Saturday, February 13, 2010

Bila Lembu Mengajar

Assalamualaikum...

Wahai rakan-rakan sudah terlalu lama aku merepek. Sudah terlalu lama bergembira. Sudah terlalu lama berseronok. Terlalu byk gelak sakan. Artikel kali ini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat saya yg saya sgt suka berkawan dgn mereka utk belajar daripada lembu.

Al-kisah di sebuah mesjid pada hari raya qurban. Maka di sini ditambatlah tujuh ekor lembu. Setiap satu lembu itu tidak berjauhan daripada lembu yang lainnya. Usai saja solat Hari Raya Aidil Adha maka berpusu-pusulah muslimin dan muslimat ke tempat lembu-lembu itu. Takbir dialunkan, pisau yang tajam diacukan, kini ajal seekor lembu di hujung tanduk dan di mata pisau. Maka matilah lembu itu dan terpancut-pancutlah darahnya deras ke bumi. Mengembulah lembu itu sehingga ketitisan darah yang terakhir.

Rupa-rupanya matinya lembu itu, dilihat oleh lembu yang kedua. Akan tetapi tidaklah gusar lembu itu melihat lembu pertama menemukan ajalnya. Makan pula lembu kedua dengan selamba. Bagaimana diragut rumput sebelum lembu pertama disembelih, begitu jugalah diragut rumput selepas ia mati. Sesekali ia pun takut, hanya kerana ramai manusia di situ, takut-takut menyerang atau merampas rumput-rumput makanannya itu. Tidaklah dia tau, nasibnya sama sekali dengan lembu pertama.

Kini lembu yang kedua sudah tiada. Matinya ia disaksikan lembu yang ketiga. Pabila mati lembu yang ketiga disaksikan lah akan ia oleh lembu yang keempat. Begitulah sehingga lembu yang ketujuh. Tidak satu ekor pon lembu itu merisaukan akan matinya ketika melihat matinya lembu yang lain itu. Tetaplah diragut rumput dihadapan mata yang menghijau segar untuk diisi perutnya itu.

Begitulah kisahnya.

Begitu jugalah respon kita. Setiap hari kita dengar, nampak, dan tahu ada manusia yang mati. Tidak terfikir lansung kita yang kita juga akan mati. Samalah kita ini mcm lembu. Namun, kita manusia sering berbangga dgn adanya akal. Akal digunakan sehebat-hebatnya. Pelbagai ilmu diterokai. Pelbagai teori dikemukakan, tetapi pd masa yang sama satu realiti yang jelas terbukti kita nafikan. Kita butakan mata kita. Bila kita rasa giliran kita mati lama lagi, itu bukanlah akal. Itu adalah kemahuan nafsu. Nafsu tak mahu mati. Nafsu mahu rumput-rumput utk diisi dalam perut. Nafsu mahu kenikmatan. berlebihan. Nafsu nak kemewahan lagi dan lagi. Sengaja kita turuti nafsu, sedangkan akal fikiran sudah jelas memproses logik bahawa manusia dipanggil ke dalam kubur setiap hari. Malakul maut bertugas stiap hari. Namun nafsu kata belum lagi.

Memanglah lembu tu tak rasa takut. Lembu tu mana ada akal. Die masih selambe tengok kawan dia mati. Padahal betul2 slps itu gilirannya tiba. Maka jgnlah kita samakan akal fikiran kita dgn binatang. Mati x perlukan tua tiba. Buktinya ramai yg mati muda. Mati x perlukan sakit. Buktinya ramai yg mati sihat. Mati x perlukan tanda. Buktinya ramai yang mati mengejut. Allah letak sebab atas kematian supaya manusia tak pening memikirkan sebab-sebab kematian.

Oleh itu, jgnlah kita rasa mati itu jauh daripada kita. Para sahabat ambil prasangka yang mudah dan selamat. Mereka sentiasa rasa esok mereka akan mati. Jika esok mereka hidup lagi maka mereka bersyukur. Setiap hari bagaikan peluang hidup semula. Kalaulah hari ini saya mati, maka disiksalah habis-habisan. Meronta-rontalah saya di dalam kubur. Meraung lah saya seorang. Ketika itu, saya baru mahu berzikir sejuta kali, satu pon tiada harga, satu pon tiada pahala. Namun, hari ini saya hidup lagi. Mampulah saya sebut dua, tiga dan lebih lagi Subhanallah. Mampulah saya hr ini menunaikan Hak2 Dunia dan Hak2 Allah. Maka hak2 saya terjamin di akhirat nanti.

Dengan ini, saya memerlukan kekuatan daripada sahabat-sahabat saya. Saya perlukan sokongan daripada sahabat-sahabat saya. Supaya kita sama-sama dpt berjaya didunia dan saya tidak mahu sahabat-sahabat saya tinggalkan saya di akhirat. Kita semua mahu bahagia di sana. Tak mustahil. Kenapa?..Kerana kita masih hidup hari ini. Allah lah yg hidupkan lagi kita hari ini. Allah beri peluang. Kita byk buat dosa, Allah masih nak kita dpt redha-Nya dan syurga-Nya. Subhanallah. Sayang Allah kat kita, kita x sayang kat Allah. Kita sayang pd dunia. Astaghfirullah. Ampunkan kami.

Amin, Ya Allah.

11 comments:

  1. aku suka post kali ni..
    same2 r kte saling mengingatkan antara satu sama lain..

    "sesungguhnya orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati"

    selamat beramal..

    ReplyDelete
  2. First time baca post kau yg x random. Haha.

    ReplyDelete
  3. allah.. peringatan daripada Allah untuk kita dlm surah al-a'raf, 179.. care to check...

    ReplyDelete
  4. nisah- bila aku teringat aku cuba igtkan. Esok2 aku lupe, koranglah harapan nk igtkan balik..hehe

    Anna- ok2..igt2kan..bergerak seiringan..

    rudy- haha..ko mmg pembaca setia..dan pengomen setia... ooo..slalunye random la. Bru perasan..haha.

    Wan- Ape kate ko letak kt sini, nnt sume dpt..x de la aku dpt sorang..hehe..

    ReplyDelete
  5. umar mmg cmtu.ape kate ko je yg letak?hehe
    buat la entry cmni lg..khayrun nas anfa3uhum lin nas..

    ReplyDelete
  6. "dan sungguh, akan Kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. mereka memiliki hati,tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat2 Allah dan mereka memiliki mata tetapi tidak mempergunakannya untuk melihat tanda2 kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak mempergunakannya untuk mendengarkan ayat2 al-Qur'an. mereka seperti haiwan ternak tetapi lebih sesat lagi. mereka itulah orang2 yang lengah"

    ayat ni mmg sesuai dgn post ko salad..:)

    ReplyDelete
  7. owh...alhamdulillah..yg baik itu dr Allah..
    yg kurang itu dr kesilapan aku.

    ini ke ayt yg dimaksudkn syazwan??..

    ..lg sesat dr binatang ternak..

    ReplyDelete
  8. beribadatlah seolah2 kite akan mati sebentar lagi...

    ReplyDelete
  9. if i only have 5 minutes left..
    my future is not here..my future is there..

    tp ape beze..jika 50 tahun pon..
    masa depan di sana juga..

    disini utk bertugas..

    ReplyDelete

Boleh Lah Komen. Terima Kasih (^_^)