkitan bola sepak Maahad Hamidiah Kajang. Setelah berjaya mengalahkan sekolah2 lain termasuk High School pada jumaat lalu, kedua-dua pasukan Under 15 dan Under 18 kini mara ke peringkat seterusnya. Kemenangan ini sekaligus memecahkan dominasi High School di daerah Hulu Langat selaku kuasa besar bola sepak yang sering melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
                                 
                                         (Pandangan SMKA MH dari atas. Kelihatan padang)

Kebangkitan ini membangkitkan semula harapan peminat-peminat bola sepak Hamidianz yang kerap kali dihampakan pada tahun-tahun dahulu. Sejak dari awal dianjurkan, perlawanan tahunan ini diadakan di padang Sekolah Maahad Hamidiah yang boleh memuatkan dua perlawanan pada masa yang sama. Namun pada kali ini, tuan rumah tidak mensia-siakan peluang bermain di laman sendiri yang dibanjiri yang peminat-peminat tempatan. (waktu aku dulu, ponteng kelas beramai-ramai sebab nk tengok bola..skang tak tau la..hehe)
              
       (Para pelajar berbaju melayu gembira meraikan MaulidurRasul, bukannye kemenangan bola sepak)

(para pemenang sempat bergambar bersama pingat masing-masing selepas kejohanan sukan tahunan sekolah, bukan kejohanan bola sepak)      

" Saya lihat ini sebagai satu perkembangan yang positif untuk bola sepak Hamidianz. Mereka menang besar terhadap High School dan juga pasukan sekolah-sekolah yang lain. Walaupun berstatus SMKA dan antara sekolah terbaik di Selangor dari segi akademik, mereka juga berjaya dalam bidang kokurikulum. Ini sekali gus menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa sekolah agama tidak berdaya saing dan tidak memberi ancaman kepada sekolah2 lain dalam bidang kokurikulumnya," kata seorang bekas pelajar sekolah ini yang kini masih menuntut di IPT yang ditemui semasa menulis blog beliau.

Sekian saja berita sukan untuk hari ini. Kembali ke Sri Pentas.
Silakan ADMIN-1
____________________________________________________


Terima kasih ADMIN-2
Berita sukan itu tadi mengakhiri  buletin utama pada kali ini. Sebelum melabuhkan tirai kami sediakan ucapan menarik. Semoga terhibur.

Terimalah ucapan Terima Kasih daripada saya.
Terima Kasih. Ambik la..

Sunday, February 20, 2011

Alahai Ana Raffali..

Assalamualaikum,

Jika anda search Ana Raffali di mana2 enjin carian dan keluar artikel ini jangan click @ baca kerana post ini tiada kene mengena dengan mana2 Ana mahupun Raffali. Habistu kenape nama post ni tajuk Ana Raffali? Sebab ini blog saya, so suka hati saya la kan. Lagi satu, suke hati la Ana Raffali dpt jd juara AJL. AJL je pon, bukan anugerah Nobel Keamanan.

Alahai subjek..

Untuk pengetahuan tambahan, semester ini saya ambil satu subjek sahaja(sebenarnye dua, tp yg lagi satu tak mendapat tempat dlm pengiraan matematik kerana kepentingannya menghampiri kosong, so bole abaikan). Walau bagaimanapun, ku sangkakan hujan sampai ke malam , rupanya tak hujan malahan air-cond rosak. Seorang consultant telah menempelak keputusan ku krn mengambil satu subjek. Maka ditempelak lah aku. Dengan itu, saya berterima kasih. Dia sebenarnye risau aku tak dpt fly sbb amek satu subjek je. Bagus kan? Walaupun dia marah, namun marahnya seperti yg digambarkan dalam pantun di bawah..

Pen merah,
Pen biru,
Consultant marah,
Sebab risaukan aku x dpt futher study dekat U.

Seperti manusia2 lain yg dimarahi, saya begitu kaget sekali melihat raut wajahnya. Teringat zaman kanak-kanak ketika dimarahi ayah (atau panggilan lebih mesra 'abah').

Alahai zaman kanak-kanak..

Siapa pernah kene libas tali pinggang sampi keluar daging? Siapa pernah kene hempuk dengan dekstop smpi  pecah? Siapa pernah kene penampar sampai putih mata berdarah? Siapa pernah kene sepak di perut sampai termuntah? Mesti korang tak pernah kene marah dgn ayah korang sampai mcm ni sekali kan? Aku pun tak pernah kene macam ni. Ayah aku seorang yg sgt berkaliber dan tau keupayaan fizikal seorang kanak-kanak bagi menerima hukuman. Setakat kene penampo, tali pinggang, sesi soal-menyoal yg menakutkan dan lain2 tu biasa la. Sebab-sebab yang sering menjadi kegemaran utk dimarahi ialah tak solat lagi, satu hari tak belajar dan buat bende-benda yg membahayakan diri.

Salah satu soalan yang masih terngiang-ngiang ialah..

"Kau ni nak jadi apa ha?!" @ "Dah besar nanti ko nak jadi ape ha?! Jadi hantu?!"

Jawapan feveret aku ialah 'geleng2 kepala' dan mengiyakan sahaja tuduhan2 yg dibacakan. Ibarat kata Earth Bernder paling kuat dalam City of OmaShu, Bumi.."its involved listening and waiting for the right moment to strike" (sila rujuk Avatar Book Two Chapter Three minit 21:51).



maka, jadilah aku seperti sekarang yang mungkin tak dikategorikan sebagai seorang yang baik, tetapi aku bukan seorang yang jahat. Ya, aku berhutang terima kasih dan budi pada abah. Disebabkan tak mampu bayar, so aku pon tak bayar. Yang mampu hanyalah, cuba tidak menjadi manusia yang dia tak nak aku jadi, iaitu seekor hantu. Dan disebabkan nama ku Salahuddin (sebutan arab Solahuddin)..maka bila org tanya ayah aku..

"Siapa anak yang soleh?"
"Yang tu, yg tgh mkn tu, Udin"
"Bukan yang tgh tgk tv tu ke?"
"Bukan, itu haziq, yg soleh tu yg tgh mkn tu"
"Dah agak dah".

(imaginasi penulis)

Amiiin..(mari amin beramai2..supaya aku menjadi pelaburan paling bermakna buat mak abah di dunia dan akhirat)

Ok,
Terima kasih.