Friday, August 26, 2011

Sungguh Sedikit Syukurku

Assalamualaikum,

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Sudah beberapa minggu saya dan kawan-kawan berada di perantauan. Segalanya semakin baik dari hari ke hari. Alhamdulillah kami kini sudah boleh merencana pelajaran kami, hal-hal rumah, kewangan dan perjalanan hidup dengan baik. Kami sudah berada dalam zon selesa. Alhamdulillah.

Mungkin masih belum cukup selesa kerana perbelanjaan kami yang terhad kerana sewa rumah yang mahal, bil eletrik yang masih tidak diketahui bayarannya, harga buku dan alat belajar lain yang kurang mesra dompet dan bayaran2 lain yang kadng-kadang datang tanpa diduga. Jarak rumah ke kampus juga agak jauh. Keadaan cuaca . Masih cuba-cuba memasak. Kurang arif dengan cara sistem universiti dan sistem pemarkahan. Masih janggal di tengah-tengah masyarakat asing. Kerinduan pada negara Malaysia tercinta dan keluarga.

Walau bagaimana pun, jika difikir semula, walaupun sewa rumah mahal, kami sudah ada rumah. Alhamdulillah sangat selesa. Lebih baik daripada keadaan awal terpaksa menumpang di rumah kawan yang beragama lain. Bukan masalah dia beragama lain, tapi masalah susah untuk kami beribadat lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Takut-takut menimbulkan perasaan kurang selesa. Kini kami boleh solat berjemaah selalu, bertarawih dan mengaji. Terima kasih Yee Sing dan kawan2. Mungkin bil eletrik mahal. Tapi kami ada eletrik untuk digunakan. Ada lampu untuk menerangi malam kami. Ada pemanas untuk menghangatkan kami. Alhamdulillah. Hanya perlu berjimat. Harga buku pula memang agak mahal. Namun kami masih berpeluang belajar. Luar negara. Pusat ilmu. Pusat pembangunan teknologi. Jauh lebih beruntung daripada mereka yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran. Jarak rumah yang jauh pun sebenarnya tidaklah sejauh yang mustahil untuk diharungi. Perjalanan mengambil masa setengah jam. Namun cuaca disini agak dingin. Tak lah penat sangat. Teringat cerita abah dulu yang berjalan kesekolah setiap hari bersama adik-beradik yang jaraknya sangat jauh. Beberapa kali mereka pernah pengsan. Namun keadan kami jauh lebih baik dari itu. Belum dikira pelajar pedalaman di Sabah dan Sarawak lagi. Alhamdulillah. Untuk sistem universiti dan sistem pemarkahan, kami sudah mula membiasakan diri dari hari ke hari. Senior-senior ringan mulut untuk menjawab persoalan kami. Memberi pendapat dan pandangan berdasarkan pengalaman mereka. Alhamdulillah.

Bila semakin hari saya rasa semakin tenang dan selesa, saya teringat bagaimana keadaan kami pada awalnya. Boleh kata "from ZERO to bajet HERO". Bila saya kata zero, cuba anda bayangkan, anda berada di airport, tiada ilmu tentang keadaan setempat, tiada tempat untuk dituju, tak boleh telefon apalagi inernet, tiada rumah dan tiada-tiada-tiada....Namun satu demi satu telah Allah adakan untuk kami. Kami usaha dari sehari ke sehari, bertanya sana-sini dan Allah datangkan bantuan melalui beberapa orang senior. Sorang demi seorang. Hari-hari yang mendung, yang membuatkan saya rasa macam nak menangis telah Allah gantikan dengan kehidupan yang saya dan kawan-kawan boleh bergelak ketawa (harapnya gembira dalam ingatan padaNYA).

Memang sebenarnya dalam fikiran kami masih risau akan bil-bil yang akan sampai hujung bulan ini. Dahi kami berkerut memikirkan duit yang entah cukup entah tidak untuk menampung kehidupan 4 bulan akan datang. Namun jika kami lihat sekeliling kami, Alhamdulillah, bagaimana Allah telah keluarkan kami daripada keadaan sebelum ini kepada sekarang. Kami dah ada bakul baju kotor kot!!~ Apatah bahan-bahan lain yang lebih penting dan perlu.Lihatlah nikmat-nikmat ini. Subhanallah. Saya masih hidup!~ Semoga saya dan kawan-kawan tidak lupa bersyukur pada ALLAH dengan apa yang TELAH ADA dan tidak ditelenggami benda-benda yang MASIH TIADA. Semoga benda-benda yang dikejar tidak melupakan kami untuk bersyukur pada benda yang telah Engkau adakan untuk kami.

Hasbiayallah wa ni'mal wakil. Ya Allah, apa saja yang aku alami, daripada nikmatMu daripada sesiapa dari kalangan hambaMu, tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan. Bagi Engkaulah pujian. Bagi engkaulah kesyukuran. Hanya inilah daya kami untuk bersykur pada nikmat-nikmatMu.

p/s: banyak yang tiada, tapi rupanya banyak yang telah ada. Iman, Islam, Ibu Bapa, Keluarga, Kesihatan, Kewarasan, Kawan......etc.

6 comments:

  1. Alhamdulillah.

    Allah mungkin tak bagi apa yang kita hendak, tapi dia bagi apa yang kita perlu.

    Alhamdulillah. Moga ingatan terhadapNya tidak akan luput.

    ReplyDelete
  2. yeay hari raya..haha..
    rendang2..come on wan...jomla buat rendang..

    ReplyDelete
  3. take all difficulties as a challenge.

    ReplyDelete
  4. musuh ku- tak nak la semua...separuh2 je bole tak?? hehe

    Rose of Deen- lepas like kene komen..hehehe

    ReplyDelete
  5. best2~
    "byk yg xde.. tp lagi byk yg ade"
    aj~

    ReplyDelete

Boleh Lah Komen. Terima Kasih (^_^)