Monday, May 23, 2011

Saya Minta Tolong Kawan2

Assalamualaikum,

Lebih kurang setahun sudah berlalu. Peristiwa yang menimpa saya sehingga di masukkan ke dalam Hospital Serdang sudah pasti dan pasti menjadi satu sejarah penting dalam lembaran hidup saya. Kejadian itu, telah membuka mata bahawa kasih  ibu bapa dan adik-beradik sentiasa ada untuk saya.


Ramai kawan saya kata yang mak saya sangat rilek semasa saya di tahan dalam ward ICU. Dalam hati saya, saya sgt bangga sebenarnye sbb mempunyai mak yang sangat otai. Huhuhu..

"Mak kau relek je, siap bole kate macam ni...'Salahuddin tu memang mcm tu, degil'..." kata Aiman Zuhali.

Di sini saya ingin beritahu kenapa mak saya nampak begitu tabah. Cerita ini saya dapat daripada kakak saya.

Hari pertama saya dimasukkan dalam wad pemerhatian selepas solat maghrib maka semuanya bermula. Segala wayar bumi, wayar hidup, wayar telefon dan wayar less telah disambung pd badan saya. Pertama kali mak lihat keadaan saya, mak pegang dada dia dan jalan kehulu ke hilir tak tentu hala sambil muka menunjukkan seribu satu kerisauan. Satu monolog dapat ditangkap..

"Kenapela Udin ni..suke sangat sakit pelik2..."

..lebih merisaukan hati emak bila doktor yang memeriksa berkata..

"Saya tahu anak makcik dan pakcik muda lagi, tapi apa-apa pon boleh berlaku, kite berserah"

Cerita selanjutnya untuk scene ini saya tak tahu. Yang pasti sewaktu saya tidak berdaya membuka mata di atas katil sambil tercungap-cungap untuk bernafas, abah bisik pada telinga saya..

"Udin, mak datang tu.."

Saya kumpul kekuatan untuk buka mata lihat wajah emak sambil menggenggam tangan abah. Siapa tahu itu mungkin kali terakhir. Saya nampak emak berdiri dari jauh terpaku dengan muka menahan sedih. Saya tahu mak tak sanggup tengok saya mcm tu. Saya bagi isyarat untuk mak datang dekat. Mak kuatkan diri, datang dekat saya perlahan-lahan. Mak nk pegang pon takut-takut. Saya pegang tangan mak. Tak sampai berapa lama mak terpaksa lpskan tgn saya dan beredar. Mak tak sanggup melihat keadaan saya. Dengan penglihatan yang sangat kabur, saya nampk sorang demi seorang adik beradik saya datang.

Selepas tu saya dipengsankan sebelum dipindah masuk ke ICU.
(Black Out selama 3 hari)

Selama saya tak sedarkan diri..waktu ini lah kawan2 saya melihat ke'selambe'an mak saya. Namun, saya tahu dan saya yakin kawan2 saya juga tahu yang mak saya sedang menahan sesuatu yang berat dalam jiwanya. Mak tak menangis. Mak sembang-sembang dengan orang. Mak sendiri yang tenangkan orang lain.

Mak kata kat kakak..

"Mak tak nak fikir bukan-bukan. Mak tak nak fikir yang teruk-teruk. Kalau mak pon dah fikir macam tu, mak takut nanti keadaan udin lagi teruk. Yang penting sekarang ni mak terus berdoa. Mak tak nak merintih sebab kata2 mak akan jadi doa, mak akan terus cakap yang baik-baik je"

Mengalir air mata saya sewaktu mendengar cerita ini daripada kakak saya. Demi kesihatan saya, mak tekan kesedihannya. Mak terus paksa dan paksa berfikir positif. Mak tahan daripada cakap perkare yang bukan-bukan...

"Tadi mak masuk, mak tengok udin makin lemah...lepastu...dah la...mak tak nak cakap lagi..tak boleh,"

Mak simpan luahan hatinya semata-mata tak mahu cakap bukan-bukan mengenai saya. Pertarungan dalaman mak tak semudah yang disangkakan apabila setiap hari berita keadaan saya yang diterima semakin buruk. Semakin hari, kesedihan yang ditahan semakin menekan Ditambah lagi dengan berita kematian orang-orang lain dalam ICU. Seksanya, hanya Allah yang tahu. Beban dalam jiwanya dia simpan sendiri, semata2 tak mahu terkleuar apa2 kata2 yang boleh merencatkn kesembuhan saya.

"Mak takut kalau kalau Udin nak cakap apa-apa dekat mak. Mak takut itu pesanan terakhir dia. Dah la mak tak faham sangat."

OK. Ini cerita lama, cerita tahun lepas. Apa yang membuatkan saya teringat semula adalah kerana saya terbau kembali bau hospital serdang, bau sabun dia, bau sabun lantai tandas dia, bau ward dia, bau tilam dia, bau alat2 dia. Keadaan dalam ward semua saya lihat kembali. Segala perasaan itu dtg kembali.

Mak saya dan abang saya sekarang dimasukkan dalam Ward Pemerhtain di Hospital Serdang kerana Demam Denggi. Saya harapkan doa para pembaca kalian demi kesembuhan Mak dan Abang saya. Saya juga memohon kalian mendoakan kerahmatan dan keampunan dosa2 mereka drpd Allah SWT yang Maha Pengasih, Penyanag dan Pengampun.

Syukran, Terima Kasih, Thank You.

Tuesday, May 17, 2011

Owh TIGA Bulan!~

Assalamualaikum..maka bermulalah cuti saya seperti berikut....



























Cuti 3 bulan bukanlah sesuatu yang mudah untuk di 'cuti' kan. Dalam fikiran macam-macam bende rase nak buat. Macam-macam ade, tp satu ape pon x buat..hehehe..So aku nk cerita la kat sini, kot2 lepas da cerita kat sini, orang pon da tau maka bile orang dah tau motivated sikit nak buat. Macam mane mekanisme ini berfungsi? Biar saya ceritakan.

KES PERTAMA (EXAMPLE)

-WORK OUT-
> Bila rasa malas nak work out, aku akan rasa korang sume perhatikan aku. So muke Rudy ke, muke Hashi ke, muke Wan ke, Hakim ke AIMAN ke, Farahin ke, Husna ke, Shimah ke, Atiob ke..muke2 ni akan keluar tengok aku. Merenung tepat tajam ke dalam mata gue..
> Bile muke2 ni tengok aku so aku pon, " Ape pandang2? Nak work out la ni". Maka bermulalah sesi work out.
>Bile penat2 lari, tersungkur tersembam ke bumi. Tekak kering kehuasan di ats jln pns di waktu cahaya mati terik meamncar terus. Bibir kering pecah2, rasa sudah smpi masanya....mase tu muke2 korang akn keluar lg..so perlahan2 aku kuatkan badan..kaki yang lemah ku gagahkan kembali..pandangan sinis korang akn membangkitkan semangat untuk memecahkan tanggapan manusia2 yang memandang enteng terhadap keupayaan diri. Ku langkah lagi perlahan2 sampai selesai urusanku.

KES KEDUA (EXAMPLE)

dah la..mls nak cerite lebih-lebih..

Yang pasti kalau boleh aku nak siapakan saki baki University Admission (mesti buat kot), nak naikkan badan, nak berjalan-jalan dan berjalan-jalan dan berjalan-jalan, nak mengajar budak-budak (innovology atau sekola KAFA Kajang Utama), nak khatam Al-Quran sekali, nak hafal semula surah2 juz 30('amma) dan meluangkan masa bersama keluarga, nak kawen...tak boleh?..tunang? merisik? pon x boleh? carik calon pon x bole? ok lah..haha..

Antara aktiviti yang telah ditempah ialah*
1) Percutian ke sarawak bersama kawan2 INTI
2) KEM INNOVOLOGY
3) BROGA HILL BERSAMA KWN MAAHAD
4) BROGA HILL BERSAMA AIMAN SCR ROMANTIK~
5) ABANG PYAN KAWEN DI KELANTAN DAN KAJANG
6) TEMAN KAKAK PERGI PERLIS

*tertakluk kepada duit dan tarikh!..haha

ape2 pon..korang..manfaatkan cuti ni..
"kalau kite fly, ini la peluang kite nak meluangkan mase bersama family~"

kalau korang kwnINTI- enjoy ur holiday~ amek peluang cuti ni utk perkasakan diri sebelum Fly~ Insya Allah~ n doakan semua kawan 2 dpt fly Insya Allah~ buat la bende pelik2 cuti ni..hahaha..

kalo korang kwn HAMIDIAH- kalo ade ape2 aktiviti..roger!!!~

kalo korang kwn on9- belanje la makan~

kalo korang tak masuk dlm mane2 kategori- sila daftarkan kehalian anda secepat mungkin..ade I-Pad menanti anda!!~..haha

(!) Jika anda tergolong atau tidak tergolong dalam mana2 kategori, tetapi anda seorang yangCANTIK(!) -Feewit!~ Hai!~

ok..itu sje...

Terima Kasih..

Sunday, May 15, 2011

127 Hours

Assalamualaikum..

Dah lame tak menulis blog. Baru sehari cuti kat rumah dah menggatal nak tulis blog. Takkan da rindu kot?? Tak lah..tak rindu pon. Hehe..Sebelum itu ketahuilah yang aku tak tau lagi nak letak tajuk ape sebab aku pon x  tau nak tulis ape. Mungkin psl HARI IBU, mungkin pasal BYE BYE INTI, mungkin PERCUTIAN KE UTAGHA atau ketiga-tiganya sekali..atau KESERONOKKAN GUA TEMPURUNG

..kite sambung lagi..

..atau PLAN UNTUK CUTI..atau OH MY FRIEND..atau OH RESULT FINAL..atau BOLEH KE I FLY? (Insya Allah boleh) atau SELAMAT HARI JADI SALAD (kaitan?) .. atau SELIMUT INTI KU SAYANG..atau BILIK INTI BANYAK HABUK atau pun WATER HEATER DI INTI.. atau pun FAUZI DAN AS-SALAM YANG MACHO atau pun BURGER OBLONG PENYELAMAT PERUT DI MALAM HARI.. atau pun DUIT BIASISWA DAH NAK HABIS..ataupun..SYAZWAN BERSIN LAGI..

..10 minit kemudian..

ataupun ALAMAK ESOK KELAS PUKUL LAPAN! atau pun TAKUTNYEEE TEST PSYCHO ESOK!~ atau pun JAZLI KEJUT AKU BANGUN SUBUH..atau pun.. AKU DENGAN JAZLI MENGINTAI KUNURAINI BERSENAM DI DEPAN BILIK SELEPAS SUBUH..ataupun TERLAMBAT LAGI PERGI KELAS ART.. atau pun RISAUNYE ESOK ADE PRESENTATION...ataupun...

YA ALLAH BARU BERAPA JAM AKU DUDUK RUMAH AKU DAH RINDU INTI!!!!!!!

Oh maann~..Takkan laaa..kite sambung lagi  ye...

Atau pun PEREMPUAN DAH PAKAI KERETE AIMAN TAK NAK BASUH.. atau pun SAYA RINDU CERAMAH PAK CIK.. ataupun FATIMAH!! FARAHIN!! PERGI PROMOT DEKAT FB!!!MLM NI MKN APE??CEPAT SIKIT!!...(hahahahaaaa..sooriiiii...aku gila kuasa sikit..haha..).. ataupun ALAMAK COMMON ROOM PENUH! BEDAH X COP TMPT KE?.. duit HASHI HABIS SBB REPAIR FUJITSU KE?.. haha..

entah la..tak tau nak tulis psl ape..hehehe..kalu boleh nk cerite psl semua kot. Tapi cukupla sekadar aku cakap pasal tajuk-tajuk ni..so korang bole bayangkan sendiri cerita2 disebalik tajuk tu..and layan sendiri-sendiri..hehe..semua tengah sibuk setelkan PASSPORT and bende2 alah tu kot..ok..

Terima Kasih..