Thursday, September 2, 2010

Malaysia, Indonesia dan Melayu?

Assalamualaikum,

Dalam kesibukan belajar di INTI yang masih baru mendapat status universiti, saya terbaca hasil tulisan warga indonesia di internet. Dalam kesibukan membuat perkara-perkara berfaedah yang diselangi bermain Counter Strike, saya terpanggil untuk memberi respon mengenai rasa tidak senang atau tidak puas hati warga indonesia terhadap malaysia.

 Konflik di antara malaysia dengan indonesia ini bersifat sebelah pihak sahaja. Ini kerana rata-rata rakyat malaysia hanya terlintas pada perkara ini apabila 'terserempak' dengan berita ini di berita atau surat khabar yang sangat jarang memaparkan kisah ini. Ibarat pulang ke rumah setiap hari daripada kerja melalui jalan berlubang. Berlalu saja dari lubang itu, maka dilupakan terus. Pada esok hari lalu jalan yang sama. Namun kini, lubang itu semakin membesar. Barulah kami mula mengambil kisah. Indonesia menuduh Malaysia, Malaysia menolak tuduhan itu. Tak kisahlah. Apa-apapun perpaduan itu lebih indah.

Sesungguhnya saya sebagai rakyat negara malaysia dan saya yakin majoriti rakyat negara malaysia tidak bencikan indonesia. Jika ada kebencian, itu bukanlah kebencian terhadap negara mahupun rakyat indonesia tetapi kebencian terhadap perlilaku yang menjengkelkan seperti membakar bendera dan sebagainya. Penekanan disini, bukan benci terhadap warga mahupun negara, tetapi benci pada perbuatannya. Buktinya ditaman perumahan saya, kami hidup sejahtera bersama warga indonesia malah kadang-kala mereka mengimamkan solat di surau. Kami pergi kenduri dirumahnya, dan dia pergi kenduri dirumah kami. Anak-anak mereka seronok bermain dan berlari-lari bersama kanak-kanak tempatan.Tidak kisahlah siapa yang melakukannya. Jika rakyat singapura yang melakukannya, maka marah dan benci pada perilaku rakyat singapura, jika rakyat brunei yang melakukannya maka marah dan benci pada perilaku rakyat brunei. Hanya perilaku yang sumbang itu dibenci. Namun, sedikit berbeza pada pihak indonesia yang menyatakan malaysia mencuri budaya mereka. Kebencian mereka adalah pada warga dan negara malaysia. Ini dapat dilihat pada rusuhan-rusuhan pelik yang mereka lakukan(berdasarkan pemerhatian reaksi di pihak indonesia, betulkan jika silap).

Lupakan 'pihak malaysia' mahupun 'pihak indonesia'. Kita kan satu rumpun. Ah, perlantakkan satu rumpun itu! Yang penting kita kan rata-ratanya beriman dengan shahadah "lailahaillallah muhammad rasullullah". Tuhan yang kita sembah sama, Nabi Muhammad penghulu kita. Mengapa perlu benci membenci? Kerana budaya? Perpecahan umat islam itu adalah kesilapan dan  perpecahan umat islam hanya kerana budaya itu adalah kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku pun. Bangsa dilebihkan daripada agama.

Saya seorang melayu. Budaya saya adalah budaya indonesia. Tolonglah sedar. Ini budaya melayu. Budaya kamu juga adalah budaya kami. We originated from there. It was passed down trough generations. Isu ini timbul kerana warga indonesia dari awal lagi telah membezakan melayu malaysia dengan melayu indonesia. Geografi dan pengalamannya berbeza. Namun melayu itu melayu. Kami tidak pernah menyatakan BUDAYA MELAYU, MALAYSIA PUNYA DAN BUKAN INDONESIA PUNYA. Budaya melayu adalah kepunyaan melayu. Kita melayu. Kepunyaan kita. Kalau pihak Indonesia tidak benarkan kami mengaplikasikan budaya melayu kerana kami melayu malaysia, maka kamu perlu menyatakan budaya yang kamu tuntut itu adalah budaya melayu indonesia.Pada masa itu kamu telah memberi definasi hanya melayu indonesia adalah melayu dan berhak ke atas budaya melayu.

Bangsa bukan untuk diagung-agungkan dan merendah-rendahkan bangsa lain. Bangsa bukan untk dipersaingkan. Bangsa adalah indentiti istimewa yang perlu dipelihara supaya dapat dikongsi dengan dan dipelajari oleh bangsa-bangsa yang lain. Supaya setiap bangsa dapat berkongsi nilai-nilai murni  dan mengambil pengajaran akan kekurangan sesama bangsa.Tuhan Pencipta Sekalian Alam berfirman dalam kitabNya,

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."   ( Al Hujurat 49:13.)
Mainan media massa. Itulah yang mengawal fikiran dan membakar-bakar semangat kebencian ini. Mungkin media lebih mementingkan berita sensasi daripada sifat kemanusiaan. Mungkin media tidak kisah jika kita saling berbunuh-bunuhan asalkan mereka mendapat keuntungan.

Pergelutan, perpecahan dan peperangan. Jika tidak menyumbang ke arah perpaduan, janganlah menyumbang ke arah perpecahan.

Saya cintakan mereka yang mementingkan kecintaan yang murni.

7 comments:

  1. wah, bolej jadi menteri luar negara nih.. ganti tan sri syed hamid albar.

    kita benci barat, bukan sebab barat itu barat, tetapi sebab perbuatan mereka yang tidak disenangi atas kaca mata iman.

    Hu. and the case is appplied here. Macam pepatah dalam christianity, if I am not mistaken, hate the sin, not the sinner.

    Moga Allah tunjukkan jalan.

    ReplyDelete
  2. Nicely written. Suka baca.
    Walaupun banyak typo. Hahahahahaha.

    The best thing to do is non-violence resistance. Biarlah diorg bakar bendera, baling najis atau apa-apapun, kita jangan buat benda yang sama. Hopefully org Melayu pandai gunakan wisdom, bukan aggressive actions mcm diorg buat untuk defend.

    Pasal curi-curi budaya ni, Indonesia memang dah lama buat hal, dari kes lagu Rasa Sayang ke lagu ape ntah. Can Mali Can ke eh? Entahlah. Diorg patriotik sgt. Ada sekali tu aku smbg dgn kwn aku (pure Indonesian), pasal satay pun dia nak cari gaduh. :|

    ReplyDelete
  3. sangat bernas salad,membaca sambil mengangguk-angguk dan tersenyum.

    nak share link boleh x?

    ReplyDelete
  4. wan- jadi menteri??..jd pengawas sekolah pon aku susah nak amek..haha..ya indonesia saudara kita..daripada salasilah keturunan dan agama..semarakkan ukhuwah..

    rudy-kita pon x tau..sejak bila indonnesia tertanam rasa benci,dendam kesumat pada kita. Sedangkan kita di malaysia selama ini tak tahu menahu begitu benci mereka pada kita.

    ica-boleh hanisah..share lah..sebar2kan lah..asalkan letak sumber ye..hehe..

    ReplyDelete
  5. Dah lama kot agaknya. Nak kata kita lagi maju, diorg pun maju jugak. Petroleum dgn gas asli diorg lagi banyak dari kita. Hasil hutan, getah, kelapa sawit jangan cakaplah, dah lama kita ketinggalan. Kalau nak cemburu pasal pemodenan, itu bukan salah siapa-siapa. Subjektif sangat.

    Entahlah. Kalau dalam komuniti serumpun pun bergaduh sakan mcm ni, mcm mana laa nak lawan kuasa-kuasa luar kat sana tu satu hari nanti.

    Hopefully someday, sooner or later, we'll find a solution to this. Insya-allah.

    ReplyDelete
  6. sy sebagai orang indonesia takde fikir yg ramai org gaduhkan pasal malaysia curi budaya indonesia tu betul adanya. Dah ada hukum international yg atur pasal budaya tu, saje tu perbuatan orang yg nk ambik kesempatan, entah tu politician, media indonesia atau orang yg sj nk cari wang. Tambah lagi ramai orang yg tak reti apepun pasal ni ikut campur dengan komen rasis yang buat tambah teruk keadaan.

    ReplyDelete
  7. Saudara Ade Budi Sanjaya! maaf saya baru sedar komen saudara!

    Ya, saya sedar. Berdasarkan pengamatan saya di youtube dan forum-forum ramai saja warga indonesia yang tidak bersetuju dengan media dan kenyataan politician mereka. Dan saya rasa memang ada pihak sengaja melaga-lagakan kita. Sebenarnya mereka ada agenda mereka sedniri yang tersembunyi.

    Bagi kita yang sedar an tak mudah terpengaruh dan lebih mementingkan persaudaraan, kita seharusnya menyebarkan mesej agama dan keamaanan. =)

    ReplyDelete

Boleh Lah Komen. Terima Kasih (^_^)