Friday, May 28, 2010

MFB untuk umat Islam, ganti Facebook

Assalamualaikum...

petikan dari UTUSAN MALAYSIA-29 MEI 2010

ISLAMABAD 28 Mei- Rakyat Pakistan terus melancarkan serangan terhadap Facebook yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad, dengan membuka laman web sosial yang lain yang dikatakan mampu menghubungkan 1.6 billion umat islam dari seluruh dunia.

Sekumpulan pakar Teknologi Maklumat (IT) yang terdiri daripada enam orang muda dari Lahore,melancarkan laman web sosial di alamat www.millatfacebook.com selasa lalu bagi membolehkan umat Islam berinteraksi antara satu sama lain selain menentang tindakan kufur.

Usaha itu diadakan setelah mahkamah Pakistan menghalang penggunaan Facebook di negara itu sehingga 31 Mei ini kerana tindakan mereka menganjurkan "'hari melukis karikatur Muhammad' yang dianggap satu tindakan kufur serta mencabul kesucian Islam.

Dikenali sebagai MFB seperti facebook yang sinonim dgn FB,pengasasnye berkate,kumpulan pakar IT itu sedang bekerja keras memastikan produk mereka dihasilkan sama seperti yang ditawarkan laman web sosial yang beroperasi di California itu.

Setiap ahli akan mempunyai wall masing-masing untuk memberi peluang kepada rakan-rakan memberi komen mereka.

Selain itu, ia turut menyediakan kemudahan emel, gambar, video, dan ruangan sembang secara online.

Bagi umat Islam yang menggunakan bahasa Urdu, Millat, dirujuk sebagai negara mereka. Sejak tiga hari lalu laman web sosial yang kebanyakkannya merupakan warga pakistan yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Jumlah ahlinya dijangka meningkat walaupun masih jauh ditinggalkan berbanding Facebook yang mempunyai ahli lebih 2.5 juta orang di Pakistan.

"Kami ingin mengingatkan 'warga' Facebook, jika terus memperbodohkan kami, mereka perlu menghadapi sebarang kemungkinan," kata Ketua Pegawai Operasi sebuah firma perisian, Usman Zaheer, 24, yang mentadbir laman web sosial berkenaan.

"Jika seseorang melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad, maka kami akan menjadi pesaingnya agar mereka perlu menanggung kerugian," katanya yang menanam impian untuk mewujudkan laman web sosial terbesar untuk umat Islam. -AFP

Kawan-kawan, alternatif dah ada ni...ape tunggu lagi..join sajalah...ini perjuangan kita..walopon kita hanya bersenang-lenang di depan laptop tp ini dikira perjuangan lah jugak kan..bukan susah pon..ajak ramai2..promosi ramai-ramai..nanti ramai la..

www.millatfacebook.com

9 comments:

  1. wah, inilah bagus umat islam.. boykot2 tapi ada alternatif..

    haha, nak sebijik lak tuh.. boleh ke join?

    ReplyDelete
  2. boleh la...aku da join..tp pening aku..haha..x reti gune lagi..

    to be honest, x mesra pengguna sangat..tp aku rase baik join dulu..ramai kan pengguna..lps tu..bile die dah belajar..dah upgrade..dah cantik..kite tinggal facebook terus lewww...

    ReplyDelete
  3. hu..thnx 4 da info.....


    try la exposed post ni kt mne2...cbe tarik perhatian owg len gak...

    ReplyDelete
  4. ak??pengaruh ak x besar..vampires ko en bsr...

    ReplyDelete
  5. masalah betul..sampaikan jela...kalo semua mcm kau ni..mmg x berkembang la..

    ReplyDelete
  6. masalah betul..sampaikan jela...kalo semua mcm kau ni..mmg x berkembang la..

    ReplyDelete

Boleh Lah Komen. Terima Kasih (^_^)