
Assalamualaikum
Suatu hari Umar sedang berlayar-layar di alam maya, tatkala itu dia ternampak Ana rakan kolejnya dalam bilik sembang. Kemudian terjadi dialog antara Umar dan Ana. Para pelajar dikehendaki menghayati dan memhami perbualan mereka. Tiada soalan untuk dijawab.
Kelihatan Umar sedang menaip untuk membuka bicara.
umaaaaarrrrr : salam
umaaaaarrrrr : kenape x pergi? (pergi ke PWTC bersama ACI)
umaaaaarrrrr : kate suke sgt pergi sane
siti farhana : wassalam..urm..ade alasan tersendiri
umaaaaarrrrr : nak seribu daya
umaaaaarrrrr : tanak seribu dalih
siti farhana : x sesuai peribahasa kau tu
umaaaaarrrrr: kenape?
siti farhana : erm..adelah..
siti farhana : tapi aku pon xde plan nak tmbh koleksi buku lagi buat mse skrg
siti farhana : da banyak sgt
siti farhana : takot x terbaca
umaaaaarrrrr : owh..
Siti farhana : buku2 y aku pinjam dari org len pon byk lagi
umaaaaarrrrr : sikit2 lama2 jd bukit
siti farhana : tahun depan insyaAllah aku tmbh lagi
siti farhana : kat umah aku tu dah penuh almari buku ngan buku aku je
umaaaaarrrrr : owh..ok la tu
umaaaaarrrrr : sediakan payung sebelum hujan
siti farhana : ???
siti farhana : haha..merepek2
umaaaaarrrrr : aku ni hebat juga bila berbahasa
siti farhana : hebat tapi x sesuai mengikut situasi
umaaaaarrrrr : owh..mungkin
umaaaaarrrrr : x sesuai
umaaaaarrrrr : mcm masuk kandang lembu mengembu, masuk kandang kambing mengembek
siti farhana : oh tidak!!salad2
umaaaaarrrrr : kenape!?
siti farhana : xde pape..tepuk dada tanya iman..heheh
siti farhana : tgk..ko tlh mmbuatkan aku merepek
siti farhana : =.="
umaaaaarrrrr : biasala tu
umaaaaarrrrr : merepek ini mcm penyakit berjangkit
umaaaaarrrrr : senang merebak
umaaaaarrrrr : ibarat kerana nila setitik rosak susu sebelanga
siti farhana : ko lah pembawa virusnye kan
siti farhana : haha
umaaaaarrrrr : bukan2..
umaaaaarrrrr : aku nila
siti farhana : hoh
siti farhana : begitu rupanya
siti farhana : ingatkan anda manusia
umaaaaarrrrr : inila dipanggil perumpamaan
umaaaaarrrrr : org melayu terkenal dgn perumpamaan
umaaaaarrrrr : kerana org melayu cakap berlapis
siti farhana : haha
siti farhana : ok2
siti farhana : baiklah incik
umaaaaarrrrr : siapa yg mkn cili dia yang terasa pedasnya
umaaaaarrrrr : siapa yg terasa pedas dialah yg cirit birit
siti farhana : ah sudah..kau sudah merepek
siti farhana : memutar belitkan peribahasa yang indah
siti farhana : kasihan sekali
umaaaaarrrrr : mana ada..
umaaaaarrrrr : peribahasa perlu terus dicipta..
umaaaaarrrrr : kenapa perlu guna peribahasa yg orang melayu dahulu reka
umaaaaarrrrr : knp tidak kita melayu kini terus memperkayakan peribahasa melayu
siti farhana : tapi masalahnya andai peribahasa itu enak didengar,baguslah
umaaaaarrrrr : owh..itula masalahnye
umaaaaarrrrr : tp mslah adalah utk diselesaikan
umaaaaarrrrr : bukan kah begitu cik farhana?
siti farhana : ya..saya setuju wahai incik salad
umaaaaarrrrr : jika begitu mari bersama kita selesaikan masalah ini
siti farhana : dan anda adalah calon terpilih untuk memperkayakan lagi peribahasa2 ini
umaaaaarrrrr : orang kata bert sama dipikul ringan sama dijinjing
siti farhana : ko pikul lh ngan wan ke
siti farhana : sape2 y sastera lagi
umaaaaarrrrr : mungkin saja saya ini kanak-kanak terpilih mewakili anak melayu
siti farhana : kanak2??
siti farhana : haha
umaaaaarrrrr : masakan kanak-kanak tidak boleh melakukan sesuatu yang berguna pd
bangsa?? adakah itu yg cik fikirkan?
siti farhana : bukan begitu
umaaaaarrrrr : atau masakan cik farhana x sedap
siti farhana : masalah yang cuba saya utarakan di sini,anda bukanlah kanak-kanak
siti farhana : masakan saya sememangnya sedap
siti farhana : kalah masakan bakery
umaaaaarrrrr : ini membuktikan saya berjiwa muda didalam jasad yang tua lg uzur
siti farhana : tapi anda encik salad,anda adalah orang dewasa yang mengaku kanak-kanak
siti farhana : adakah itu logik mengikut akal logik?
siti farhana : ya..berjiwa muda tidak bermaksud berjiwa kanak-kanak bukan
umaaaaarrrrr : tidak ada logika jika ditafsir melalui pandangan itu
umaaaaarrrrr : cuba cik mengambil sudut berfikir yang lain
siti farhana : sudut lain?
umaaaaarrrrr : begini cik farhana..
siti farhana : berapa darjah?
umaaaaarrrrr : jauh perjalanan luas pemandangan
umaaaaarrrrr : fikiran harus berputar mengelilingi sesuatu isu..agar segala sudut dpt dilihat
umaaaaarrrrr : barulah rumusan dibuat dengan tepat dan merangkumi semua sudut pandangan
siti farhana : maknaya
siti farhana : eh
umaaaaarrrrr : tidak ada maknyah
siti farhana : maknanya harus berputar 360 darjah lah
siti farhana : grr
siti farhana : dah2
siti farhana : aku nk g makan
umaaaaarrrrr : ok