Assalamualaikum...
Beberapa hari lepas yang aku dah tak ingat berapa hari tu, mungkin seminggu, atau pun tak, atau pun dah nak masuk dua minggu, yang penting tak sampai sebulan, yang penting beberpa hari lepas lah kan. Hurmmm ape eh nak tulis..lupe. Ok.
Beberapa hari lepas, yang dah tak ingat berapa hari tu, mcm ckp kat perenggan atas nih, aku melawat la blog seseorang ni. Mawar namanya (bukan nama sebenar). Maka terjumpalah dengan satu apps yang menarik sangat iaitu Feedjit. Ye aku tahu bende ni mcm dah lama sangat (lama gila), yang aku tak tahu berapa lama dah, dan dah femes di kalangan korang, tapi aku baru jumpa, jadi apakah? (so what?). Bagi yang tak tahu apa itu feedjit, feedjit definisi tepat nye aku tak tahu, tp fungsinya yang menarik perhatian aku ialah dia boleh jejak lokasi orang yang melawat blog kita (kalau anda tiada blog, sila tuka 'kita' kepada 'saya'). Sebagai contoh terdekat, saya jadikan anda sebagai subjek contoh (kerana tiada yang lebih dekat dengan korang selain korang, dan TUHAN lagi dekat sebenarnya..) Kalau korang dari Papua New Guinea (Rudy, tolong betulkan kalau salah eja!..haha) maka akan keluarlah something like this " A visitor from Kampung Durian, Papua NEw Guinea viewed B.L.O.G:time period..ago". Yeay!..Ok..pergi tengok sekarang, scroll ke bawah sehingga nampak Feedjit, sebela kanan. Owned!
-------[ sambung baca disini, kalau tak tengok lagi, silalah tengok]-------
Maka aku pon dengan tertariknya + tak puas hati sebab kantoi melawat blog dia, so aku pon gunakan Freedjit kat B.L.O.G. Maka ketahuilah aku, bahawa blog aku ni ade pelawat-pelawat setia daripada:
State College, Pennsylvania - diri sendiri melawat, hahaha..kesian tak??
Seri Kembangan, Negeri Sembilan - Siapa2???
Cairo, Al Qahirah - macam tau jek sape...
Kuala Lumpur - mungkin adik Jazli, mungkin Aiman..hehe
Butterworth, Pulau Pinang - Siapaaa????
Puchong, Selangor - Siapaaa???
Tutong - ape bende ni, perkampungan mana ni??? huhu..sori..
Walaupun bukan semua yang dilistkan ni adalah pelawat setia, tetapi ini jela manusia-manusia yang sanggup melawat B.L.O.G ini. TErima kasih kepada anda walaupun korang rajin melawat tapi tak komen-komen. Sedih. Hahaha..KOmen la korang. KOmen2..Nanti aku balas...
Sebenarnya, blogspot saja dah hebat skang nih. Statistic ape bende semua tu dah keluar. Tapi kurangnya tak tahu siapa yang melawat. Dan, kalau korang tengok yang banyak melawat lpeas ni semuanya State College korang jangan la anggap itu aku, sebab student Malaysia kat state college seratus lebih kot!!
Dan visitor from Tutong, i'm sorry for disappointing you for not finding of what you were looking for which is "TULISAN YAKUZA". Hahaha.. I have nothing to do with The Yakuza Association and even my postings are very gentle-approached, childish, cute-mute, segak, bergaya, and nonsense. And where is Tutong? Rudy...any idea??
Maka, habislah waktu tidur aku, dan waktu membaca buku kerana menulis post ini.
Pengajaran daripada post ini, komenlah korang bila melawat. Aku suka gila baca komen korang. Sebab tula buat B.L.O.G. Bukan sebab nak menulis, tapi sebab nak baca komen korang! (niat terpesong)
Sekian,
Terima Kasih!
p/s: IP adress sendiri dah delete, so, any visitor from penns, that wasn't me!
(gambar+bubble talk akan menyusul)
hahha. 100 lebih yeh dr pennstate. tp tolak yg xde blog, tolak yg xbape nak kenai, tolak yg bz cari rumah, tinggallah ben18.
ReplyDeletemne ade org crik rumah lg skang ni...btw, da delete da ip adress t...jeng3..
ReplyDeleteowhh boleh eyh? nak jgak.
ReplyDeleteFEEDJIT lah bukan FREEDJIT! Hampeh.. -____- ingat benda baru tadi
ReplyDeletehohohoho...alamak silap...releks ah....
ReplyDeleteFREEDJIT!
ReplyDeleteokey..nak tuka la nih..
ReplyDeleteBaguslah org2 dh cmnt blk. Pasni xde lah kau hari2 mrh sbb org tgk je tp xcmnt. Hahaha.
ReplyDeletesekarang kita cari rumah jugak la salad
ReplyDeletehaha..okey2..ko jgn sokong dia wan..
ReplyDeletehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... :)
ReplyDeleteterima kasih la komen wahai anonymous..-_-"
ReplyDeleteaku rasa feedjit kau tak betul jee. Dia tak pernah letak lokasi tempat aku berada dengan betul. Mungkin masalah aku. Kuala Pilah tak dapat di recognise lagi.
ReplyDeletemusuh ku: apesal??
ReplyDeleteSJ:yeke?..die letak kau lokasi mane???
Hello! Ni Widad. Akak Liyana suruh baca. Nak tergelak baca post ni kot. Haha
ReplyDeleteHello! Ni Kak Liyana! Widad tak suruh baca tapi nak tergelak baca post ni jugak. Haha
ReplyDeleteHAHAHAHHA.. :p
widad: Hello! ini penulis blog! :p
ReplyDeletekusialey: Hello! Hai KAK Liyana...haha..
From malaysia. Kampung batu dua. Hi hi hi. *wajib takut*
ReplyDeleteHai orang kampung halaman!..haha..wajib takut?..dpt pahala tak?? kalau tak takut dpt dosa tak??..hah jawab2..kebabom!
ReplyDeletesy bkn dr alex,tp dy tulis alex... jgn percaya sgt feed tu.. dy tipu.
ReplyDeleteaj~
owh dah takleh stalk nyorok2 dah. kali ni mmg kluar bendera laen terus.
ReplyDeletehaha..mcm la ko stalk ke selama ni..
ReplyDelete