Friday, May 14, 2010

Percutian Kecil

Assalamualaikum..

Seperti kebanyakan hasil tulisan aku, pada perenggan ini saya akan memberi sedikit penerangan mengenai inti-uc..owh maafkan saya..saya akan memberi sedikit penerangan mengenai intipati penulisan ini. Saya nak tulis berkenaan "Percutian Kecil" saya. Ini lebih berkenaan tentang sekolah saya SMKA MAAHAD HAMIDIAH dan kawan-kawan saya di SMKA MAAHAD HAMIDIAH dulu. Kepada kawan-kawan inti..hehehe..kamu semua kawan baru saya..dan insya Allah akan sentiasa berkawan macam kawan-kawan saya di MAAHAD.

Hanya selama lebih kurang 30minit perbincangan melalui Facebook, saya dan kawan saya telah merencana sebuah perjumpaan. Bersama lagi 2 org yang lain menjadikan kami semua 4 orang berjumpa di Alamanda (dekat..senang..dan murah..). Shaleh(leto) mengambil saya dirumah dan terus menuju ke rumah Muaz(muaz)melalui tol sg.ramal luar. Di tol ini saya begitu terkejut melihat Hasbi(sebu) menjaga tol. Eh, bukan..tapi hanya iras-iras je..."Die ni x de halkum"kate leto..

Dipendekkan cerita kami semua tiba di Alamanda setelah bertolak dari rumah Muaz, malangnya Muaz seorang anak mithali tak ikut kerana melaksanakan amanah sebagai seorang anak(bukan malang dia anak mithali, tp malang dia x dpt ikut..aihh). Selepas itu kami pergi ke KFC. Sekali lagi saya terkejut melihat Imanina dengan seorang laki makan bersama. Eh,bukan..tp hanya iras-iras je..."hahaha..sengal" kate leto.

Dipendekkan lagi cerita kami baru habis tengok cerita lelaki besi, kami pergi solat zohor dan selepas itu kami pergi KFC lagi. Kali ini kami ternampak Zulfa pula. Hahaha..adakah ini silap mata juga?..Tak..ini betul-betul Zulfa..Fatin pon ade jugak..haha..Zulfa yang perasan kehadiran kami menyorok di balik bekas straw dan mesin air..kehkehkeh..

Selepas itu kami pulang, saya dan hafiz pergi ke sekolah. Setelah solat asar, kami pergi bersiar-siar di sekolah. Kitorang masuk ke kelas 5ibnu sina yang sekarang ni dah jadi 4 razi kalau tak silap. Di situ kami conteng-conteng whiteboard, tulis info2 palsu+merepek di whiteboard macam sekola2 dulu. OWhhh..rindunye buat mcm tu..nak buat lagi..nk buat lagi..

Selepas penat merepek kami menuju ke kereta utk pulang. Alhamdulillah kami jumpa Cg. Maiselamah (Cikgu Mai)..hahaha..kami pon turun kereta dan bersembang-sembang..bercerita ttg keadaan sekolah dll..Cikgu Mai mendoakan kejayaan kami dunia akhirat..amin..

Lepas itu kami pergi ke rumah Akmal Azhar(model)..Lepas itu balik rumah...Beginilah hari Khamis saya diisi..Ketika itu saya berasa sangat bertenaga..bermotivasi..bersemangat..gembira..dan rindu..saya rasa satu perasaan yang dah lama saya tak rasa. Itulah perasaan saya mase sekolah dulu. Setiap hari saya rasa perasaan itu dahulu. Saya namakan perasaan "sekolah Maahad Hamidiah"..saya rasa
sangat sekolah Maahad Hamidiah..

Saya sayang sekolah saya..Alhamdulillah..Ya Allah kau pertemukan aku dengan MAAHAD HAMIDIAH..GURU2 MAAHAD HAMIDIAH..SAHABAT2 MAAHAD HAMIDIAH..ADIK2,KAKAK2 dan ABANG2 MAAHAD HAMIDIAH..WARGA MAAHAD HAMIDIAH..Alhamdulillah..

Terima Kasih..

11 comments:

  1. Jumpa kwn lama mmg best. :)

    Buruk betul la position kau duduk atas bola tuh o.O

    ReplyDelete
  2. Doa kau macam nak jadi Guru kat Maahad hamidiah.

    Ok lah tuh, kau bley ajar Bio, tak pon US history.

    wah, ke-cute-an kau tak berubah sejak dari skul smpai skung =)

    ReplyDelete
  3. wan..itu statement la wan...lebih jelas..Ya Allah terima kasih kerana "tidak melebihi 15 perkataan" ..faham ke??

    rudy..a'ah..ko pon bru lepas jumpe kan..cerita la pulak..

    aci..senyum2..jgn asek tensen je..

    ReplyDelete
  4. perghhh~!!!! comeyyy glerrr gmbaarrr~~
    klakaaa trsgt2 cter ko~!
    hahaha~!
    nper akmal model???
    nper shaleh da jd leto laa plk???
    n...nper tetiberr igt...iman????
    ehem2...hahaha~!

    ReplyDelete
  5. nadrah..kalo muke org tu macam kau..
    mesti aku ingat kau jugak..
    x de ehem2 nyee..

    ReplyDelete
  6. salahuddin ajak komen...
    saya dah komen...

    ReplyDelete
  7. aku rase mcm aku nmpk zakiul halim kt stu o.o

    adekah betul? maaf lah, sudah 7 tahun tidak ketemuan

    ReplyDelete
  8. rnduuu..nyer,,kt korg..
    aku x dpt ikOt..=(

    ReplyDelete
  9. Musafir Family Home Jasin Melaka Promotion Price RM70/night.Blog http://jasinhomestay.blogspot.com @ 0123736548

    ReplyDelete

Boleh Lah Komen. Terima Kasih (^_^)