Monday, February 28, 2011

Psychology of Sports

Assalamualaikum,

Satu malam minggu lepas, saya/aku (potong mana-mana yg tidak berkenaan) saja buka account friendster. Ada satu mesej dlm inbox. Fu-yoh! Rupa2nya msg foward je.. Takbestlah. Lepas tu aku pon baca mesej2 zaman dulu kala.. Wow, dahsyat! Hampir lupa semuanya. Tegelak-gelak baca tulisan sendiri dan org2 lain. Cuba korang try. Try korang cuba. Cuba korang cuba. Try korang try. Cuba la. Try la.

 Ada beratus2 mesej. Maka dibacalah satu demi satu. Tersingkaplah memori silam. Langsung tak matang, tapi sekarang pon tak matang. Rupa-rupanya masa main frenster lagi merepek drpd masa main facebook. Ada juga yang sendiri menyesal tulis bende2 mcm tu. Sgt kurang sopan dan memalukan. Teruk betul.

Jika begitu penamaan peringkat kehidupan sewaktu remaja saya boleh dibahagikan begini;
> 13-17  (friendhood) -lebihkan kawan.
> 17-20+(facehood) -lebihkan rupawan.
(sape amek psycho leh kemukakan theory ni ..try korang try..)

Saya juga terkejut (0p0c0t!) kerana masih ada golongan-golongan yg masih aktif bermain friendster. Saya juga perasan yang majoriti pengguna friendster tak letak nama sebenar mahupun nama penuh. Sama la mcm saya. Saya juga kembali tringat yang nickname saya kt frenster berubah-ubah. Setelah cuba untuk ingat inilah antara nama2 yg berjaya ingat;

> MyUdDiN > UmAaaRrr > RiKa SuManTho > OroChipsMOru (sehingga kini)

...dan saya percaya ade beberapa yang lupe.


                     
(bila watak jahat dlm siri naruto orochimaru bergabung dgn biskut kegemaran kanak-kanak) 

Ok, itu saja. Kita beralih ke berita sukan. Silakan ADMIN-1
____________________________________________________
Terima Kasih ADMIN-2.

 Kebangkitan Harimau Malaya begitu mempengaruhi kebangkitan bola sepak Maahad Hamidiah Kajang. Setelah berjaya mengalahkan sekolah2 lain termasuk High School pada jumaat lalu, kedua-dua pasukan Under 15 dan Under 18 kini mara ke peringkat seterusnya. Kemenangan ini sekaligus memecahkan dominasi High School di daerah Hulu Langat selaku kuasa besar bola sepak yang sering melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
                                 
                                         (Pandangan SMKA MH dari atas. Kelihatan padang)

Kebangkitan ini membangkitkan semula harapan peminat-peminat bola sepak Hamidianz yang kerap kali dihampakan pada tahun-tahun dahulu. Sejak dari awal dianjurkan, perlawanan tahunan ini diadakan di padang Sekolah Maahad Hamidiah yang boleh memuatkan dua perlawanan pada masa yang sama. Namun pada kali ini, tuan rumah tidak mensia-siakan peluang bermain di laman sendiri yang dibanjiri yang peminat-peminat tempatan. (waktu aku dulu, ponteng kelas beramai-ramai sebab nk tengok bola..skang tak tau la..hehe)
              
       (Para pelajar berbaju melayu gembira meraikan MaulidurRasul, bukannye kemenangan bola sepak)

(para pemenang sempat bergambar bersama pingat masing-masing selepas kejohanan sukan tahunan sekolah, bukan kejohanan bola sepak)      

" Saya lihat ini sebagai satu perkembangan yang positif untuk bola sepak Hamidianz. Mereka menang besar terhadap High School dan juga pasukan sekolah-sekolah yang lain. Walaupun berstatus SMKA dan antara sekolah terbaik di Selangor dari segi akademik, mereka juga berjaya dalam bidang kokurikulum. Ini sekali gus menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa sekolah agama tidak berdaya saing dan tidak memberi ancaman kepada sekolah2 lain dalam bidang kokurikulumnya," kata seorang bekas pelajar sekolah ini yang kini masih menuntut di IPT yang ditemui semasa menulis blog beliau.

Sekian saja berita sukan untuk hari ini. Kembali ke Sri Pentas.
Silakan ADMIN-1
____________________________________________________


Terima kasih ADMIN-2
Berita sukan itu tadi mengakhiri  buletin utama pada kali ini. Sebelum melabuhkan tirai kami sediakan ucapan menarik. Semoga terhibur.

Terimalah ucapan Terima Kasih daripada saya.
Terima Kasih. Ambik la..

4 comments:

  1. penulis ni ade split personality rupanye...haha

    ReplyDelete
  2. ouh, skrg dah rupawan rupenye.pkai sendayu tinggi kak? :P
    lg 1, bila nk tulis psl tazkirah tu? hehe..

    ReplyDelete

Boleh Lah Komen. Terima Kasih (^_^)