Monday, October 31, 2011

Memaknakan Pemanipulasian

Assalamualaikum,

Sebelum saya memulakan penulisan, ingin saya menekankan bahawa post ini langsung tak berfaedah, kecuali anda seorang yang hebat yang boleh memfaedahkan apa sahaja perkara walaupun perkara itu tidak berfaedah. Kalau anda sibuk belajar jangan baca untuk selamatkan pembacaan anda.

Memaknakan pemanipulasian. Hahaha. Ketahuilah, saya cuba menyampaikan sesuatu yang tak bermakna disini. Jika tak mahu membuang masa jangan baca. Saya ingatkan. Bunyi macam blog seorang rakan saya Syazwan iaitu "Memaknakan Kehidupan" tapi itu memang ada makna lah. Tapi ini memang tak ada makna.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah berkaitan dengan teknik yang saya amat kerap dan suka gunakan tanpa saya sedari dalam penulisan saya di sini. Saya namakan teknik ini, Memaknakan Pemanipulasian atau MP. Menurut kamus Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang sudah lama saya tidak rujuki, makna bermaksud maksud (suka hati je). Manipulasi pula bermaksud saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi bagi penggemar sinetron Bawang Putih Bawang Merah mungkin anda ingat frasa "memanipulasikan fakta" yang kerap digunakan oleh pelakon dalam cerita tersebut.

Teknik ini sangat sesuai dan seronok digunakan dalam bahasa Melayu kerana bahasa Melayu menggunakan sistem imbuhan. Sistem imbuhan ini sangat mudah difahami dan dikuasai.Anda boleh menukar maksud satu perkataan dengan imbuhan-imbuhan yang ada. Saya bagi contoh.

Kahwin
Sandra Pollock: Selamat datang ke perkahwinan saya.
Jennifer Love Feeewit~: Siapakah yang awak kahwini?
Sandra Pollock: Saya mengahwini orang yang dikahwini saya.
Jennifer Love Feewit~: Wah, siapa yang mengahwinkan awak?
Sandra Pollock: Saya tak tahu. Saya tiba-tiba je terkahwin.
Jennifer Love Feewit~: Awak berkahwin secara tidak sengaja?
Sandra Pollock: Ya, nampaknya begitulah. Sama seperti jiran saya yang mengahwini suaminya tanpa sengaja.
Ayah Sandra: Semua ini salah saya. Saya terkahwinkan anak saya. Saya menyesali perbuatan ini.
Suami Sandra: So, saya dikahwinkan tanpa sengaja? Dia terkahwin dengan saya? Perkahwinan bagaimaakah ini? Adakah Sandra mengahwni saya dengan rela? Bagaimana bapak boleh terkahwinkan kami?

(Apakah yang akan terjadi terhadap perkahwinan Sandra dan orang yang terkahwin dengannya? Ingin tahu bagaimana suami Sandra terkahwini akan Sandra?Saksikan episod akan datang)

                                                   (Tengok muke terpakse kawen)

Begitulah yang terjadi dalam perkahwinan Sandra. Dan itulah teknik MP yang menyeronokkan saya menulis akan penulisan saya selama ini.

Teknik MP juga seronok digunakan dengan cara seperti di bawah.

Don't Judge A Book by It's Cover
Don't judge a book's cover.
Don't judge a cover's book.
Don't book judgement.
Don't cover book.
Don't cover judgement.
Book don't judge.
Book's cover don't judge.


Best kan??..kan3?...Mari kita maknakan ayat-ayat ini.

Don't judge a book's cover. - Jangan menilai kulit buku. Adakah sama dengan maksud asal? Macam sama. Tapi bagi saya tak sama kerana kita boleh menilai kulit buku tapi jangan menilai isi kandungan buku dengan hanya kulit buku. Jika anda mahu menilai kulit buku jangan kaitkan dengan kehebatan isi dalam buku.

Don't judge a cover's book. - Jangan menilai buku kulit buku. Atau ayatnya begini, jangan menilai buku mengenai kulit buku. Faham? Lebih panjangnya begini, jangan menilai buku yang menulis tentang kulit buku.

Don't book judgement. - Jangan membukukan penilaian anda. Hahaha..tapi korang hebatkan. Penilaian korang mesti hebat! Maka bukukanlah penilaian anda!

Don't cover book.- Jangan melindungi buku. Faham kan?

Book don't judge.- Buku tidak menilai. Ya mungkin kerana buku tidak hidup. Tapi bagaimana jika penulis buku menulis buku yang menilai sesuatu perkara seperti contoh paling mudah buku rekod pencapaian sekolah yang menilai pencapian korang mase bersekolah dulu.

Book's cover don't judge.- Kulit buku tidak menilai. hahaha..itu jela. Tak de yang istimewa.

Ahhah! Kalau saya, kadang-kadang dalam  berMP. Kadang-kadang saya jumpa sesuatu yang memberi makna yang bagi saya bernilai. Kadang-kadang saya boleh memahami satu frasa dengan lebih mendalam dengan mengetahui apa yang dimaksukan dan apa yang dikecualikan oleh sesuatu ayat. Saya suka "Don't judge a book's cover" kerana, saya sedar ayat ini menyerupai ayat "don't judge a book by it's cover' tapi ade bezanya. Tak salah kita mahu menilai luaran tapi jangan sekali-kali menilai luaran dengan mengaitkannya dengan dalaman. Jangan menganggap luarannya itu adalah dalamannya. Jika mahu menilai luaran nilailah. Tapi......anda tahu apa saya maksudkan.

Kadang-kadang juga saya terjumpa ayat yang pelik dan kelakar. Inilah yang saya maksudkan Memaknakan Pemanipulasian!

 (dah cakap jangan baca =p)

                                                               Terima Kash!!!

Johan: Adui, ape pun bende kau ceritakan ni akannya puuunn???!!! Aku tak memahami akannye pun.

Thursday, October 20, 2011

Tanya Saya Tentang Cinta?

Assalamualaikum..

Bila anda tanya saya tentang cinta, saya jawab, dengarlah lagu "Always Be There" by Maher Zain.
Bila anda tanya saya tentang cinta, saya jawab, pergi la melawat Dr.CintaPunyeBelog.
Bila anda tanya saya tentang cinta, saya jawab, Cinta itu Laura.
Bila anda tanya saya tentang cinta, saya jawab, Cinta Laura itu gedik walaubagaimanapun comel.
Bila anda tanya saya tentang cinta, saya jawab, cinta ini, kadang-kadang tak ada logika..Itulah yang Agnes Monica akan jawab.
Bila anda tanya saya tentang cinta, saya jawab, dengarlah lagu Indah Pertiwi yang baru saja tau cinta itu apa bertajuk "Baru Aku Tahu Cinta Itu Apa".
Jika anda ingin memahami budaya sesuatu kaum, cara yang terbaik ialah dengan belajar bahasa kaum tersebut.
Maka, jika anda tanya saya tentang cinta, saya jawab, belajarlah bahasa cinta daripada lagu "Bahasa Cinta" by Samsons.

Bila anda masih mahu bertanya saya tentang cinta saya akan menjawab mengikut buku sosiologi yang saya baca.

"Attachment-dependency, caring, and intimacy"

Okay mari kita cuba menjawab soalan ini dengan pejam mata. Sebelum pejam mata baca dulu atau anda tidak dapat melihat soalan. Isi tempat kosong dengan orang yang berkenaan.

Attachment-dependency: "If I were lonely, my first thought would be to seek Salahuddin / blank out.
Caring: If salahuddin / blank were feeling bad , my first duty would be to cheer him/her up.
Intimacy: I feel that I can confide in Salahuddin / blank about virtually everything.

Ini adalah salah satu cara yang manusia fikirkan. Tak semestinya betul. Tapi ini antara yang paling waras yang manusia boleh capai.

Jika anda tanya saya kenapa saya bagi contoh nama saya, saya akan jawab kerana ini blog saya. Sebab lain saya gunakan nama saya kerana saya mahu bila anda pejam mata anda akan nampak saya, maka secara tidak langsungnya anda akan mencintai saya, maka saya berupaya untuk beroleh kemenangan besar dalam pilihanraya ke 13 akan datang. Maka ini adalah separuh daripada kempen pilihanraya.Walaupun dari segi saintifiknya cara ini dibuktikan tidak berkesan, apa salahnya mencuba.

Masalah dengan cara ini ialah, bagaimana kalau wajah ibubapa yang anda cintai pula yang muncul? Mengikut hukum Islam haram berkahwin dengan mereka selama-lamanya.

Bila anda tanya saya soalan ini, saya akan jawab, dengarlah lagu "Your Mother" by Yusuf Islam.
Maka keluarlah lirik .

"Who should i give my love to, my respect and my honour to?
Who shloud I pay good mind to? After Allah and Rasul-u-Allah?
.......Comes your mother....
Who next? Your mother.
Who next? Your mother
and then your father..


Selepas tiga kali baru Father come into the picutre. Maka jika keluar wajah ibubapa anda, anda boleh turun lagi level cinta anda itu kepada who's next. Kalau keluar muka adik-beradik anda, anda masih tidak boleh berkahwin dengan mereka. Maka teruslah next..next..next..sampai keluar muka salahuddin orang yang anda boleh kahwini. Kalau muka yang keluar muka yang tidak anda ingikan boleh la next..next..next..sampai keluar muka yang anda inginkan atau teringin. Kalau keluar muka artis Korea, anda perasan. Kalau masih tidak keluar muka yang anda ingin, keluarkanlah muka anda sendiri, kerana anda akan keseorangan sepanjang hayat. Bergurau jeee..Kalau tak keluar, bermakna anda mempunyai daya memori yang lemah. Bergurau jugak. Ataupun anda boleh membaca buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul. Namun saya tidak menyarankan anda mencintai manusia yang disebut dalam buku itu kerana individu tersebut adalah suami kepada pengarang Fatimah Syarha. Carilah orang lain.

Cinta itu kompleks. Bagaimana manusia boleh mencintai, pada masa yang sama takut padanya, pada masa yang sama juga rindu padanya. Betul...ada macam ini. Mereka itulah orang yang bertaqwa. Mereka takut tapi rindu pada Allah.

Jika anda tanya saya, tentang cinta, bukan saya yang boleh menjawab soalan ini kerana saya tak tahu jawapannya. Yang saya tahu ikan sadin marina berasal daripada kawasan beriklim sejuk. Yang saya tahu cinta itu datang daripada Allah. Perasaan cinta dalam diri kita itu makhluk Allah. Maka anda semua boleh bertanya pada mereka yang mendalami ilmu Tuhan dalam Al-Quran dan Hadis Nabi.

Terima Kasih.

Wednesday, October 19, 2011

Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan?

 Assalamualaikum..

Terima kasih Rizal di atas pemberian mouse wireless yang hebat ini. Saya anggap itu hadiah hari jadi.Tak boleh anggap mcm tu? Kenapa? Sebab bagi awal daripada hari jadi? Sebab tak de niat pon nk bagi hadiah? Okay.

Rambut saya sudah panjang. Tak selesa. Tapi bila tengk cermin nampak macam cool. Tapi diri sendiri je rasa macam tu sebab bila jumpa orang lain, mereka akan tanya "KAU TAK MANDI KE?". Dah la cuaca sejuk. Nak mandi memerlukan azam yang kuat. Keputusannya sama macam tak mandi. Sabar jela. Tapi bila fikir daripada sudut positif, saya masih kelihatan tak mandi walaupun saya mandi. Sangat cool. Lagi kisah cool mengenai rambut saya. Saya berasa sangat cool waktu bangun pagi sebab kelihatan macam Son Goku melihat cermin.

Kisah cool selanjutnya. Tadi sebelum keluar daripada bilik Syazwan yakni selepas membaca buku dan menyoal siasat pengguna facebook misteri, iaitu sebelum keluar bilik Syazwan dimana sebelumnya saya membaca buku, saya telah keluar bilik Syazwan setelah itu. Sebelum saya keluar dan menutup lampu dan ingin memberi ucapan salam padanya, saya teringat betapa coolnya saya dulu.

Sambungan kisah cool. Dulu sebelum masuk tidur, saya akan pergi depan mak ayah saya dan menghulurkan tangan. Saya salam tangan mak ayah saya. Saya cium tangan mak ayah saya. Kenapa cool sangat masa tu? Bagaimana manusia cool itu bole betukar kepada manusia ini? How "cool" i was. Sekarang hanya bergantung pada rambut je untuk menjadi cool.

Siapa bilang gadis melayu tak menawan? Okay tak de kene mengene dengan post ini.

Saya nak cakap mengenai WhatsApp pula. Kenapa saya suka WhatsApp? Kerana whatsapp percuma. Kerana saya boleh "sms" dengan sesiapa sahaja yang mempunyai whatsapp. Kerana whatsapp menghubungkan saya dengan orang Malaysia yang jarang online Facebook seperti ayah saya. (Ayah saya tiada whatsapp, tapi hanya sebagai contoh sahaja). Kerana WhatsApp ade application sampingan seperti RIDDLES dan lain-lain. So, korang boleh stay lepas subuh dengan menajamkan minda menjawab teka-teki di whatsapp. Cool kan? =D

Lagi satu cerita, kebelakangan ini saya sakit belakang. Dan belakangan ini saya suka menggunakan  smiley seperti =) ,  =D ,  :p , XD dan xp . Dan saya baru perasan perubahan yang saya alami ini baru-baru ini. Walaupun perubahan ini agak keperempuanan, namun kadar testosterone saya masih berada di tahap lelaki normal. =D.

Selipar. Flip-flop saya yang dibeli di Malaysia dahulu hampir-hampir putus. Niat dihati mahu menggunakan selipar itu untuk jangka masa 3 tahun bermakna sehingga Graduasi tiba. Namun semakin hari niat itu semakin pudar dalam hatiku. Namun saya bertekad selagi masih tidak putus saya akan terus setia bersamanya.

Saya nak cerita mengenai rambut saya pula. Eh dah cerita dah kan? Okey. Mari bercerita tentang sistem pam air jamban yang selalu diguna disini. Kalau korang bukak kotak pam flush jamban kat malaysia, korang akan dapati ade bola hitam kan? Lepastu...okay susah nak cerita dengan lebih teliti. Senang cerita sistem yang digunakan berbeza. Kalau di Malaysia menggunakan konsep tekanan air, di sini menggunakan konsep potential energy. Nah, terima je bulat-bulat walaupun salah. Pergi cerita dekat semua orang. Benda lain yang berbeza disini ialah kunci pintu, kalau dia malaysia orang di dalam nak kunci kene tekan. Namun disini nak kunci kene pusing. Faham? Tak pe, yang penting ada cerita. Nah pergi cerita dekat semua orang.

Okay Sekian Saja.

Saya akhiri post ini dengan lagi satu cerita. Kami sudah memebeli Penyedut Hampagas dan Blender. KEhadiran dua alat eletronik ini begitu mengubah Psychology kami. Kami akan excited untuk masak dan akan cuba mencari menu2 masakan yang memerlukan blender dalam masakan kami seperti "Ayam masak belnder" dan "Ikan Berlada bersama Blender". Okay, tipu je. Kami excited dan akan cuba mencari menu2 masakan yang memerlukan bahan-bahannya di blend. Bagi saya pula, saya tak sabar menunggu hujung mingggu so, I can vacuum the carpet lah...

Okay. Kembalilah kepada kerja anda yang tentunya lebih bermanfat daripada membaca post saya kali ini. =P

Jangan lupa komen. XD

Wednesday, September 21, 2011

Yuran Digit!

Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas yang aku dah tak ingat berapa hari tu, mungkin seminggu, atau pun tak, atau pun dah nak masuk dua minggu, yang penting tak sampai sebulan, yang penting beberpa hari lepas lah kan. Hurmmm ape eh nak tulis..lupe. Ok.

Beberapa hari lepas, yang dah tak ingat berapa hari tu, mcm ckp kat perenggan atas nih, aku melawat la blog seseorang ni. Mawar namanya (bukan nama sebenar). Maka terjumpalah dengan satu apps yang menarik sangat iaitu Feedjit. Ye aku tahu bende ni mcm dah lama sangat (lama gila), yang aku tak tahu berapa lama dah, dan dah femes di kalangan korang, tapi aku baru jumpa, jadi apakah? (so what?). Bagi yang tak tahu apa itu feedjit, feedjit definisi tepat nye aku tak tahu, tp fungsinya yang menarik perhatian aku ialah dia boleh jejak lokasi orang yang melawat blog kita (kalau anda tiada blog, sila tuka 'kita' kepada 'saya'). Sebagai contoh terdekat, saya jadikan anda sebagai subjek contoh (kerana tiada yang lebih dekat dengan korang selain korang, dan TUHAN lagi dekat sebenarnya..) Kalau korang dari Papua New Guinea (Rudy, tolong betulkan kalau salah eja!..haha) maka akan keluarlah something like this " A visitor from Kampung Durian, Papua NEw Guinea viewed B.L.O.G:time period..ago". Yeay!..Ok..pergi tengok sekarang, scroll ke bawah sehingga nampak Feedjit, sebela kanan. Owned!

-------[ sambung baca disini, kalau tak tengok lagi, silalah tengok]-------

Maka aku  pon dengan tertariknya + tak puas hati sebab kantoi melawat blog dia, so aku pon gunakan Freedjit kat B.L.O.G. Maka ketahuilah aku, bahawa blog aku ni ade pelawat-pelawat setia daripada:

State College, Pennsylvania -  diri sendiri melawat, hahaha..kesian tak??
Seri Kembangan, Negeri Sembilan - Siapa2???
Cairo, Al Qahirah - macam tau jek sape...
Kuala Lumpur - mungkin adik Jazli, mungkin Aiman..hehe
Butterworth, Pulau Pinang - Siapaaa????
Puchong, Selangor - Siapaaa???
Tutong - ape bende ni, perkampungan mana ni??? huhu..sori..

Walaupun bukan semua yang dilistkan ni adalah pelawat setia, tetapi ini jela manusia-manusia yang sanggup melawat B.L.O.G ini. TErima kasih kepada anda walaupun korang rajin melawat tapi tak komen-komen. Sedih. Hahaha..KOmen la korang. KOmen2..Nanti aku balas...

Sebenarnya, blogspot saja dah hebat skang nih. Statistic ape bende semua tu dah keluar. Tapi kurangnya tak tahu siapa yang melawat. Dan, kalau korang tengok yang banyak melawat lpeas ni semuanya State College korang jangan la anggap itu aku, sebab student Malaysia kat state college seratus lebih kot!!

Dan visitor from Tutong, i'm sorry for disappointing you for not finding of what you were looking for which is "TULISAN YAKUZA". Hahaha.. I have nothing to do with The Yakuza Association and even my postings are very gentle-approached, childish, cute-mute, segak, bergaya, and nonsense. And where is Tutong? Rudy...any idea??

Maka, habislah waktu tidur aku, dan waktu membaca buku kerana menulis post ini.

Pengajaran daripada post ini, komenlah korang bila melawat. Aku suka gila baca komen korang. Sebab tula buat B.L.O.G. Bukan sebab nak menulis, tapi sebab nak baca komen korang! (niat terpesong)

Sekian,
Terima Kasih!

p/s: IP adress sendiri dah delete, so, any visitor from penns, that wasn't me!

(gambar+bubble talk akan menyusul)

Friday, August 26, 2011

Sungguh Sedikit Syukurku

Assalamualaikum,

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Sudah beberapa minggu saya dan kawan-kawan berada di perantauan. Segalanya semakin baik dari hari ke hari. Alhamdulillah kami kini sudah boleh merencana pelajaran kami, hal-hal rumah, kewangan dan perjalanan hidup dengan baik. Kami sudah berada dalam zon selesa. Alhamdulillah.

Mungkin masih belum cukup selesa kerana perbelanjaan kami yang terhad kerana sewa rumah yang mahal, bil eletrik yang masih tidak diketahui bayarannya, harga buku dan alat belajar lain yang kurang mesra dompet dan bayaran2 lain yang kadng-kadang datang tanpa diduga. Jarak rumah ke kampus juga agak jauh. Keadaan cuaca . Masih cuba-cuba memasak. Kurang arif dengan cara sistem universiti dan sistem pemarkahan. Masih janggal di tengah-tengah masyarakat asing. Kerinduan pada negara Malaysia tercinta dan keluarga.

Walau bagaimana pun, jika difikir semula, walaupun sewa rumah mahal, kami sudah ada rumah. Alhamdulillah sangat selesa. Lebih baik daripada keadaan awal terpaksa menumpang di rumah kawan yang beragama lain. Bukan masalah dia beragama lain, tapi masalah susah untuk kami beribadat lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Takut-takut menimbulkan perasaan kurang selesa. Kini kami boleh solat berjemaah selalu, bertarawih dan mengaji. Terima kasih Yee Sing dan kawan2. Mungkin bil eletrik mahal. Tapi kami ada eletrik untuk digunakan. Ada lampu untuk menerangi malam kami. Ada pemanas untuk menghangatkan kami. Alhamdulillah. Hanya perlu berjimat. Harga buku pula memang agak mahal. Namun kami masih berpeluang belajar. Luar negara. Pusat ilmu. Pusat pembangunan teknologi. Jauh lebih beruntung daripada mereka yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran. Jarak rumah yang jauh pun sebenarnya tidaklah sejauh yang mustahil untuk diharungi. Perjalanan mengambil masa setengah jam. Namun cuaca disini agak dingin. Tak lah penat sangat. Teringat cerita abah dulu yang berjalan kesekolah setiap hari bersama adik-beradik yang jaraknya sangat jauh. Beberapa kali mereka pernah pengsan. Namun keadan kami jauh lebih baik dari itu. Belum dikira pelajar pedalaman di Sabah dan Sarawak lagi. Alhamdulillah. Untuk sistem universiti dan sistem pemarkahan, kami sudah mula membiasakan diri dari hari ke hari. Senior-senior ringan mulut untuk menjawab persoalan kami. Memberi pendapat dan pandangan berdasarkan pengalaman mereka. Alhamdulillah.

Bila semakin hari saya rasa semakin tenang dan selesa, saya teringat bagaimana keadaan kami pada awalnya. Boleh kata "from ZERO to bajet HERO". Bila saya kata zero, cuba anda bayangkan, anda berada di airport, tiada ilmu tentang keadaan setempat, tiada tempat untuk dituju, tak boleh telefon apalagi inernet, tiada rumah dan tiada-tiada-tiada....Namun satu demi satu telah Allah adakan untuk kami. Kami usaha dari sehari ke sehari, bertanya sana-sini dan Allah datangkan bantuan melalui beberapa orang senior. Sorang demi seorang. Hari-hari yang mendung, yang membuatkan saya rasa macam nak menangis telah Allah gantikan dengan kehidupan yang saya dan kawan-kawan boleh bergelak ketawa (harapnya gembira dalam ingatan padaNYA).

Memang sebenarnya dalam fikiran kami masih risau akan bil-bil yang akan sampai hujung bulan ini. Dahi kami berkerut memikirkan duit yang entah cukup entah tidak untuk menampung kehidupan 4 bulan akan datang. Namun jika kami lihat sekeliling kami, Alhamdulillah, bagaimana Allah telah keluarkan kami daripada keadaan sebelum ini kepada sekarang. Kami dah ada bakul baju kotor kot!!~ Apatah bahan-bahan lain yang lebih penting dan perlu.Lihatlah nikmat-nikmat ini. Subhanallah. Saya masih hidup!~ Semoga saya dan kawan-kawan tidak lupa bersyukur pada ALLAH dengan apa yang TELAH ADA dan tidak ditelenggami benda-benda yang MASIH TIADA. Semoga benda-benda yang dikejar tidak melupakan kami untuk bersyukur pada benda yang telah Engkau adakan untuk kami.

Hasbiayallah wa ni'mal wakil. Ya Allah, apa saja yang aku alami, daripada nikmatMu daripada sesiapa dari kalangan hambaMu, tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan. Bagi Engkaulah pujian. Bagi engkaulah kesyukuran. Hanya inilah daya kami untuk bersykur pada nikmat-nikmatMu.

p/s: banyak yang tiada, tapi rupanya banyak yang telah ada. Iman, Islam, Ibu Bapa, Keluarga, Kesihatan, Kewarasan, Kawan......etc.