Assalamualaikum...
Baru saja tadi saya melihat cerita di televisyen. Menunjukkan scene sepasang kapel yang digambarkan sebagai kapel yang baik. Perempuan itu sangat lawa dan bertudung. Manis sekali. Lelaki pula nampak terpelajar. Mereka bersembang-sembang mengenai hala tuju hubungan mereka sambil berjalan di tengah-tengah sawah padi yang terbentang luas. Romantik?. Dialog antara mereka adalah seperti berikut.
"Awak sudi berkahwin dengan saya?"
"Saya betul2 ikhlas dan jujur untuk jadikan awak sebagai isteri saya"
"Kalau macam tu, saya terima dan serahkan pada Allah. Mungkin inilah doa ibubapa saya."
"Saya berjanji akan menjaga awak dan blablabla..."
Mereka berdua pon berpegang tangan sambil lelaki tersebut terus menyatakan janji2nya kpd wanita tersebut.
"Uuurrgghhhhhh!!!!"Penulis terus melenting. Bermonolog seperti berikut.
"Huuuuhhhh~, doa ibubapa? Macam ni nak serahkan pada Allah? Ini cara pembikin cerita menggambarkan manusia yang menjaga agama?"
(sebenarnya hanya bunyik huuuhh~ saje yang keluar, yang lain tu dlm hati je)
penulis terus berambus naik atas dan main laptop.
Bercampur-baur. Apeke pelik ke bengong ke bengap ke? Entah la..bersentuh kulit pon tak boleh. Inikan berpegangan tangan. Dialog dah islamik, nampak macam beragama dan berpelajaran, tapi kenapa hukum-hakam islam yang simpel ni pon tak reti-reti? Buat malu je. Nak wat cerita islamik, tapi hukum islam pon tak tau.
Macam mana bagi mereka yang tak berapa nak mendalami islam? Mungkin mereka beranggapan yang berpegangan tangan ni tak mengapa.
"Perempuan alim dalam cerita tu bole pegang, so bole la kot"
Namun, saya rasa masyarakat sekarang ni makin bijak, makin pandai, tapi entah kenapa pembikin filem tu tak pandai-pandai lagi? Atau sengaja mencampur-adukkan supaya masyarakat keliru dan terus keliru.
Lagi tak puas hati dengan kenyataan seorang artis yang membuat kenyataan seperti berikut setelah ditanya mengenai baju yang kelihatan mencolok mata.
"...kalau betul seksi, mesti pihak Lembaga Penapisan Filem buang scene tersebut"
Siapa perasan, kalau dulu scene cium-cium pon dipotong di tv tapi kini adengan cium-cium sudah lepas. Malah adengan yang lebih dari itu pon dah lepas. Apa dah jadi ni? Lembaga Penapisan punye penapis dah BOCOR??? Sikit demi sedikit. Kalau sekarang adengan cium-cium dah boleh lepas penapis, mungkin esok lubang penapis makin besar sehingga perkara lain pula ditayangkan???
Dan pada artis yang membuat kenyataan kurang bijak itu fikir la elok2. Sejak bile LPF bole keluarkan Fatwa??? Anda kan orang islam. Kenape jadikan LPF sebagai kayu ukur?? Kemana cik letakkan islam???
Kan dah macam joyah. Tak pasal-pasal komen-komen pasal artis. Semua orang kenelah sensitif. Supaya esok bile kita dah jadi ayah atau ibu, kita selesa untuk membenarkan anak kita menontotn TV. Supaya esok kita tak perlu nak marah anak-anak supaya jangan tengok TV kerana tak selamat. Supaya setiap apa yang ditayangkan itu baik untuk anak-anak kita.
Kepada LPF...tukarlah penapis yang lebih bagus. Penapis encik gunakan sekarang ni terlau besar lubangnya. Jangankan air karat, bangkai tikus pon boleh lepas. Jangan buat-buat tak tahu. Ini semua kerja korang. Cium-cium semua boleh lepas, korang la yang lepaskan. Sekrang orang penapis air makin power berkualiti, tapi kenapa penapis encik ni makin lopek??? Kenapa..kenapa..kenapa..???
asal sekat2 nak scroll nih
ReplyDeleteWah salad, post yang hebat. Boleh compete dgn aeisyulillah ni. haha, jk
ReplyDeleteCerita ape tu? Drama islamik kah? Islamik ape la kalau ada scene cmtu. Same je mcm drama2 cerekarama biasa hari2 kat tv tuh.
Orang lupa,
ReplyDeleteIslam itu diambil penuh-penuh
bukan hanya separuh-separuh
Na'udzubillah, moga Allah lindung.
post yang sangat bagus aku rasa..tahniah..
ReplyDeletebetullah tu..hmm..serangan pemikiran..sepatutnya medium tu digunakan sebaiknya..tapi ini yang jadi..imej islam terjejas..hmm
setuju dgn aeisyulillah. prinsip tu yang kita lupa.
ReplyDeletelg 1, kadang2 bnda biasa yg dah sll buat tak nmpk mane salahnye. sebab dah ditutup dgn kebiasaan. mcm fesyen tudung sekarang..
huh!!nmpk nye penulis meluahkn perassan dan memancarkn emosi dlm blog ini???huhuhu....
ReplyDeletesesungguh nye..bergomol dgn babi lebey baik drp bersentuhan tgn dgn sgje bg yg bkn muhrim.....
so....may b kite nmpk ni bnde yg berlaku di depn kite....so..kite kne haty2..takut2 bnde same yg akn berlaku pd diri kite...
fainlamtastahi fasnau' masyitta~~~
anonymous- bukan selalu tersekat2..hehe..di luar kawalan aku le...
ReplyDeleterudy- ya..kite perang dengan aeisyu...haha..x de la..citer kt tv3..sengal!~
aesyulillah- isk3..ye..org lupa...marilah kita cuba mngingat2kan selagi kita masih igt...diorang ni da la x tau..ade hati nak wat cerita mcm tu...x malu ke??
ana- mungkin ini bole dikatakan..budus dan memperbuduskan..hehe
shafiqah-hehe..ye setuju ramai2..dan kita hebohkan perkara ni..dgn harapan akn sampai ke pihak yg bertanggungjwab..
musuhku yg disayangi- blog sendiri..kalo aku x sayang..siapa nak sayang??..hehe..aku nak jd pemalu juge..
dah terlalu bnyk dah benda macam ni.
ReplyDeletedah jadi lawak.kata a tapi buat b.
mengelirukan?ya bagi yang tak tahu.
bagi yang tahu konfem2 islam->melayu kt msia ni jadi bahan ejekan.
pergi la melawat blog racist2 di msia ni.
penat lah hari2 pun rse mcm nk cekik script writer dan yang tak membantak produksi mcm ni.
caya la salad.
ReplyDeletethumb up tok ko.. =D
~hehhe
wow, bagus.*tepuk tangan*
ReplyDeleteDah aku dah komen. he he.bye
(:
hahaha..terime kasih...*tepuk tangan*
ReplyDeletebes gler post ko~!
ReplyDeleteyup2.
ak pon bmci jgk mnder2 camtuh.
adehhh..ko jer la gi jd penapis, sld.!
grrrrrrrrr...~~~ geram giler ak tgk cter2 budus sebegituh.
bes gler post ko~!
ReplyDeleteyup2.
ak pon bmci jgk mnder2 camtuh.
adehhh..ko jer la gi jd penapis, sld.!
grrrrrrrrr...~~~ geram giler ak tgk cter2 budus sebegituh.
berbakat jgk adik aku ni menulis blog..t lame2 leh same taraf ngan saiufulislam ye..peringatan yang berkesan untuk semua..dan diri sendiri terutamenye..
ReplyDelete