Monday, May 23, 2011

Saya Minta Tolong Kawan2

Assalamualaikum,

Lebih kurang setahun sudah berlalu. Peristiwa yang menimpa saya sehingga di masukkan ke dalam Hospital Serdang sudah pasti dan pasti menjadi satu sejarah penting dalam lembaran hidup saya. Kejadian itu, telah membuka mata bahawa kasih  ibu bapa dan adik-beradik sentiasa ada untuk saya.


Ramai kawan saya kata yang mak saya sangat rilek semasa saya di tahan dalam ward ICU. Dalam hati saya, saya sgt bangga sebenarnye sbb mempunyai mak yang sangat otai. Huhuhu..

"Mak kau relek je, siap bole kate macam ni...'Salahuddin tu memang mcm tu, degil'..." kata Aiman Zuhali.

Di sini saya ingin beritahu kenapa mak saya nampak begitu tabah. Cerita ini saya dapat daripada kakak saya.

Hari pertama saya dimasukkan dalam wad pemerhatian selepas solat maghrib maka semuanya bermula. Segala wayar bumi, wayar hidup, wayar telefon dan wayar less telah disambung pd badan saya. Pertama kali mak lihat keadaan saya, mak pegang dada dia dan jalan kehulu ke hilir tak tentu hala sambil muka menunjukkan seribu satu kerisauan. Satu monolog dapat ditangkap..

"Kenapela Udin ni..suke sangat sakit pelik2..."

..lebih merisaukan hati emak bila doktor yang memeriksa berkata..

"Saya tahu anak makcik dan pakcik muda lagi, tapi apa-apa pon boleh berlaku, kite berserah"

Cerita selanjutnya untuk scene ini saya tak tahu. Yang pasti sewaktu saya tidak berdaya membuka mata di atas katil sambil tercungap-cungap untuk bernafas, abah bisik pada telinga saya..

"Udin, mak datang tu.."

Saya kumpul kekuatan untuk buka mata lihat wajah emak sambil menggenggam tangan abah. Siapa tahu itu mungkin kali terakhir. Saya nampak emak berdiri dari jauh terpaku dengan muka menahan sedih. Saya tahu mak tak sanggup tengok saya mcm tu. Saya bagi isyarat untuk mak datang dekat. Mak kuatkan diri, datang dekat saya perlahan-lahan. Mak nk pegang pon takut-takut. Saya pegang tangan mak. Tak sampai berapa lama mak terpaksa lpskan tgn saya dan beredar. Mak tak sanggup melihat keadaan saya. Dengan penglihatan yang sangat kabur, saya nampk sorang demi seorang adik beradik saya datang.

Selepas tu saya dipengsankan sebelum dipindah masuk ke ICU.
(Black Out selama 3 hari)

Selama saya tak sedarkan diri..waktu ini lah kawan2 saya melihat ke'selambe'an mak saya. Namun, saya tahu dan saya yakin kawan2 saya juga tahu yang mak saya sedang menahan sesuatu yang berat dalam jiwanya. Mak tak menangis. Mak sembang-sembang dengan orang. Mak sendiri yang tenangkan orang lain.

Mak kata kat kakak..

"Mak tak nak fikir bukan-bukan. Mak tak nak fikir yang teruk-teruk. Kalau mak pon dah fikir macam tu, mak takut nanti keadaan udin lagi teruk. Yang penting sekarang ni mak terus berdoa. Mak tak nak merintih sebab kata2 mak akan jadi doa, mak akan terus cakap yang baik-baik je"

Mengalir air mata saya sewaktu mendengar cerita ini daripada kakak saya. Demi kesihatan saya, mak tekan kesedihannya. Mak terus paksa dan paksa berfikir positif. Mak tahan daripada cakap perkare yang bukan-bukan...

"Tadi mak masuk, mak tengok udin makin lemah...lepastu...dah la...mak tak nak cakap lagi..tak boleh,"

Mak simpan luahan hatinya semata-mata tak mahu cakap bukan-bukan mengenai saya. Pertarungan dalaman mak tak semudah yang disangkakan apabila setiap hari berita keadaan saya yang diterima semakin buruk. Semakin hari, kesedihan yang ditahan semakin menekan Ditambah lagi dengan berita kematian orang-orang lain dalam ICU. Seksanya, hanya Allah yang tahu. Beban dalam jiwanya dia simpan sendiri, semata2 tak mahu terkleuar apa2 kata2 yang boleh merencatkn kesembuhan saya.

"Mak takut kalau kalau Udin nak cakap apa-apa dekat mak. Mak takut itu pesanan terakhir dia. Dah la mak tak faham sangat."

OK. Ini cerita lama, cerita tahun lepas. Apa yang membuatkan saya teringat semula adalah kerana saya terbau kembali bau hospital serdang, bau sabun dia, bau sabun lantai tandas dia, bau ward dia, bau tilam dia, bau alat2 dia. Keadaan dalam ward semua saya lihat kembali. Segala perasaan itu dtg kembali.

Mak saya dan abang saya sekarang dimasukkan dalam Ward Pemerhtain di Hospital Serdang kerana Demam Denggi. Saya harapkan doa para pembaca kalian demi kesembuhan Mak dan Abang saya. Saya juga memohon kalian mendoakan kerahmatan dan keampunan dosa2 mereka drpd Allah SWT yang Maha Pengasih, Penyanag dan Pengampun.

Syukran, Terima Kasih, Thank You.

11 comments:

  1. bestest post! Insya Allah i will keep both of your mak and abang in my prayers. insya Allah insya Allah. Be strong to all your family members.

    Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

    (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Alam Nasyrah, ayat 5 dan 6)

    ReplyDelete
  2. semoga mak dan abg salad cpt sembuh... amin..

    ReplyDelete
  3. amin3....
    pukul 9 sat lagi mak dah boleh keluar hospital..
    abang belum lg..

    ReplyDelete
  4. bykkan bdoa ye salad.. insyaAllah kedua2 mak dan abg salad selamat..

    ReplyDelete
  5. oh, alhamdulillah, mak cik dah keluar hospital. insyaAllah, sihat-sihat semuanya nanti. lagipun hari bahagia abang pian dah dekat kan?

    moga selamat hendaknya :)

    ReplyDelete
  6. thanx semua..and alhamdulillah..abang aku pon
    dah keluar hospital~~..hahaha..terima kasih kpd yg mendoakan..segala kebaikan dtg dr Allah jua~..

    ReplyDelete
  7. semoga mereka dilindungi~

    ReplyDelete
  8. kau ni..x habis2 musuh2..
    insaflah..kembali ke jalan yang benar..
    hahaha..

    ReplyDelete
  9. bace balek post ni. :)

    ReplyDelete

Boleh Lah Komen. Terima Kasih (^_^)