Assalamualaikum,
Saya adalah seorang remaja biasa. Membesar seperti remaja-remaja lain. Seorang mahasiswa sama seperti sebahagian besar remaja yang lain. Mungkin sama seperti anda. Perjalanan biasa laluan kehidupan remaja masa kini.
Konflik remaja. Kegagalan untuk melihat dunia ini melalui pandangan orang lain kecuali pandangan sendiri. Apa kita rasakan penting untuk diri kita mesti penting bagi semua orang lain. Jean Piaget, seorang penyelidik perkembangan manusia menamakan ia sebagai egocentric. Egocentric akan dilaui oleh kanak-kanak berumur 2 hingga 7 tahun. Namun, egocentric tidak sepenuhnya hilang sewaktu menginjak dewasa. Malah akan bercambah kepada dua jenis egocentricsm iaitu personal fable dan imagenary audience. Personal fable berlaku apabila seseorang menghabiskan masa sepenuhnya berfikir mengenai pandangan dan perasaan sendiri sehingga dia yakin bahawa dia adalah seorang yang istimewa, malah orang lain tidak pernah mengalami pemikiran dan perasaan yang sama seperti dia. Timbullah kata-kata " Kau tak faham aku, aku berbeza dari kau". Imagenary audience berlaku apabila seseorang merasakan yang semua orang perhatikannya. Menjadikan seseorang terlalu risaukan pandangan orang lain terhadap rupa luaran dan gerak-gerinya.
Menurut Erik Erikson, seorang psikososial terapis, remaja akan melaui krisis identiti dan kekeliruan peranan. Remaja perlu memilih nilai dan tujuan hidup yang berkaitan isu-isu politik, pemilihan karier dan perkahwinan. 'Peer pressure' akan menyerang remaja yang bermati-matian untuk sesuaikan diri dan mencari indentiti dalam masyarakat. Akhirnya hanya menjadi seorang yang hanya memenuhi kehendak dan harapan rakan sebaya. Di hadapan ibubapa berlagak sebagai seorang anak kecil, berlagak sebagai seorang yang baik di hadapan guru dan berlagak remaja 'cool' dan nakal di hadapan rakan-rakan. Akhirnya akan menjadikan dirinya keliru akan semua peranan yang dilakonkannya dan apakah identiti dan peranannya sendiri.
Sebagai seorang remaja islam, sepatutnya fasa-fasa yang diterangkan tadi bukan merupakan masalah besar bagi kita. Kerana sebagai orang islam, dari kecil lagi kita sudah dididik untuk berlagak seperti orang Islam. Rasulullah sebagai 'role model'. Tujuan hidup kita sudah ada sejak dari kecil lagi. Malah sudah dididik supaya bersedia berhadapan kematian. Allah sebagai matlamat hidup. Hidup bersyariat dan menyebarkan syariat adalah cara hidup. Hidup sudah ada fokus dan terarah. Bila kata Allah sebagai matlamat hidup bukan bermaksud tolak dunia dan kejar akhirat. Untuk kejar akhirat pon kita perlukan dunia. Jika ada pemikiran yang berfikir bermatlamatkan Allah bermaksud menolak dunia menunjukkan pemahaman tentang agama Islam selama ini salah. Kajilah mengenai fahaman sekularism. Mungkin kita mangsa fahaman ini.
Jika kita menggunakan islam dan membesar mengikut acuan islam sebenar, kita sudah boleh mengeksploitasi diri kita semaksima mungkin sewaktu remaja lagi. Diwaktu remaja sudah memimpin. Diwaktu remaja sudah menjadi tokoh. Diwaktu remaja sudah berjuang. Waktu remaja adalah puncak kegemilangan hidup.
Sultan Muhammad Al-Fateh pemuda yang memangku takhta kerajaan Turki pada usia 19 tahun. Menakluk Kota Konstantinopel pada usia 21 tahun.
“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine
Usamah bin Zayd menjadi panglima perang seawal usia 19 tahun.
Seorang pemimpin perlukan ketokohan, kebijaksanaan, kestabilan emosi, kecerdasan minda, keyakinan diri yang tinggi, jati diri yang kuat, keperibadian yang unggul, akhlaq yang baik , pertimbangan yang baik dan lain-lain lagi. Malah seorang pemimpin perlulah mendapat kepercayaan dan dapat mempengaruhi segolongan besar masyarakat. Sewaktu remaja, siapa yang ada semua ini? Disiplin diri yang kurang. Jati diri yang terumbang-ambing. Memerintah empayar yang besar? jauh sekali. Dimana kita? Kita hanya remaja yang sibuk dengan fesyen, trend terkini, rancangan-rancangan televisyen, carta lagu minggu ini, Cinta Kirana sudah sampai episod 120, kasut baru adidas dah keluar, keropok twisties ada perisa baru, Rooney patah kaki dan Supernatural dah masuk season 20.
Lagi tentang kajian perkembangan manusia. Bilakah manusia akan mencapai tahap dapat mengeksploitasi diri sepenuhnya? Menurut Erik Erikson, mereka yang berjaya melepasi peringkat identity versus role confusion dan intimacy versus isolation akan berdepan dengan peringkat generativity versus stagnation. Mereka yang berjaya menghadapi peringkat ini akan menjadi soerang yang kreatif, produktif, pembina, dan memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat, negara dan generasi akan datang. Bilakah ini berlaku? Ini berlaku hanya ketika sebelum manusia menghadapi peringkat terakhir kehidupan iaitu peringkat ego integrity versus despair. Pada waktu ini seseorang sama ada mencapai 'wisdom', 'spiritual tranquility', 'a sense of wholeness' dan 'acceptance of his or her life'. Orang berumur yang berjaya melepasi fasa ini akan berasa puas akan kehidupannya dan tidak takut menuggu mati. Sedihkan. Kenapa?
Bila kita akan capai semua ini? Bila kita dah sakit-sakit tulang belakang. Kita dah ada kencing manis. Bila dah ada sakit jantung. Sedangkan Sultan Muhammad Al-Fateh dan Usamah bin Zayd sudah mencapai tahap terakhir sewaktu remaja lagi. Sewaktu remaja sudah produktif, sudah berkhidmat dan memberi manfaat kepada masyarakat. Ramai lagi kehebatan remaja-remaja islam yang lain. Mungkin kalau Erik mengkaji perkembangan manusia ketika zaman kegemilangan islam susunan dan peringkat umur akan berbeza. Malah sewaktu kecil lagi kanak-kanak islam sudah mendapat ketenangan rohani. Boleh baca cerita-cerita kanak-kanak di zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat.
Peringkat menghadapi kematian. Teori Elisabeth Kubler-Ross yang dipersoalkan sesetengah pihak, menyatakan manusia melalui 5 tindak balas ketika menunggu saat-saat kematian. Denial, seseorang tidak mahu menerima kenyataan yang dia akan berhadapan mati. Anger, sangat geram dengan hakikat dia perlu mati dan perasaan lemah dan tidak berupaya untuk mengubah keadaan. Bargaining, seseorang akan cuba membuat perjanjian dengan doktor ataupun tuhan. Depression, kesedihan daripada kehilangan dunia(e.g.,hilang kerja atau martabat) dan perkara yang akan datang(e.g., tidak berpeluang melihat anak membesar) dan akhir sekali acceptance, menerima mati sesuatu yang tidak boleh dielak dan tidak boleh lari dan akhirnya hanya menuggu saat-saat kematian tiba. Sedihkan.
Inilah yang berlaku dan mungkin akan berlaku kepada kita nanti. Menunggu mati dalam keadaan menyesal dan marah kerana kita tahu kita tak bole mengubah dan lari daripada mati. Kita hanya boleh menunggu mati datang menjemput dengan diam. Namun islam selalu mengajar kita bersedia menghadapi mati. Sekarang kita tak sedar, tapi nanti bila tiba saatnya barulah kita bersyukur pada Allah. "Ya Allah, aku bersyukur aku hidup sebagaimana kehendakMu selama ini, aku bersyukur kerana aku sudah lama bersedia menghadapi saat ini".
Saya cuma ingin berkongsi. Sayalah remaja yang dimaksudkan tidak produktif itu. Sayalah yang melalui laluan-lauan biasa perkembangan manusia yang dinyatakan pengkaji-pengkaji barat itu. Jika ini berterusan, sayalah yang akan menghadapi mati dalam keadaan yang dinyatakan Elisabeth Kubler-Ross.Saya ingin perjuangan. Saya perlukan rakan seperjuangan. Saya sangat lemah, sangat lemah. Ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan suci. Dengannya di sisi perjuangan ini senang diharungi. KepadaMu Allah kupanjatkan doa agar kau temukanku dengannya. Supaya kehidupan ini terarah.
Kepada pembaca, saya suka jika kalian sudi berkongsi pendapat, pandangan masing-masing atau/dan memberi tambahan jika ada.
Sekian.
Wednesday, November 3, 2010
Saturday, September 4, 2010
Malaysia, Indonesia dan Melayu? (UPDATED)
(tambahan pada perenggan tiga, dan kesilapan menaip telah dibetulkan)
Assalamualaikum,
Dalam kesibukan belajar di INTI yang masih baru mendapat status universiti, saya terbaca hasil tulisan warga indonesia di internet. Dalam kesibukan membuat perkara-perkara berfaedah yang diselangi bermain Counter Strike, saya terpanggil untuk memberi respon mengenai rasa tidak senang atau tidak puas hati warga indonesia terhadap malaysia.
Konflik di antara malaysia dengan indonesia ini bersifat sebelah pihak sahaja. Ini kerana rata-rata rakyat malaysia hanya terlintas pada perkara ini apabila 'terserempak' dengan berita ini di berita atau surat khabar yang sangat jarang memaparkan kisah ini. Ibarat pulang ke rumah setiap hari daripada kerja melalui jalan berlubang. Berlalu saja dari lubang itu, maka dilupakan terus. Pada esok hari lalu jalan yang sama. Namun kini, lubang itu semakin membesar. Barulah kami mula mengambil kisah. Indonesia menuduh Malaysia, Malaysia menolak tuduhan itu. Tak kisahlah. Apa-apapun perpaduan itu lebih indah.
Kes curi ikan. Ya, mencuri memang perkara yang dibenci. Bagus dan tahniah warga indonesia. Kejahatan memang tidak patut diredhai. Di perairan kami juga pernah dicerobohi dan khazanah lautnya dicuri oleh negara jiran seperti Thailand dan negara yang lain. Namun, saya tidak pernah mendengar rakyat malaysia begitu marah sehingga menghina negara tersebut. Hukuman dijatuhkan kepada pesalah bukan negara. Malahan jika begitulah penilaian warga indonesia(kesalahan rakyat sesebuah negara adalah kesalahan negara)maka sudah lama kami memutuskan hubungan dan membenci rakyat dan negara indonesia. Mula daripada pendatang tanpa izin yang masuk ke peraian negara ini yang mencecah beribu-ribu orang setiap tahun, sehinggalah masalah sosial yang ditimbulkan mereka di sini. Merompak, merogol, mencuri,buang anak dan sebagainya. Bahkan rumah saya sendiri pernah dirompak dan seluruh keluarga saya diikat. Belum lagi diteliti dan di sebut satu persatu kesalahan mereka. Pendatang tanpa izin ini pula dihantar pulang secara percuma ke negara masing-masing. Perkhidmatan bas yang digunakan pula berhawa dingin. Berjuta-juta ringgit dihabiskan hanya untuk menguruskan mereka sebaiknya. Kes pembantu rumah yang lari bersama harta benda tuan mereka. Lebih menakutkan lagi yang lari membawa anak tuan mereka, malah ada yang mendera hampir separuh mati.Tambahan ramai yang terlibat dalam kegiatan pelacuran. Beribu-ribu lagi alasan untuk kami membenci negara jiran ini. Kalau difikirkan kami dahulu yang mengadakan demontrasi "sweeping indonesia", kami dulu yang membaling najis di kedutaan indonesia, kamilah yang menuntut malaysia memutuskan segala hubungan diplomasi dengan indonesia. Namun, tidak pernah terlintas difikiran kami, negara jiran kita ini sedang mencabar kita. Mungkin kami tidak terlintas dengan perkara begini kerana media massa tidak membakar-bakar serta memburuk-burukkan indonesia, walaupun beribu alasan serta cerita boleh mereka siarkan. Kami sedar itu adalah kesalahan individu. Jelas bahawa ini adalah faktor manusia.
Sesungguhnya saya sebagai rakyat negara malaysia dan saya yakin majoriti rakyat negara malaysia tidak bencikan indonesia. Jika ada kebencian, itu bukanlah kebencian terhadap negara mahupun rakyat indonesia tetapi kebencian terhadap perlilaku yang menjengkelkan seperti membakar bendera dan sebagainya. Penekanan disini, bukan benci terhadap warga mahupun negara, tetapi benci pada perbuatannya. Buktinya ditaman perumahan saya, kami hidup sejahtera bersama warga indonesia malah kadang-kala mereka mengimamkan solat di surau. Kami pergi kenduri dirumahnya, dan dia pergi kenduri dirumah kami. Anak-anak mereka seronok bermain dan berlari-lari bersama kanak-kanak tempatan.Tidak kisahlah siapa yang melakukannya. Jika rakyat singapura yang melakukannya, maka marah dan benci pada perilaku rakyat singapura, jika rakyat brunei yang melakukannya maka marah dan benci pada perilaku rakyat brunei. Hanya perilaku yang sumbang itu dibenci. Namun, sedikit berbeza pada pihak indonesia yang menyatakan malaysia mencuri budaya mereka. Kebencian mereka adalah pada warga dan negara malaysia. Ini dapat dilihat pada rusuhan-rusuhan pelik yang mereka lakukan(berdasarkan pemerhatian reaksi di pihak indonesia, betulkan jika silap).
Lupakan 'pihak malaysia' mahupun 'pihak indonesia'. Kita kan satu rumpun. Ah, perlantakkan satu rumpun itu! Yang penting kita kan rata-ratanya beriman dengan shahadah "lailahaillallah muhammad rasullullah". Tuhan yang kita sembah sama, Nabi Muhammad penghulu kita. Mengapa perlu benci membenci? Kerana budaya? Perpecahan umat islam itu adalah kesilapan dan perpecahan umat islam hanya kerana budaya itu adalah kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku pun. Bangsa dilebihkan daripada agama.
Saya seorang melayu. Budaya saya adalah budaya indonesia. Tolonglah sedar. Ini budaya melayu. Budaya kamu juga adalah budaya kami. We originated from there. It was passed down trough generations. Isu ini timbul kerana warga indonesia dari awal lagi telah membezakan melayu malaysia dengan melayu indonesia. Geografi dan pengalamannya berbeza. Namun melayu itu melayu. Kami tidak pernah menyatakan BUDAYA MELAYU, MALAYSIA PUNYA DAN BUKAN INDONESIA PUNYA. Budaya melayu adalah kepunyaan melayu. Kita melayu. Kepunyaan kita. Kalau pihak Indonesia tidak benarkan kami mengaplikasikan budaya melayu kerana kami melayu malaysia, maka kamu perlu menyatakan budaya yang kamu tuntut itu adalah budaya melayu indonesia.Pada masa itu kamu telah memberi definasi hanya melayu indonesia adalah melayu dan berhak ke atas budaya melayu.
Bangsa bukan untuk diagung-agungkan dan merendah-rendahkan bangsa lain. Bangsa bukan untk dipersaingkan. Bangsa adalah indentiti istimewa yang perlu dipelihara supaya dapat dikongsi dengan dan dipelajari oleh bangsa-bangsa yang lain. Supaya setiap bangsa dapat berkongsi nilai-nilai murni dan mengambil pengajaran akan kekurangan sesama bangsa.Tuhan Pencipta Sekalian Alam berfirman dalam kitabNya,
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." ( Al Hujurat 49:13.)
Mainan media massa. Itulah yang mengawal fikiran dan membakar-bakar semangat kebencian ini. Mungkin media lebih mementingkan berita sensasi daripada sifat kemanusiaan. Mungkin media tidak kisah jika kita saling berbunuh-bunuhan asalkan mereka mendapat keuntungan.
Pergelutan, perpecahan dan peperangan. Jika tidak menyumbang ke arah perpaduan, janganlah menyumbang ke arah perpecahan.
Saya cintakan mereka yang mementingkan kecintaan yang murni.

Thursday, September 2, 2010
Malaysia, Indonesia dan Melayu?

Wednesday, July 21, 2010
kawan baru dan kakak baru?
Assalamualaikum..
Sebenarnye tajuk post kali ni sepatutnye "THE UNTOLD STORY". Namun demikian kerana saya baru saja mendapat kawan baru dan kakak baru, saya rase saya nak letak tajuk "KAWAN BARU DAN KAKAK BARU".
Kenapa tajuk ini? Kerana...jawapan terdapat pada ayat sebelum ini kan..haha..Yea..saya dapat kwn baru. Kakak baru pula apa cerita? Bukan bermaksud semalam mak saya baru melahirkan kakak saya..tapi maksud sebenarnya sebentar tadi saya mendapat kakak. Oleh kerana baru sebentar tadi maka saya gunakan perkataan "baru". Dapatlah kakak baru. Dengan ini jumlah kakak2 terkumpul ialah 4 orang kakak..haha..kongsi2 la ye..
(tak sangka boleh bukak perenggan lagi satu untuk terangkan pasal tajuk)
Tak pe wahai kakak2 ku sekalian..Bro Shah one of the FCR's speakers berkata fitrah lelaki boleh menyayangi lebih dr seorang tnp mengurangi kasih sayang dia pada setiap seorang, tp perempuan tidak begini. Ok setel..haha..
Tapi x bermakna tajuk berubah isi kandungan pon berubah. Apa salahnya tajuk x selari dgn isi. Bukan salah pon, bukan di sini, tp mungkin di tempat lain.haha..
Tapi kan..dah banyak sgt ni..rase mcm x seswai je nak tulis..haha..so baik aku stop je sampai sini..
Insya Allah "THE UNTOLD STORY" akan di ''story'' kan selepas post ini..haha..
terima kasih..

Saturday, July 10, 2010
Tak Boleh Menaip dan Sedikit Pengalaman
Assalamualaikum..
(ditulis pada pukul 3.00 pagi)
Ape aku nak tulis ni? Tak boleh nak paksa-paksa kalau tak boleh nak menaip. Hanisah Ahmad Zaki punye pasal aku cuba la. Hahaha..
"salad!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!UPDATE LAH BLOG~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~"
Terpaksa la aku menaip diari harian dekat post kali ni. Walaupun sebenarnye aku tak suka buat blog ni sebagai diari harian, tapi daripada tak update, baik aku taip jela umapama daripada aku tido pagi-pagi, baik aku bincang pasal topik-topik dalam Berita Harian Online bersama Jazli.
Semalam aku pergi ke kenduri kahwin kakak saudara. Dia kahwin dekat austrlia dengan suami dia (mestila kawen dgn suami dia kan). Semalam dia balik sini buat kenduri dengan menjemput jiran2, kawan2 dan suadara mara.
Dengan ini, berakhir sudah diari harian. Hahaha.
______________________________________________________________________________________________
Lidah itu lebih tajam daripada pedang. Dengan kata-kata hubungan silaturrahim boleh terputus, keluarga boleh berpecah-belah, suami isteri boleh bercerai, dua negara boleh bermusuhan dan macam2 lagi. Hebat lidah ni. Seketul daging yang lembik ni sangat hebat. Namun, kehebatan lidah ni bukan saja membawa kerosakkan. Dengan kata-kata hubungan silaturrahim boleh terjalin, keluarga boleh berkasih-sayang, hubungan rumah tangga menjadi kukuh, dua negara boleh menjalinkan hubungan diplomatik dan macam2 lagi.
-Self Testimony-
Sub topik ini dicilok daripada Syazwan Adzhar.
Satu petang, saya dengan Hakim Shafie pernah terbaca satu hadis yang isi kandungannya lebih kurang begini;
-Ada manusia yang dicampakkan ke dalam neraka sedalam umpama jarak langit dan bumi hanya kerana kata-kata yang dikeluarkan untuk membuat manusia ketawa.(perhatian. ini bukan quatation. ini adalah antara isi kandungan yg terdapat alam hadis. ayat dalam hadis tak sama dengan ayat saya tapi isinya insya Allah sama)
(disambung pada pukul 10.15 pagi)
Ok. Tidak salah untuk saya perasan yang saya ni suka buat orang ketawa sebab dari kecil sampai sekarang ramai orang yang cakap macam tu kat aku. Alahai. Macam mana ni? Tak pe, aku cuba utk selesaikan masalah ni. Mungkin kerana semata-mata ingin membuat orang ketawa, kita menjadikan agama sebagai bahan jenaka, untuk membuat orang ketawa kite merendah2kan orang lain, untuk mebuat orang ketawa kita mendedahkan aib orang lain. Hanya untuk menggelikan hati orang lain, dan hanya kerana inilah kita boleh dicampak ke dalam neraka sedalam jarak langit dan bumi. Belum dikira salah silap yang lain.Belum lagi. Tak terkira. Mengharapkan kasih sayang Allah. Kami berharap. Kau selayaknya tempat berharap dan bergantung.
Saya baru sahaja pulang dari surau untuk solat jenazah. Jenazah arwah mantan imam di surau kajang utama. Ketika saya berada didalam ward hospital serdang dia pon berada di ward yang lain di hospital serdang. Kami sama-sama didalam sana, tapi yang membezakan ialah Allah beri kesembuhan kepada saya tapi Allah menjemput arwah menghadapNya. Terfikir seketika. Boleh saja hari ini yang disolatkan tadi itu dua jenazah. Iaitu jenazah saya dan jenazah imam. Boleh saja. Al-Fatihah untuk arwah.
Subscribe to:
Posts (Atom)