Wednesday, February 17, 2010

Kebangkitan Seorang Ejen


Assalamualaikum..

Sebenarnya post saya ada 20 kesemuanya. Kali ini ingin saya bercerita tentang perkara-perkara tertentu. Pertama, ade beberapa perkara yang ingin saya ceritakan. Kedua, cerita itu bermula di perenggan bawah, bukan di perenggan ini. Perenggan ini bertujuan semata-mata utk mempersiapkan minda para pembaca dan memberi gambaran awal terhadap isi-isi yg ingin diutarakan dan ditimurkan oleh penulis B.L.O.G.

Cerita satu. Belakangan ini, belakang saya rasa sengal-sengal. Mungkin kerana terlalu lama bersila di depan laptop. Pada suatu hari, buat pertama kalinya saya bergerak pulang ke rumah bersama Syed. Walopon kami tinggal sebumbung, berkongsi udara air-cond yg sama, berkongsi alas kaki yang sama, berkongsi penyapu yang sama dan berkongsi lock mangga yang sama tapi inilah date kami yg julung kalinya. Kami bertolak ke KTM, Nilai dgn menaiki kenderaan awam yg dipandu oleh Hakim dengan tambang dua Slurpee utk satu kepala.

Seperti biasa, manusia yg berkunjung ke KTM akan membeli tiket. Saya dan Syed tidak melepaskan peluang ini. Syed memilih utk mendapatkan tiket melaui mesin rekaan manusia manakala saya memilih utk membeli tiket melalui manusia pereka mesin. Selesai saja membeli tiket, tangan ini bergerak-gerak mencari dompet di dalam poket sbg tmpt menyimpan tiket. Proses pencarian kali ini lebih lama seperti biasa. Pergerakan saya kian laju. Semakin lama semakin laju. Tiba-tiba...(bersambung)

Tiba-tiba, saya jumpa henset saya dalam poket. Saya terus mencari dompet saya,tp masih tak ketemu. Ya, itulah yang berlaku. Dompet saya tidak dijumpai. Sangkaan awal, tertinggal di bilik, namun sudah dipastikan tiada. Kehilangan yang turut dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia ini disyaki melibatkan si pencopet terkemuka.

Cerita dua. Bermula daripada hari itu, penulis B.L.O.G sudah terlucut kerakyatannya. Hak sebagai warganegara terus dinafikan. Kebenaran yang diberikan kerajaan Malaysia utk memandu kenderaan bermotor ditarik serta-merta berdasarkan Enakamen 1957 yg tidak membenarkan pemandu tnpa dompet utk memandu. Segala rekod pengenalan diri terhapus. Masa depan kian kabur. Harapan kian luntur. Tiba-tiba...(bersambung)

Tiba-tiba, penulis teringat akan situasi ini sama dengan situasi yg berlaku pd para Agent rahsia sesebuah organisasi sulit. Tanpa membuang masa, penulis terus bercadang utk menjadi agent rahsia. Nama samaran sudah ditetapkan. Namun, penulis sekali lg hampa krn,setelah berpenat-lelah mencari peluang pekerjaan ini di srt khabar langsung x ketemu.

Mahu atau tidak, penulis terpaksa memperbaharui identiti. Simpan lah kenangan lalu, kenanglah ia selagi masih segar, krn selepas ini penulis B.L.O.G adalah berbeza. Selamat Tinggal.

Sunday, February 14, 2010

Seronok bermain ayam



Assalamualaikum..

Hari ini saya telah mengikut abang saya pergi ke kebun berdua menaiki motorsikal. Saya dibonceng oleh abang. Di kebunnya ada reban ayam. Secara pakejnya aku telah pergi reban ayam di dalam kebun. 2 dalam 1.

Sepanjang perjalanan kami terpaksa menempuh jalan highway yang lurus. Memang teruji. Namun keperitan perjalanan terubat sedikit setelah kami tiba di kwasan perkampungan yang jalannya mmg jalan kampung yang berliku-liku dan berbatu-batu. Memang lega. Rasa seperti mendapat rawatan Spa di Bali. Diurut-urut.

Setibanya kami di sana, para ayam-ayam sekalian sedang menjalani kehidupan seperti biasa. Semua ayam sedang kais tengah hari, makan tengah hari(faktor masa. kami tiba di tengah hari). Bukan bermaksud ayam2 itu mengais tengah hari dan makan tengah hari, tetapi ayam2 itu mengais tanah dan memakan cacing di 'tengah hari' hari. Terdapat beberapa ratus ekor ayam di situ. Bukanlah bermaksud ekor ayam shj tetapi termasuk lah ekor ayam dan badan ayam sekali. Lebih jelas, terdapat bebrapa satu set lengkap ekor ayam di situ.

Sebelum tiba di sini, sebenarnya kami telah singgah di kedai jual air di tepi jalan yg dikendalikan oleh seorang anak gadis yg molek yang menutup lengan tangannya dgn stokin lengan. Kami membeli air kelapa. Isi kelapa ini saya berikan kepada ayam2. Mereka berebut-rebut, tanda suka akan isi kelapa. Bila saya baling ke sana, semua pergi sana. Jika saya baling ke situ, semua pergi ke situ. Pengalaman ini sama seperti membaling piring, lalu piring itu dikejar anjing. Cuma ayam2 ini tak dtg semula, kecuali baling kelapa dekat depan mata.

Saya juga sempat memerhatikan beberapa satu set lengkap ekor ayam yg mengalami beberapa kecacatan. Ada yang patah kaki. Ada yang leher cacat. Ada yg x membesar. Ada juga yang buta. Bila dikejar semua ayam lari, kecuali seekor. Rupa-rupanya buta. Alangkah sedihnya aku di saat mengetahui akan kebenaran itu.

Pada tangan yg lain, aku juga berpeluang bermain air perigi. Airnya x selamat diminum manusia,ttp diluluskan oleh WHO utk ayam.

Begitulah kesudahan cerita ini. Pengajaran yg boleh kita ambil ialah jangan melewat2kan sesuatu yg baik, nnt x sempat nak buat. Kita hendaklah menyayangi sesama manusia supaya kita tidak berkahwin dengan haiwan. Selain itu, jangan bangun lambat kerana nnt sarapan pagi habis. Tambahan lagi, jangan cuci baju di hujung minggu kerana ketika itu semua orang nk gne mesin basuh. Akhir sekali, pakailah tali pinggang keledar, kerana tali pinggang keledar lebih murah drpd tali pinggang levi's atau quicksilver yg ber' buckle' besar.

Saturday, February 13, 2010

Bila Lembu Mengajar

Assalamualaikum...

Wahai rakan-rakan sudah terlalu lama aku merepek. Sudah terlalu lama bergembira. Sudah terlalu lama berseronok. Terlalu byk gelak sakan. Artikel kali ini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat saya yg saya sgt suka berkawan dgn mereka utk belajar daripada lembu.

Al-kisah di sebuah mesjid pada hari raya qurban. Maka di sini ditambatlah tujuh ekor lembu. Setiap satu lembu itu tidak berjauhan daripada lembu yang lainnya. Usai saja solat Hari Raya Aidil Adha maka berpusu-pusulah muslimin dan muslimat ke tempat lembu-lembu itu. Takbir dialunkan, pisau yang tajam diacukan, kini ajal seekor lembu di hujung tanduk dan di mata pisau. Maka matilah lembu itu dan terpancut-pancutlah darahnya deras ke bumi. Mengembulah lembu itu sehingga ketitisan darah yang terakhir.

Rupa-rupanya matinya lembu itu, dilihat oleh lembu yang kedua. Akan tetapi tidaklah gusar lembu itu melihat lembu pertama menemukan ajalnya. Makan pula lembu kedua dengan selamba. Bagaimana diragut rumput sebelum lembu pertama disembelih, begitu jugalah diragut rumput selepas ia mati. Sesekali ia pun takut, hanya kerana ramai manusia di situ, takut-takut menyerang atau merampas rumput-rumput makanannya itu. Tidaklah dia tau, nasibnya sama sekali dengan lembu pertama.

Kini lembu yang kedua sudah tiada. Matinya ia disaksikan lembu yang ketiga. Pabila mati lembu yang ketiga disaksikan lah akan ia oleh lembu yang keempat. Begitulah sehingga lembu yang ketujuh. Tidak satu ekor pon lembu itu merisaukan akan matinya ketika melihat matinya lembu yang lain itu. Tetaplah diragut rumput dihadapan mata yang menghijau segar untuk diisi perutnya itu.

Begitulah kisahnya.

Begitu jugalah respon kita. Setiap hari kita dengar, nampak, dan tahu ada manusia yang mati. Tidak terfikir lansung kita yang kita juga akan mati. Samalah kita ini mcm lembu. Namun, kita manusia sering berbangga dgn adanya akal. Akal digunakan sehebat-hebatnya. Pelbagai ilmu diterokai. Pelbagai teori dikemukakan, tetapi pd masa yang sama satu realiti yang jelas terbukti kita nafikan. Kita butakan mata kita. Bila kita rasa giliran kita mati lama lagi, itu bukanlah akal. Itu adalah kemahuan nafsu. Nafsu tak mahu mati. Nafsu mahu rumput-rumput utk diisi dalam perut. Nafsu mahu kenikmatan. berlebihan. Nafsu nak kemewahan lagi dan lagi. Sengaja kita turuti nafsu, sedangkan akal fikiran sudah jelas memproses logik bahawa manusia dipanggil ke dalam kubur setiap hari. Malakul maut bertugas stiap hari. Namun nafsu kata belum lagi.

Memanglah lembu tu tak rasa takut. Lembu tu mana ada akal. Die masih selambe tengok kawan dia mati. Padahal betul2 slps itu gilirannya tiba. Maka jgnlah kita samakan akal fikiran kita dgn binatang. Mati x perlukan tua tiba. Buktinya ramai yg mati muda. Mati x perlukan sakit. Buktinya ramai yg mati sihat. Mati x perlukan tanda. Buktinya ramai yang mati mengejut. Allah letak sebab atas kematian supaya manusia tak pening memikirkan sebab-sebab kematian.

Oleh itu, jgnlah kita rasa mati itu jauh daripada kita. Para sahabat ambil prasangka yang mudah dan selamat. Mereka sentiasa rasa esok mereka akan mati. Jika esok mereka hidup lagi maka mereka bersyukur. Setiap hari bagaikan peluang hidup semula. Kalaulah hari ini saya mati, maka disiksalah habis-habisan. Meronta-rontalah saya di dalam kubur. Meraung lah saya seorang. Ketika itu, saya baru mahu berzikir sejuta kali, satu pon tiada harga, satu pon tiada pahala. Namun, hari ini saya hidup lagi. Mampulah saya sebut dua, tiga dan lebih lagi Subhanallah. Mampulah saya hr ini menunaikan Hak2 Dunia dan Hak2 Allah. Maka hak2 saya terjamin di akhirat nanti.

Dengan ini, saya memerlukan kekuatan daripada sahabat-sahabat saya. Saya perlukan sokongan daripada sahabat-sahabat saya. Supaya kita sama-sama dpt berjaya didunia dan saya tidak mahu sahabat-sahabat saya tinggalkan saya di akhirat. Kita semua mahu bahagia di sana. Tak mustahil. Kenapa?..Kerana kita masih hidup hari ini. Allah lah yg hidupkan lagi kita hari ini. Allah beri peluang. Kita byk buat dosa, Allah masih nak kita dpt redha-Nya dan syurga-Nya. Subhanallah. Sayang Allah kat kita, kita x sayang kat Allah. Kita sayang pd dunia. Astaghfirullah. Ampunkan kami.

Amin, Ya Allah.

Wednesday, February 10, 2010

Fenomena Shanti


Assalamualaikum..

Sejak zaman awal kelahiran B.L.O.G, manusia sering bertanya apakah motif disebalik hasil tulisan yg dihasilkan. Zaman beransur zaman, dari lewat tahun 2009 sehinggalah awal tahun 2010, para saintis masih gagal menemui jawapan disebalik persoalan tersebut.

Sebelum anda meneruskan pembacaan, suka utk saya igtkan bahawa apa yang akan anda baca merupakan satu tulisan ilmiah yg mungkin berat utk diterima satu setengah orang. Jika anda bakal menghadapi peperiksaan, jgn teruskan krn bimbang mengganggu ilmu sedia ada.

...Fenomena Shanti...(diam). Menurut Kamus Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KDBKL), perkataan fenomena tak dpt dijumpai dalam kamus ini. Malahan, kamus ini juga tidak berjaya dijumpai. Shanti pula merupakan nama orang. Satu ketika dahulu umat malaysia pernah dilanda fenomena mawi, tetapi berlainan di INTI. Fenomena shanti telah mempengaruhi minda sebilangan pemuda di sini. Pengaruhnya telah menybabkan perubahan bertutur,bercakap mahupun berkata-kata. Shanti juga mengganggu tumpuan para pelajar di dalam kelas.

Adakah fenomena ini akan terus kekal mengubah pamuda2 yg berkenaan? Kita biarkan persoalan ini dirungkai oleh bijakpandai negara.

Beralih ke sri pentas.

Apakah itu idea? Idea merupakan sesuatu yg kita boleh ketandusan.Jika seseorang itu ketandusan idea, fenomena itu digelar ketandusan idea. Fenomena ini kadang-kala menyerang tanpa amaran lansung. Ketika seseorang menulis, proses menulisnya boleh terbantut gara-gara idea yg tandus dan kering kontang dimamah arus pembangunan.

Kita kembali ke tajuk asal. Fenomena Shanti. Siapakah Shanti? Fahaman apakah yg telah dibawa sehingga mempengaruhi segenap remaja? Adakah perubahan yang dibawa positif atau negatif? Adakah rakyat malaysia dapat menerima Shanti? Berjayakah Shanti mendapatkan kewarganegaraan malaysia?

Kali ini, jawapan tidak dibiarkan utk dijawab oleh saintis atau bijakpandai, tetapi saya akan membenarkan anda sendiri mencari jawapan melalui paparan video klip ini. Wartawan B.L.O.G mengupas isu ini.


Saturday, February 6, 2010

Ikan Masa




Assalamualaikum..

Kisah seorang anak diberi ubat cabut lari, ubat batuk cap ibu dan anak ibu beri. Si anak kembali minum ubat batuk yg diberi...

Dalam lirik lagu ni..terma ibu disebut dua kali, anak diesebut tiga kali, ubat disebut tiga kali. Hujung2 nye diakhiri dgn 'ri'. Mempunyai plot cerita yg mudah. Pengenalan dan konflik ditulis dalam satu ayat. Cerita ini berakhir dgn kebahagiaan atau org gemar menggunakan terma "happy ending".

Dalam penerangan saya di atas..terma 'terma' disebut dua kali, terma 'kali' disebut tiga kali, terma 'dalam' disebut dua kali.Hujung2 nya tidak sama. Tidak mempunyai plot, kerana bukan sebuah cerita.

Dalam penerangan saya di atas ..terma 'terma' disebut empat kali, 'kali' disebut empat kali, terma 'tidak' disebut dua kali. Hujung2 nya diakhiri dengan 'kali'. Juga tidak mempunyai plot kerana bukannya sebuah cerita.

Dalam penerangan saya di atas.. terma 'terma' disebut empat kali, terma 'kali' disebut lima kali. Hujung2nya diakhiri dengan 'kali'. Juga bukan sebuah cerita.

Dalam penerangan saya diatas, saya tahu tidak ada siapa mahu teruskan pembacaan ke bawah. Sume pembaca yg bijak pandai dah tahu ape yg akan ditulis. Saya pon bole teruskan sehingga semua org tidur. Kalau buku memang bole mengatasi kamus. Kalau nak disamakan dgn cerita dr seberang mmg sama. Tak habis2. Masalah yg sama. Bole diagak.
Cukup sekadar mengikuti episod pertama dan episod terakhir. Fahamlah seluruh 256 episod.

Tulisan yg dihasilkan ini sebenarnya langsung x dirancang. Sewaktu menulis perenggan pertama langsung tak tahu apa isi perenggan terakhir. Perasaan saya semasa menulis, sama dgn perasaan pembaca. Perasaan 'what happen next?'..'so what?'..'what is he writing about?'..Saya sendiri tertanya-tanya..apa kesimpulannya. Sampai perenggan terakhir, saya sendiri lega.

'Ooo..itu ke kesudahannya'..

Minta maaf sbb membuang masa anda semua..haha..

Tiga Orang Yang Mendaki part 2(TOYAM2) ditangguh seketika kerana tidak cukup dana. Sori.