Saturday, September 4, 2010

Malaysia, Indonesia dan Melayu? (UPDATED)

(tambahan pada perenggan tiga, dan kesilapan menaip telah dibetulkan)

Assalamualaikum,

Dalam kesibukan belajar di INTI yang masih baru mendapat status universiti, saya terbaca hasil tulisan warga indonesia di internet. Dalam kesibukan membuat perkara-perkara berfaedah yang diselangi bermain Counter Strike, saya terpanggil untuk memberi respon mengenai rasa tidak senang atau tidak puas hati warga indonesia terhadap malaysia.

Konflik di antara malaysia dengan indonesia ini bersifat sebelah pihak sahaja. Ini kerana rata-rata rakyat malaysia hanya terlintas pada perkara ini apabila 'terserempak' dengan berita ini di berita atau surat khabar yang sangat jarang memaparkan kisah ini. Ibarat pulang ke rumah setiap hari daripada kerja melalui jalan berlubang. Berlalu saja dari lubang itu, maka dilupakan terus. Pada esok hari lalu jalan yang sama. Namun kini, lubang itu semakin membesar. Barulah kami mula mengambil kisah. Indonesia menuduh Malaysia, Malaysia menolak tuduhan itu. Tak kisahlah. Apa-apapun perpaduan itu lebih indah.

Kes curi ikan. Ya, mencuri memang perkara yang dibenci. Bagus dan tahniah warga indonesia. Kejahatan memang tidak patut diredhai. Di perairan kami juga pernah dicerobohi dan khazanah lautnya dicuri oleh negara jiran seperti Thailand dan negara yang lain. Namun, saya tidak pernah mendengar rakyat malaysia begitu marah sehingga menghina negara tersebut. Hukuman dijatuhkan kepada pesalah bukan negara. Malahan jika begitulah penilaian warga indonesia(kesalahan rakyat sesebuah negara adalah kesalahan negara)maka sudah lama kami memutuskan hubungan dan membenci rakyat dan negara indonesia. Mula daripada pendatang tanpa izin yang masuk ke peraian negara ini yang mencecah beribu-ribu orang setiap tahun, sehinggalah masalah sosial yang ditimbulkan mereka di sini. Merompak, merogol, mencuri,buang anak dan sebagainya. Bahkan rumah saya sendiri pernah dirompak dan seluruh keluarga saya diikat. Belum lagi diteliti dan di sebut satu persatu kesalahan mereka. Pendatang tanpa izin ini pula dihantar pulang secara percuma ke negara masing-masing. Perkhidmatan bas yang digunakan pula berhawa dingin. Berjuta-juta ringgit dihabiskan hanya untuk menguruskan mereka sebaiknya. Kes pembantu rumah yang lari bersama harta benda tuan mereka. Lebih menakutkan lagi yang lari membawa anak tuan mereka, malah ada yang mendera hampir separuh mati.Tambahan ramai yang terlibat dalam kegiatan pelacuran. Beribu-ribu lagi alasan untuk kami membenci negara jiran ini. Kalau difikirkan kami dahulu yang mengadakan demontrasi "sweeping indonesia", kami dulu yang membaling najis di kedutaan indonesia, kamilah yang menuntut malaysia memutuskan segala hubungan diplomasi dengan indonesia. Namun, tidak pernah terlintas difikiran kami, negara jiran kita ini sedang mencabar kita. Mungkin kami tidak terlintas dengan perkara begini kerana media massa tidak membakar-bakar serta memburuk-burukkan indonesia, walaupun beribu alasan serta cerita boleh mereka siarkan. Kami sedar itu adalah kesalahan individu. Jelas bahawa ini adalah faktor manusia.

Sesungguhnya saya sebagai rakyat negara malaysia dan saya yakin majoriti rakyat negara malaysia tidak bencikan indonesia. Jika ada kebencian, itu bukanlah kebencian terhadap negara mahupun rakyat indonesia tetapi kebencian terhadap perlilaku yang menjengkelkan seperti membakar bendera dan sebagainya. Penekanan disini, bukan benci terhadap warga mahupun negara, tetapi benci pada perbuatannya. Buktinya ditaman perumahan saya, kami hidup sejahtera bersama warga indonesia malah kadang-kala mereka mengimamkan solat di surau. Kami pergi kenduri dirumahnya, dan dia pergi kenduri dirumah kami. Anak-anak mereka seronok bermain dan berlari-lari bersama kanak-kanak tempatan.Tidak kisahlah siapa yang melakukannya. Jika rakyat singapura yang melakukannya, maka marah dan benci pada perilaku rakyat singapura, jika rakyat brunei yang melakukannya maka marah dan benci pada perilaku rakyat brunei. Hanya perilaku yang sumbang itu dibenci. Namun, sedikit berbeza pada pihak indonesia yang menyatakan malaysia mencuri budaya mereka. Kebencian mereka adalah pada warga dan negara malaysia. Ini dapat dilihat pada rusuhan-rusuhan pelik yang mereka lakukan(berdasarkan pemerhatian reaksi di pihak indonesia, betulkan jika silap).

Lupakan 'pihak malaysia' mahupun 'pihak indonesia'. Kita kan satu rumpun. Ah, perlantakkan satu rumpun itu! Yang penting kita kan rata-ratanya beriman dengan shahadah "lailahaillallah muhammad rasullullah". Tuhan yang kita sembah sama, Nabi Muhammad penghulu kita. Mengapa perlu benci membenci? Kerana budaya? Perpecahan umat islam itu adalah kesilapan dan perpecahan umat islam hanya kerana budaya itu adalah kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku pun. Bangsa dilebihkan daripada agama.

Saya seorang melayu. Budaya saya adalah budaya indonesia. Tolonglah sedar. Ini budaya melayu. Budaya kamu juga adalah budaya kami. We originated from there. It was passed down trough generations. Isu ini timbul kerana warga indonesia dari awal lagi telah membezakan melayu malaysia dengan melayu indonesia. Geografi dan pengalamannya berbeza. Namun melayu itu melayu. Kami tidak pernah menyatakan BUDAYA MELAYU, MALAYSIA PUNYA DAN BUKAN INDONESIA PUNYA. Budaya melayu adalah kepunyaan melayu. Kita melayu. Kepunyaan kita. Kalau pihak Indonesia tidak benarkan kami mengaplikasikan budaya melayu kerana kami melayu malaysia, maka kamu perlu menyatakan budaya yang kamu tuntut itu adalah budaya melayu indonesia.Pada masa itu kamu telah memberi definasi hanya melayu indonesia adalah melayu dan berhak ke atas budaya melayu.

Bangsa bukan untuk diagung-agungkan dan merendah-rendahkan bangsa lain. Bangsa bukan untk dipersaingkan. Bangsa adalah indentiti istimewa yang perlu dipelihara supaya dapat dikongsi dengan dan dipelajari oleh bangsa-bangsa yang lain. Supaya setiap bangsa dapat berkongsi nilai-nilai murni dan mengambil pengajaran akan kekurangan sesama bangsa.Tuhan Pencipta Sekalian Alam berfirman dalam kitabNya,

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." ( Al Hujurat 49:13.)

Mainan media massa. Itulah yang mengawal fikiran dan membakar-bakar semangat kebencian ini. Mungkin media lebih mementingkan berita sensasi daripada sifat kemanusiaan. Mungkin media tidak kisah jika kita saling berbunuh-bunuhan asalkan mereka mendapat keuntungan.

Pergelutan, perpecahan dan peperangan. Jika tidak menyumbang ke arah perpaduan, janganlah menyumbang ke arah perpecahan.

Saya cintakan mereka yang mementingkan kecintaan yang murni.

5 comments:

  1. nice entry..

    rmai melayu malaysia yg asal keturunannya dari indonesia.. tak hairanlah kalau ade budaya melayu malaysia yang sama dengan budaya melayu indonesia..

    indonesia-malaysia, tiada yang berbeza melainkan kedudukan geografi..
    mengapa mereka sentiasa mencari kesalahan sesama kita dan sengaja mewujudkan perbalahan??

    siapa yang menjadi dalang semua ini?? malaysia?? indonesia?? atau ade pihak ketiga yang memang suka melihat malaysia dan indonesia berbalah..?

    Ya Allah.. jauhkanlah kami dari fitnah akhir zaman.. satukanlah hati-hati kami sepertimana Kau menyatukan hati-hati muhajirin dan ansar.. Bantulah kami dalam usaha memperteguhkan agamaMu...

    ReplyDelete
  2. hmm..sama agama pon nak berbalah..inilah umat akhir zaman..

    ReplyDelete
  3. kena berfikiran terbuka. fikir, fikir, fikir. demonstrasi pelik takkan selesaikan masalah. aiyaaa

    ReplyDelete
  4. outstanding.. salam ziarah dan hari raya..

    ReplyDelete
  5. masya Allah. suka entri ini. tapi bertepuk kena dua belah tangan, penduduk sana pun kena fikir macam ni.

    ReplyDelete

Boleh Lah Komen. Terima Kasih (^_^)