Wednesday, November 3, 2010

Remaja

Assalamualaikum,

Saya adalah seorang remaja biasa. Membesar seperti remaja-remaja lain. Seorang mahasiswa sama seperti sebahagian besar remaja yang lain. Mungkin sama seperti anda. Perjalanan biasa laluan kehidupan remaja masa kini.

Konflik remaja. Kegagalan untuk melihat dunia ini melalui pandangan orang lain kecuali pandangan sendiri. Apa kita rasakan penting untuk diri kita mesti penting bagi semua orang lain. Jean Piaget, seorang penyelidik perkembangan manusia menamakan ia sebagai egocentric. Egocentric akan dilaui oleh kanak-kanak berumur 2 hingga 7 tahun. Namun, egocentric tidak sepenuhnya hilang sewaktu menginjak dewasa. Malah akan bercambah kepada dua jenis egocentricsm iaitu personal fable dan imagenary audience. Personal fable berlaku apabila seseorang menghabiskan masa sepenuhnya berfikir mengenai pandangan dan perasaan sendiri sehingga dia yakin bahawa dia adalah seorang yang istimewa, malah orang lain tidak pernah mengalami pemikiran dan perasaan yang sama seperti dia. Timbullah kata-kata " Kau tak faham aku, aku berbeza dari kau". Imagenary audience berlaku apabila seseorang merasakan yang semua orang perhatikannya. Menjadikan seseorang  terlalu risaukan pandangan orang lain terhadap rupa luaran dan gerak-gerinya.

Menurut Erik Erikson, seorang psikososial terapis, remaja akan melaui krisis identiti dan kekeliruan peranan. Remaja perlu memilih nilai dan tujuan hidup yang berkaitan isu-isu politik, pemilihan karier dan perkahwinan.  'Peer pressure' akan menyerang remaja yang bermati-matian untuk sesuaikan diri dan mencari indentiti dalam masyarakat. Akhirnya hanya menjadi seorang yang hanya memenuhi kehendak dan harapan rakan sebaya. Di hadapan ibubapa berlagak sebagai seorang anak kecil, berlagak sebagai seorang yang baik di hadapan guru dan berlagak remaja 'cool' dan nakal di hadapan rakan-rakan. Akhirnya akan menjadikan dirinya keliru akan semua peranan yang dilakonkannya dan apakah identiti dan peranannya sendiri.

Sebagai seorang remaja islam, sepatutnya fasa-fasa yang diterangkan tadi bukan merupakan masalah besar bagi kita. Kerana sebagai orang islam, dari kecil lagi kita sudah dididik untuk berlagak seperti orang Islam. Rasulullah sebagai 'role model'. Tujuan hidup kita sudah ada sejak dari kecil lagi. Malah sudah dididik supaya bersedia berhadapan kematian. Allah sebagai matlamat hidup. Hidup bersyariat dan menyebarkan syariat adalah cara hidup. Hidup sudah ada fokus dan terarah. Bila kata Allah sebagai matlamat hidup bukan bermaksud tolak dunia dan kejar akhirat. Untuk kejar akhirat pon kita perlukan dunia. Jika ada pemikiran yang berfikir bermatlamatkan Allah bermaksud menolak dunia menunjukkan pemahaman tentang agama Islam selama ini salah. Kajilah mengenai fahaman sekularism. Mungkin kita mangsa fahaman ini.

Jika kita menggunakan islam dan membesar mengikut acuan islam sebenar, kita sudah boleh mengeksploitasi diri kita semaksima mungkin sewaktu remaja lagi. Diwaktu remaja sudah memimpin. Diwaktu remaja sudah menjadi tokoh. Diwaktu remaja sudah berjuang. Waktu remaja adalah puncak kegemilangan hidup.

Sultan Muhammad Al-Fateh pemuda yang memangku takhta kerajaan Turki pada usia 19 tahun. Menakluk Kota Konstantinopel pada usia 21 tahun.

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

Usamah bin Zayd menjadi panglima perang seawal usia 19 tahun.

Seorang pemimpin perlukan ketokohan, kebijaksanaan, kestabilan emosi, kecerdasan minda, keyakinan diri yang tinggi, jati diri yang kuat, keperibadian yang unggul, akhlaq yang baik , pertimbangan yang baik dan lain-lain lagi. Malah seorang pemimpin perlulah mendapat kepercayaan dan dapat mempengaruhi segolongan besar masyarakat. Sewaktu remaja, siapa yang ada semua ini? Disiplin diri yang kurang. Jati diri yang terumbang-ambing. Memerintah empayar yang besar? jauh sekali. Dimana kita? Kita hanya remaja yang sibuk dengan fesyen, trend terkini, rancangan-rancangan televisyen, carta lagu minggu ini, Cinta Kirana sudah sampai episod 120, kasut baru adidas dah keluar, keropok twisties ada perisa baru, Rooney patah kaki dan Supernatural dah masuk season 20.

Lagi tentang kajian perkembangan manusia. Bilakah manusia akan mencapai tahap dapat mengeksploitasi diri sepenuhnya? Menurut Erik Erikson, mereka yang berjaya melepasi peringkat identity versus role confusion dan intimacy versus isolation akan berdepan dengan peringkat generativity versus stagnation. Mereka yang berjaya menghadapi peringkat ini akan menjadi soerang yang kreatif, produktif, pembina, dan memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat, negara dan generasi akan datang.  Bilakah  ini berlaku? Ini berlaku hanya ketika sebelum manusia menghadapi peringkat terakhir kehidupan iaitu peringkat ego integrity versus despair. Pada waktu ini seseorang sama ada mencapai 'wisdom', 'spiritual tranquility', 'a sense of wholeness' dan 'acceptance of his or her life'. Orang berumur yang berjaya melepasi fasa ini akan berasa puas akan kehidupannya dan tidak takut menuggu mati. Sedihkan. Kenapa?

Bila kita akan capai semua ini? Bila kita dah sakit-sakit tulang belakang. Kita dah ada kencing manis. Bila dah ada sakit jantung. Sedangkan Sultan Muhammad Al-Fateh dan  Usamah bin Zayd sudah mencapai tahap terakhir sewaktu remaja lagi. Sewaktu remaja sudah produktif, sudah berkhidmat dan memberi manfaat kepada masyarakat. Ramai lagi kehebatan remaja-remaja islam yang lain. Mungkin kalau Erik mengkaji perkembangan manusia ketika zaman kegemilangan islam susunan dan peringkat umur akan berbeza. Malah sewaktu kecil lagi kanak-kanak islam sudah mendapat ketenangan rohani. Boleh baca cerita-cerita kanak-kanak di zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat.

Peringkat menghadapi kematian. Teori Elisabeth Kubler-Ross yang dipersoalkan sesetengah pihak, menyatakan manusia melalui 5 tindak balas  ketika menunggu saat-saat kematian. Denial, seseorang tidak mahu menerima kenyataan yang dia akan berhadapan mati. Anger, sangat geram dengan hakikat dia perlu mati dan perasaan lemah dan tidak berupaya untuk mengubah keadaan. Bargaining, seseorang akan cuba membuat perjanjian dengan doktor ataupun tuhan. Depression, kesedihan daripada kehilangan dunia(e.g.,hilang kerja atau martabat) dan perkara yang akan datang(e.g., tidak berpeluang melihat anak membesar) dan akhir sekali acceptance, menerima mati sesuatu yang tidak boleh dielak dan tidak boleh lari dan akhirnya hanya menuggu saat-saat kematian tiba. Sedihkan.

Inilah yang berlaku dan mungkin akan berlaku kepada kita nanti. Menunggu mati dalam keadaan menyesal dan marah kerana kita tahu kita tak bole mengubah dan lari daripada mati. Kita hanya boleh menunggu mati datang menjemput dengan diam. Namun islam selalu mengajar kita bersedia menghadapi mati. Sekarang kita tak sedar, tapi nanti bila tiba saatnya barulah kita bersyukur pada Allah. "Ya Allah, aku bersyukur aku hidup sebagaimana kehendakMu selama ini, aku bersyukur kerana aku sudah lama bersedia menghadapi saat ini".

Saya cuma ingin berkongsi. Sayalah remaja yang dimaksudkan tidak produktif itu. Sayalah yang melalui laluan-lauan biasa perkembangan manusia yang dinyatakan pengkaji-pengkaji barat itu. Jika ini berterusan, sayalah yang akan menghadapi mati dalam keadaan yang dinyatakan Elisabeth Kubler-Ross.Saya ingin perjuangan. Saya perlukan rakan seperjuangan. Saya sangat lemah, sangat lemah. Ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan suci. Dengannya di sisi perjuangan ini senang diharungi. KepadaMu Allah kupanjatkan doa agar kau temukanku dengannya. Supaya kehidupan ini terarah.

Kepada pembaca, saya suka jika kalian sudi berkongsi pendapat, pandangan masing-masing atau/dan memberi tambahan jika ada.

Sekian.

6 comments:

  1. wow, sgt serius topik ni...tp bez..
    nk amek psycho jgk lh camni :D

    thnx 4 da reminder :)

    ReplyDelete
  2. Umar al khattab pernah berkata, jika bukan disebabkan tiga perkara ni, nescaya aku hancur di dunia ini. Puasa di hari yang panas, qiam di malam yg sejuk dan sahabt yang baik(menyeru kepada keimanan)..jom sama2 terus mncari! yang ada dekat2 kan, yang xde cari2 kan.. :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah very nice post.

    It is not always easy to incorporate the learning and grabbing the essence.

    Let alone to re-structure it into islamic frame.

    Perjuangan tidak mudah, ya, dan kawan sentiasa diperlukan.

    InsyaAllah, kita cuba jadi cermin untuk masing-masing ye Salad :)

    ReplyDelete
  4. impressed by this post..

    menjadi remaja yang produktif..

    bila berbicara soal remaja.. sahabatlah yang selalu menjadi topik utama.
    betul! sahabat yang dapat berdiri, jatuh, duduk dan bangkit bersama-sama kita dalam perjuangan untuk menjadi produktif adalah penting. salah pilih sahabat..salah jugalah pilihan yang kita buat.. dan pastinya pilihan itu akan membawa kita ke jalan yang tidak sepatutnya dijadikan matlamat. (tiba-tiba teringat The Road Not Taken)
    pilihan yang pertama yang kita buat, pasti akan effect pilihan yang seterusnya..

    untuk melahirkan remaja yang produktif, suasana tarbiyah itu juga penting kan? cuma... situasi remaja kini, tampak lebih mudah diserang dengan serangan pemikiran. Dalam kondisi ini, mungkin sukar untuk mewujudkan suasana tarbiyah tapi tak mustahil.

    moga kita semua thabat pada jalanNya dan dapat menjadi remaja yang produktif..

    sama-samalah kita saling mengingatkan..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..ya Allah..jika hari ini KAU berikan fahaman yang tinggi kepada adikku..moga2 akan datang aku juga dapat merasai kemanisan MEMAHAMI ilmu-ilmuMU ya ALLAH..

    jangan putus asa dengan keadaan sekeliling..harini kita sedar..kita kongsi..ada atau tidak..sikit atau banyak..mesti ada remaja-remaja yang mencari KEBENARAN terkesan dengan hasil tulisan kamu..buktinye..kakak kamu..salah seorang daripada 'kelompok' itu..terkesan di hati dan minda!!

    selagi ada insan seperti kamu dan sahabat2 kamu yang sering memberi peringatan meskipun menerusi 'alam maya'..insyaAllah..urusan dakwah untuk saling memperingati xkan luput..mereka y selalu mengingatkan kite kembali kepada Allah dan Rasul..mereka itu sahabat sejati..

    ReplyDelete
  6. Di awal pemerintahan Umar, satu rombongan dari Hijjaz telah datang untuk bertemu baginda. Rombongan itu menyerahkan tugas untuk bercakap mewakili mereka kepada seorang kanak-kanak yang belum sampai usia 11 tahun. Melihat hal itu, Khalifah Umar berkata kepadanya: "Berundurlah engkau dulu, agar orang yang lebih dewasa tampil ke hadapan."

    Maka berkatalah si anak kecil itu: "Moga-moga Allah mengekalkanmu wahai Amirul Mukminin! Sebenarnya manusia itu dihitung dengan dua anggota yang paling kecil baginya: iaitu hatinya dan lidahnya. Jika Allah sudah mengurniakan si hamba itu lidah yang petah, dan hati yang kuat ingatan, maka sudah tentu dia berhak bercakap. Wahai Amirul Mukminin, andaikata semua perkara diukur dengan umur, nescaya ada orang lain yang lebih berhak daripada mu untuk jawatanmu ini!"

    sumber: http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/1091-usah-malu-wahai-anakku.html

    ReplyDelete

Boleh Lah Komen. Terima Kasih (^_^)