Saturday, March 13, 2010

Adala Sikit-sikit

Assalamualaikum..

Beberapa perkara menarik telah berjaya dikumpul beberapa minggu lepas. Kebanyakan perkara tersebut berbentuk ilmu pengetahuan.

Sebenarnye saya tidak berada dalam mood menulis ketika ini. Akan tetapi kalau nak tunggu mood datang, addressnya tak dapat la nak bagitau perkara2 ini.

Perkara pertama. Diperoleh daripada Fawwaz slps solat isya', hari selasa di surau inti yang memberi sedikit peringatan.

Peringatan tersebut mengenai hadis di dalam As Shahih diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : shadaqoh jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakan kepadanya”.

Antara point-point yang Fawwaz kemukakan ialah mengenai SHADAQAH JARIYAH iaitu sedeqah yang kita dapat pahala setiap kali orang lain dapat manfaat daripada sedeqah kita. Ini definisi ringkas dan lemah yang saya sendiri faham. Yang gempaknya, pahala sedeqah jariyah ni masih boleh dapat walaupun kita dah masuk dalam kubur.

Ini sudah bagus. Satu hari saya masuk kubur, lepas tu saya menyesal, lepas tu saya nak zikir banyak-banyak sebab nak dpt pahala. Maka saya buat banyak2, tapi saya tak dapat apa2. Tiba-tiba ada pahala sampai. Lepas tu ade lagi..lps tu ade lagi. Macam orang tengah padang pasir kehabisan air, tiba-tiba dapat Fresh Orange. Dan sebenarnya jauh lebih seronok darpd itu. Dan sebenarnya jauh lebih seronok darpd itu. Dan sebenarnya jauh lebih seronok darpd itu.

Namun, yang dirisaukan SAYYIATUN JARIYAH iaitu perkara yang tak bagus yang orang lain buat atau terkesan hasil daripada amalan2 kita. Ini definisi ringkas dan lemah yang saya sendiri faham. Contoh, saya ejek Nabil itu 'tak bagus'. Selepas itu semua orang ikut panggil Nabil 'tak bagus', maka Nabil sakit hati dan saya sebagai pencetus idea ini akan dapat dosa. Setiap kali terjadi, dosa ini saya dapat walaupun saya dalam kubur. Ah, tidak2!.. Pahala pon x cukup, Dosa pula banyak, sudah2 la tu..ada lagi dosa nak datang masa dah masuk kubur. Tak nak2!

Maka, mari kita risau untuk 'tidak membuat SHADAQAH JARIYAH' dan risau kerana 'banyak melakukan SAYYIATUN JARIYAH'.

Perkara kedua, setiap malam selasa selepas solat isya', ada sedikit Tazkirah selama 15-30 minit di surau Inti. Ini sudah bagus.

Perkara ketiga. Diperoleh semasa saya mendengar penjelasan tentang Teori Letupan Besar atau Bang BanG BooM di UM. Maafkan saya kesilapan teknikal, Big Bang BooM. Maafkan saya sekali lagi, Big Bang. Baru betul.

Penceramah kata yang saya translate ke dalam Bahasa Melayu, iaitu bahasa yang menjadi program pengajian di 130 universiti di 45 negara. Lebih kurang macam ni "Kalau semua boleh dibuktikan, so what is to test our faith?". Betul jugak. Namun, dah banyak tanda-tanda kekuasaan Allah telah terbukti, tapi iman kita masih lemah. Sangat lemah.

Penceramah cakap pasal bende ni setelah dia menerangkan tentang para pemikir yang sedang mencari satu formula yang boleh menjelaskan setiap perkara.Susah la nak taip pasal bende ni. Saya pun tak tahu nak smpikan macam mana. Ini saja yang boleh saya taip.

Perkara-perkara baik yang lain, saya tak dpt nak igt sekarang. Perkara-perkara baik yang ko ingat, bagitaulah saya. Supaya sama-sama menjadi baik. Mnejadi baik sorang-sorang, tp biarkan org lain dalam 'tak baik' adalah orang jahat sebenarnya. Tak bagus.

5 comments:

  1. physicist nak cari satu theory yang ley combine suma.. sort of quantum gravity theory..

    bnda tuh x salah kot, considering the intention..
    macam dr. Abdus salam, (nobel laureate muslim yg pertama, dalam physics) yg jumpa W and Z boson *strong and weak force*, motivation dia untuk cari benda tuh sebab de percaya, kesembua tenaga dalam dunia ini bersumberkan 1, iaitu Allah..

    tapi lain pulak ngn contemporary atheist physicist, mereka nak cari formula agung th untuk memahami minda tuhan, consequently, put science as god sebab science itu menjelaskan tuhan!

    hmm, sayyiatun jariyyah nih bahaya.. tah berapa banyak kali kita pernah buat..

    hayati hadith nabi je la: "orang muslim ialah orang yang tidak mencederakan orang muslim yang lain melalui lidah dan tangannya"

    Dengan lidah tuh yang bahaya.. sebab de booleh berlarutan.. na'udzubillah, astaghfirullah..

    ReplyDelete
  2. wan- aku x salahkan pon diorang nak buktikan segala perkara tu dan aku setuju dengan pendapat kau. Alhamdulillah, dr kajian mereka keyakinan saya pon bertambah.

    Cuma aku terfikir, dengan akal manusia yang terbatas ni, kita nak buktikan semua perkara. Aku terfikir lagi, mcm mana kalau kita tak dapat nak buktikan pulak. Kalau berjaya dibuktikan, sedikit pun x risau, sebab dah tentu2 kebenaran itu selari dengan Al-Quran iaitu kitab dari Allah pencipta, pemilik dan pemelihara Alam. Kalau tak berjaya dibuktikan pulak(saya kata tak berjaya, bukan tak boleh) takut2 manusia lebihkan akal fikiran dan tolak iman. Na'udzubillah, Astaghfirullah..

    In a nut shell saya sebenarnya hanya takut manusia tolak iman bila akal tak dapat terima. Ajaran islam adalah paling logik dan paling benar, tetapi akal manusia yang terbatas. Kdg2 perlukan berpuluh tahun utk buktikan. Ini pandangan saya yang berlandaskan ilmu sendiri yang cetek.

    ReplyDelete
  3. Wahai diri,

    Sesungguhnya pemikiran itu ada lima sasaran :

    1. Berfikir tentang bukti-bukti kebesaran Allah, hal ini dapat menimbulkan Tauhid dan Yaqin.

    2. Berfikir tentang anugerah-anugerah Allah, hal ini dalam menumbuhkan Mahabbah dan Syukur.

    3. Berfikir tentang janji-janji Allah, ia menumbuhkan kecintaan Hari Akhirat.

    4. Berfikir tentang ancaman Allah, ia menimbulkan rasa gentar bermaksiat.

    5. Berfikir tentang kekurangan diri sendiri dalam mengabdi, sedangkan terlalu banyak Allah telah memberi kebaikan kepadanya. Ini akan membuahkan rasa malu terhadap Allah.

    Semoga engkau dapat memperbanyakkan fikiran seperti ini. Dan semoga masa yang masih tersisa tidaklah dibazirkan dengan memikir perkara yang tidak menguntungkan.

    sumber- http://jarumemas.blogspot.com/2010/03/pemikiran-ada-lima-sasaran.html

    ReplyDelete
  4. bagus, perkongsian menarik. tima kasih. :]

    ReplyDelete
  5. fawwaz...SHADAQAH JARIYAHSAYYIATUN JARIYAH
    patut lah mcm pernah dengar..

    ReplyDelete

Boleh Lah Komen. Terima Kasih (^_^)