Saturday, July 10, 2010

Tak Boleh Menaip dan Sedikit Pengalaman



Assalamualaikum..


(ditulis pada pukul 3.00 pagi)


Ape aku nak tulis ni? Tak boleh nak paksa-paksa kalau tak boleh nak menaip. Hanisah Ahmad Zaki punye pasal aku cuba la. Hahaha..

"salad!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!UPDATE LAH BLOG~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~"


Terpaksa la aku menaip diari harian dekat post kali ni. Walaupun sebenarnye aku tak suka buat blog ni sebagai diari harian, tapi daripada tak update, baik aku taip jela umapama daripada aku tido pagi-pagi, baik aku bincang pasal topik-topik dalam Berita Harian Online bersama Jazli. 


Semalam aku pergi ke kenduri kahwin kakak saudara. Dia kahwin dekat austrlia dengan suami dia (mestila kawen dgn suami dia kan). Semalam dia balik sini buat kenduri dengan menjemput jiran2, kawan2 dan suadara mara. 


Dengan ini, berakhir sudah diari harian. Hahaha.


______________________________________________________________________________________________


Lidah itu lebih tajam daripada pedang. Dengan kata-kata hubungan silaturrahim boleh terputus, keluarga boleh berpecah-belah, suami isteri boleh bercerai, dua negara boleh bermusuhan dan macam2 lagi. Hebat lidah ni. Seketul daging yang lembik ni sangat hebat. Namun, kehebatan lidah ni bukan saja membawa kerosakkan. Dengan kata-kata hubungan silaturrahim boleh terjalin, keluarga boleh berkasih-sayang, hubungan rumah tangga menjadi kukuh, dua negara boleh menjalinkan hubungan diplomatik dan macam2 lagi.


-Self Testimony-


Sub topik ini dicilok daripada Syazwan Adzhar.


Satu petang, saya dengan Hakim Shafie pernah terbaca satu hadis yang isi kandungannya lebih kurang begini;


-Ada manusia yang dicampakkan ke dalam neraka sedalam umpama jarak langit dan bumi hanya kerana kata-kata yang dikeluarkan untuk membuat manusia ketawa.(perhatian. ini bukan quatation. ini adalah antara isi kandungan yg terdapat alam hadis. ayat dalam hadis tak sama dengan ayat saya tapi isinya insya Allah sama)


(disambung pada pukul 10.15 pagi)


Ok. Tidak salah untuk saya perasan yang saya ni suka buat orang ketawa sebab dari kecil sampai sekarang ramai orang yang cakap macam tu kat aku. Alahai. Macam mana ni? Tak pe, aku cuba utk selesaikan masalah ni. Mungkin kerana semata-mata ingin membuat orang ketawa, kita menjadikan agama sebagai bahan jenaka, untuk membuat orang ketawa kite merendah2kan orang lain, untuk mebuat orang ketawa kita mendedahkan aib orang lain. Hanya untuk menggelikan hati orang lain, dan hanya kerana inilah kita boleh dicampak ke dalam neraka sedalam jarak langit dan bumi. Belum dikira salah silap yang lain.Belum lagi. Tak terkira. Mengharapkan kasih sayang Allah. Kami berharap. Kau selayaknya tempat berharap dan bergantung.


Saya baru sahaja pulang dari surau untuk solat jenazah. Jenazah arwah mantan imam di surau kajang utama. Ketika saya berada didalam ward hospital serdang dia pon berada di ward yang lain di hospital serdang. Kami sama-sama didalam sana, tapi yang membezakan ialah Allah beri kesembuhan kepada saya tapi Allah menjemput arwah menghadapNya. Terfikir seketika. Boleh saja hari ini yang disolatkan tadi itu dua jenazah. Iaitu jenazah saya dan jenazah imam. Boleh saja. Al-Fatihah untuk arwah.



Terima kasih.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. cantiknye bilik korg =P

    aku suka cara kau sampaikan peringatan dalam blog ni... nampak bersahaja tp membawa maksud yang mendalam.. keep up ur gud work

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah.

    Update pun. Haha. *likes*

    Seketul daging yang lembik tu kau maksudkan lidah ke? :|

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Daripada buku Jalan Pintas Mencari Hidayah: 40 prinsip agama oleh Imam Al Ghazali, aku dapat senaraikan banyak hadis yang memberi amaran pasal lidah dan bahana dan kecelakaan yang dibawanya, dari pelbagai aspek.

    dan malangnya, dalam semua larangan, banyak kita buat; dalam semua suruhan banyak kita tinggalkan.

    Sebenarnya tak yah susah-susah tengok Hadith, dalam Al hujuraat 11 - 12, campur lagi al-Humazah yang dari sekolah rendah kita hafal. Sudah cukup jadi peringatan.

    Allah, nastaghfirullah. Sama-sama kita ubah ye.

    ReplyDelete
  6. aci-aku x kisah buat org gelak..
    yang aku kisah..buat org gelak dengan
    cara yang x betul..diari harian aku menarik?? ok..thanks..

    ain-bese la..bilik kitorang mestila cantik..eh bilik tu besepah mse tu je..bru balik btn..mmg laa..nnt aku letak gamba mase bilik cntik pulak..mendalam eh ain??

    wan-kecelakaan drpd lidah??takut..mcm salah ni je yg aku buat tiap hari..

    ReplyDelete

Boleh Lah Komen. Terima Kasih (^_^)