Saturday, May 8, 2010

Saya tak lupakan cendol


Assalamualaikum..

Semua orang sekarang ini masih dalam mood luahan perasaan. Luahan perasaan tentang BTN. Pada saya pula BTN itu telah menambahkan lagi cinta saya pada negara. Saya gunakan perkataan tambah kerana saya memang cinta negara saya, dan cinta itu bertambah. Ini saja ulasan yang boleh saya buat. Ulasan menurut perspektif saya. Sore dake de ii.

Hari ini saya pergi ke gerai cendol, tapi gerai tersebut tutup. Saya bergerak ke gerai cendol lg satu, alhamdulillah. Walaubagaimanapun, cendol disitu tidak sesedap gerai cendol yang tutup tu. Walaubagaimanapun saya telah menempah tiga cendol bungkus dan bagi mengisi ruang waktu menunggu cendol2 itu siap saya sempat menjamu semangkuk cendol campur.

Untuk pengtahuan tuan2 dan puan2 istilah sebenar cendol campur tak sama antara kedai. Saya pun tak tahu kenapa. Ada kedai bila saya mintak cendol campur saya dapat cendol berpulut,berkacang,bercincau,dan berjagung. Ada yang hanya kacang,cincau dan jagung tanpa pulut. Ada yang lebih teruk lagi, bila saya mintak cendol campur saya dapat ABC???..ABC??..iya..mmg ABC. Namun ade yang lebih dahsyat ade kedai yang tidak tahu istilah cendol campur. Baginya ada 2 saja jenis cendol. Pertama cendol biasa yakni cendol semata-mata. Kedua cendol pulut yakni cendol campur.

Pening?? Baiklah, izinkan saya menerangkan sedikit tentang ilmu2 percendolan saya yang masih cetek ini. Maklumlah saya baru berjinak-jinak dengan cendol pada 2009. Saya menjadikan sebuah gerai cendol yang sudah lama beroperasi yang dikendalikan seorang India Muslim sebagai rujukan.Ini kerana mereka yang lama beroperasi sangat berpengalaman.

Di gerai ini cendol terbahagi kepada tiga. Pertama cendol biasa, mcm biasa jelahkan. Kedua cendol pulut, cendol ini adalah cendol mengandungi pulut. Ketiga, Cendol campur iaitu cendol yang dicampur pulut dan bahan2 aksesori seperti kacang,jagung dan cincau. Ada juga cendol spesial, tp saya x tahu ape itu.

Nasihat saya, jika ingin mengoder cendol tuan2 dan puan2 hendaklah ceritakan bahan2 yang diinginkan sekali. Supaya tuan2 dan puan2 dpt apa yang betul2 diinginkan. Nasihat saya..

"Pelanduk selalu lupakan jerat, tetapi jerat tak pernah lupakan pelanduk"..tapi mungkin pemburu lupa akan jerat yang dipasang sehingga pelanduk mati kelaparan. Dengan kesedaran ini saya menyarankan tuan2 dan puan2 makanlah cendol.

Terima kasih.

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. cendol selalu lupakan salad, tetapi salad tak pernah lupakan cendol hahaha.

    ReplyDelete
  3. haha.. kata-kata pak duka jugak kau ingat.

    cendol mmg best kan.. macam 1 malaysia la gak.. bak kata MJ..
    (walaupun dia bg contoh ABC, lebih kurang lah, Huhu)

    ReplyDelete
  4. aku pun ingat cendol ade dua spesies je. ^^

    ReplyDelete
  5. tips untuk penggemar cendol ke?

    ReplyDelete
  6. wawawawawa~~!!!!
    kelaka3~!!
    abc ker org tuh bg kauu??
    hahaha...~!! siannnyerr...!!
    bg ak, cndol byaserrrrrrrr plg sdappppp
    nyummy~!!

    ReplyDelete

Boleh Lah Komen. Terima Kasih (^_^)