Thursday, April 1, 2010

Fight Between Two States Of Matter



Assalamualaikum...

Di persisiran pantai yang sekitar 20 minit seleps matahari mula kelihatan. Sesuatu datang dari jauh.

Gelisah. Menderu dengan deras lagi laju super-duper pantas. Semakin hampiri pantai semakin besar. Buih putih semakin banyak. Tingginya bertambah-tambah. Kehadirannya tidak dapat dibendung lagi.

"Habislah aku!" kata seketul batu yang cuak dengan kehadiran ombak di pantai Kg. Parit Serong Laut, Bandar Pontian Kechil di Johor yang merupakan kampung penulis iaitu tempat tinggal nenek ku yang mana sebentar lagi Insya Allah penulis akan pergi ke sana untuk melawat nenek ku sayang.

"Ambik kau!" kata ombak yang datang dari jauh dengan semangat berkobar-kobar. Semakin menghampiri batu itu, semakin menjulang semangatnya.

"Ah tidak!" jerit batu itu.

"Ambik kau!"balas ombak itu.

"Ah tidak!" jerit batu itu.

"Ambik kau!"balas batu itu.

"Ah tidak!" jerit batu itu.

"Ambik kau!"balas batu itu.

Dialog antara mereka ini diulang buat beberapa kali lagi.

Kini ombak sudah terlalu hampir dengan batu. Kamera hanya Zoom in kepada batu yang ternganga ketakutan, kemudian zoom in kepada ombak yang bermuka penuh semangat yg jitu lagi mapan, kemudian kepada batu, kemudian kepada ombak, kemudian kepada batu, kemudian kepada ombak, kemudian batu di zoom in, selepas itu ombak juga di zoom in. Begitulah untuk 5 kali seterusnya.***

"Gedebush!,"bunyi hasil paduan jeritan batu dan jeritan ombak.

Sesaat selepas pelanggaran antara jirim yang berkeadaan pepejal dan jirim yang berkeadaan cecair, kini sudah dua saat. Batu yang tadi tenggelam dengan limpahan ombak kini sedikit demi sedikit sudah kelihatan.

Batu masih menutup mata, bila dia rasakan seperti tiada apa-apa yang lain ataupun pelik berlaku pada kebiasaanya, batu mula berani melihat apa yang sudah terjadi.

"Ek ele, tak de mende pon," dengan penuh kereknya batu itu memerli ombak menggunakan intonasi remaja masa kini.

Batu berdiri megah menghadap para penonton.

Perlahan-lahan kedengaran intro lagu "The Final Countdown", semakin lama semakin kuat. Keadaan batu yang berdiri megah dengan latar bunyi yang meransang motivasi, menunjukkan kini batu sudah berjaya dan mampu berdiri megah.Perlahan-lahan tirai pentas ditutup dikiri dan kanan sehingga batu yang berdiri ditengah-tengah pentas sudah tidak kelihatan. Lagu ditutup.

***untuk contoh boleh merujuk pada filem atau drama dari seberang.
________________________________________________________________________

Di dalam sebuah tandas kampung yang berlantaikan simen semata-mata tanpa jubin. Air daripada pili air yang sudah haus itu sudah menitik lama. Sudah lama. Sejak bila, tidak dapat dikenal pasti. Setitik demi setitik.

Simen itu tidak kisah akan perbuatan si air itu. Namun satu hari, simen sedar yang titisan-titisan air itu sudah melekukkan permukaannya yang rata yang telah diukur dengan teliti oleh kontraktor satu masa dahulu. Kini si simen sudah tidak rata lagi, malahan lekuk lagi.
________________________________________________________________________

Berikan Pandangan Anda.

Anda hendaklah menaip "Pada pandangan saya cerita ini boleh dikaitkan dengan (tidak melebihi atau tidak kurang 15 patah perkataan)..."

Kemudian hantarkan ke comment BEN18.

Sebarang perkara merepek semestinya akan dilayan, namun bagi yang serius pihak kami mengalu-alukan buah fikiran anda.

Terima Kasih.

10 comments:

  1. Adapun batu yang tuan garap dalam cerita satu, sikapnya takut-takut, kecut-kecut. Kerap kali tiada ia akan percaya, kendatipun jasadnya utuh. Tiada ia mengenal akan kemampuan diri...
    Namun, dunia itu kelas, pengalaman itu guru. Ombak yang gah itu, batu hadapi, dan batu ketahui ombak lemah. Kini, batu kembali gugah, kembalikan maruah yang sekian tersisih dek malu yang tiada kenal akan bertempat.

    Arakian ceritera titis air menitip penuh sabar, titik demi titik menegaskan akan kehidupan. Usaha itu perlu ia akan sabar. Tawan hati tuntut sabar, tawan diri jua turut sabar diperlu. dan berterusanlah menitik dan menitik mencurah bakti, hatta batu bisa lekuk!

    ReplyDelete
  2. wan- wah saudara sudah bangun pagi..tahniah..
    owh..terima kasih kepada komen ini. Sangat bagus. Saya suka, saya mesti pilih.

    pembaca yg belum komen- masih byk lagi perkara boleh diperoleh daripada cerita ini. Silakan. Kami mengalu-alukan.

    ReplyDelete
  3. bagi saya,simen itu adalah seperti kita..yang terlalu alpa dan lalai dengan kehidupan..khususnya sebagai seorang muslim..kita tidak menyedari bahawa setiap detik musuh2 kita sering mencari cara untuk menjatuhkan kita..mereka tidak melakukannya secara drastik,tetapi secara perlahan2..hinggalah bila kita menyedarinya,ada sesuatu yang sudah terkorban..seperti simen tersebut,sudah terhakis barulah ia mula menyedari setelah sekian lama air dari pili itu menitik..

    ok??

    ReplyDelete
  4. batu dan simen,komposisi nya hampir sama,fizikalnya hampir sama,cuma lokasi sahaja berlainan..itulah gambaran manusia..

    maksud sama di sini ialah punya sama tahap kehebatan potensi diri dan sama kemampuan untuk mencapai sesuatu..walau memang ada yang tinggi,ada yang rendah,ada yang pandai falsafah ada yang pandai matematik,ada yang suka mengukir ada yang suka mencipta,perbezaan pada manusia itu tak menjadikan satu pun individu lebih dari yang lain.

    adakah orang yang tinggi lebih hebat dari yang rendah?yang pandai matematik lebih hebat dari yang handal berfalsafah?yang suka mencipta lebih hebar dari yang suka mengukir?dan begitulah seterusnya..*bak kata sape tah dalam buku POL,all man r created equal*

    yang beza ialah dari segi apa cabaran dan di mana kita berada..

    benar cabaran yang besar sering buat kita berpegang dengan lebih kuat,manakala cabaran yang kecil itu dianggap ringan dan tanpa disedari ia menjadi satu kerosakan secara perlahan-lahan...

    namun satu perkara yang harus si batu ingat,satu kejayaan tak bermakna imun selama-lamanya..dan cabaran yanag datang itu harus ditangani dengan rendah hati beserta dengan semangat yang cekal…

    ReplyDelete
  5. Amboi, komen2 semua hebat2 belaka! Takde la aku peluang camni!

    Aku kena buat research dulu la. Bila tarikh tutup penyertaan?

    ReplyDelete
  6. ana-owh...jika dibandingkan dgn syazwan..ana dgn wan menjadikan batu sebagai individu. wan kata batu tu ibarat sesorang yg x yakin pd kemampuan diri sendiri. ana kate batu tu sesorang yg lalai.

    ica- ica pon sme jugak..tp ica samakan taraf batu dan simen..yang membezakan ialah cabaran yg dihadapi..

    rudy dan lain2- manakah wakil mereka yang merepek?? pihak kami perlukan anda..silalah menaip..jangan gentar jgn takut..disini buah fikiran mereka yg merepek merupakan antara nadi kami..komen2..

    ReplyDelete
  7. biarlah merepek itu memberi kita ilmu..:D

    ReplyDelete
  8. oh aku teringat kepada "kerepek" hehe

    ReplyDelete
  9. err....sy rs ceritera batu n ombak tu terlampau over, smpi sy rs bosan dah nk trus kn mmbacer,
    n criter simen n lekuknya tu pon da bser dgr..
    jd, silalah berusaha urk karya yg seterusnya, ya.
    bashia~!

    ReplyDelete
  10. kureng..ini ahli falsafah punye slot..
    jgn campor..hahaha..

    ReplyDelete

Boleh Lah Komen. Terima Kasih (^_^)