Wednesday, July 21, 2010

kawan baru dan kakak baru?

Assalamualaikum..

Sebenarnye tajuk post kali ni sepatutnye "THE UNTOLD STORY". Namun demikian kerana saya baru saja mendapat kawan baru dan kakak baru, saya rase saya nak letak tajuk "KAWAN BARU DAN KAKAK BARU".

Kenapa tajuk ini? Kerana...jawapan terdapat pada ayat sebelum ini kan..haha..Yea..saya dapat kwn baru. Kakak baru pula apa cerita? Bukan bermaksud semalam mak saya baru melahirkan kakak saya..tapi maksud sebenarnya sebentar tadi saya mendapat kakak. Oleh kerana baru sebentar tadi maka saya gunakan perkataan "baru". Dapatlah kakak baru. Dengan ini jumlah kakak2 terkumpul ialah 4 orang kakak..haha..kongsi2 la ye..

(tak sangka boleh bukak perenggan lagi satu untuk terangkan pasal tajuk)
Tak pe wahai kakak2 ku sekalian..Bro Shah one of the FCR's speakers berkata fitrah lelaki boleh menyayangi lebih dr seorang tnp mengurangi kasih sayang dia pada setiap seorang, tp perempuan tidak begini. Ok setel..haha..

Tapi x bermakna tajuk berubah isi kandungan pon berubah. Apa salahnya tajuk x selari dgn isi. Bukan salah pon, bukan di sini, tp mungkin di tempat lain.haha..

Tapi kan..dah banyak sgt ni..rase mcm x seswai je nak tulis..haha..so baik aku stop je sampai sini..

Insya Allah "THE UNTOLD STORY" akan di ''story'' kan selepas post ini..haha..

terima kasih..

Saturday, July 10, 2010

Tak Boleh Menaip dan Sedikit Pengalaman



Assalamualaikum..


(ditulis pada pukul 3.00 pagi)


Ape aku nak tulis ni? Tak boleh nak paksa-paksa kalau tak boleh nak menaip. Hanisah Ahmad Zaki punye pasal aku cuba la. Hahaha..

"salad!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!UPDATE LAH BLOG~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~"


Terpaksa la aku menaip diari harian dekat post kali ni. Walaupun sebenarnye aku tak suka buat blog ni sebagai diari harian, tapi daripada tak update, baik aku taip jela umapama daripada aku tido pagi-pagi, baik aku bincang pasal topik-topik dalam Berita Harian Online bersama Jazli. 


Semalam aku pergi ke kenduri kahwin kakak saudara. Dia kahwin dekat austrlia dengan suami dia (mestila kawen dgn suami dia kan). Semalam dia balik sini buat kenduri dengan menjemput jiran2, kawan2 dan suadara mara. 


Dengan ini, berakhir sudah diari harian. Hahaha.


______________________________________________________________________________________________


Lidah itu lebih tajam daripada pedang. Dengan kata-kata hubungan silaturrahim boleh terputus, keluarga boleh berpecah-belah, suami isteri boleh bercerai, dua negara boleh bermusuhan dan macam2 lagi. Hebat lidah ni. Seketul daging yang lembik ni sangat hebat. Namun, kehebatan lidah ni bukan saja membawa kerosakkan. Dengan kata-kata hubungan silaturrahim boleh terjalin, keluarga boleh berkasih-sayang, hubungan rumah tangga menjadi kukuh, dua negara boleh menjalinkan hubungan diplomatik dan macam2 lagi.


-Self Testimony-


Sub topik ini dicilok daripada Syazwan Adzhar.


Satu petang, saya dengan Hakim Shafie pernah terbaca satu hadis yang isi kandungannya lebih kurang begini;


-Ada manusia yang dicampakkan ke dalam neraka sedalam umpama jarak langit dan bumi hanya kerana kata-kata yang dikeluarkan untuk membuat manusia ketawa.(perhatian. ini bukan quatation. ini adalah antara isi kandungan yg terdapat alam hadis. ayat dalam hadis tak sama dengan ayat saya tapi isinya insya Allah sama)


(disambung pada pukul 10.15 pagi)


Ok. Tidak salah untuk saya perasan yang saya ni suka buat orang ketawa sebab dari kecil sampai sekarang ramai orang yang cakap macam tu kat aku. Alahai. Macam mana ni? Tak pe, aku cuba utk selesaikan masalah ni. Mungkin kerana semata-mata ingin membuat orang ketawa, kita menjadikan agama sebagai bahan jenaka, untuk membuat orang ketawa kite merendah2kan orang lain, untuk mebuat orang ketawa kita mendedahkan aib orang lain. Hanya untuk menggelikan hati orang lain, dan hanya kerana inilah kita boleh dicampak ke dalam neraka sedalam jarak langit dan bumi. Belum dikira salah silap yang lain.Belum lagi. Tak terkira. Mengharapkan kasih sayang Allah. Kami berharap. Kau selayaknya tempat berharap dan bergantung.


Saya baru sahaja pulang dari surau untuk solat jenazah. Jenazah arwah mantan imam di surau kajang utama. Ketika saya berada didalam ward hospital serdang dia pon berada di ward yang lain di hospital serdang. Kami sama-sama didalam sana, tapi yang membezakan ialah Allah beri kesembuhan kepada saya tapi Allah menjemput arwah menghadapNya. Terfikir seketika. Boleh saja hari ini yang disolatkan tadi itu dua jenazah. Iaitu jenazah saya dan jenazah imam. Boleh saja. Al-Fatihah untuk arwah.



Terima kasih.

Monday, June 14, 2010

Inilah Nikmat


Assalamualaikum..

Siapa sangka, menjadi anak itu selain tanggungjawab adalah nikmat. Beradik-beradik itu tanggungjawab dan nikmat. Bersahabat itu tanggungjawab dan nikmat. Menjadi anak murid itu merupakan tanggungjawab dan nikmat.

Melihat wajah ibu bapa itu nikmat. Bersahabat itu nikmat. Ini semua nikmat. Nikmat yang kita sedang rasa ini sangat besar. Alhamdulillah saya sedar akan nikmat ini bukan setelah saya kehilangan, tapi hampir kehilangan nikmat2 ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat, keluarga, saudara mara, jiran tetangga, guru-guru dan semua yang mendoakan saya. Meminta Allah mengurniakan kesihatan kepada saya yang membolehkan Mak dan Abah senyum. Hati Mak Abah saya lega. Membolehkan saya berkasih sayang lagi dgn mereka. Terima kasih atas doa kalian. Terima Kasih ya Allah Kau perkenankan doa mereka.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mereka semua menyangka saya kuat dan tabah. Sedangkan saya selalu saja berasa lemah. Kadang-kadang saya putus asa. Kadang-kadang saya rasa inilah masanya. Namun, saya semakin sihat dan sihat. Kadang-kadang saya berdoa..

"Ya Allah, jika ini mmg ajalku kau percepatkanlah, jika tidak kau sembuhkanlah aku Ya Allah"

Namun, semakin hari saya semakin sihat. Aku lawan penyakit? Aku baring terkulai layu kat situ. Namun Allah setiap hari mendengar doa-doa mereka. Allah beri kesihatan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu hari saya terfikir, kenapa kau berputus asa? Allah tak suka orang yang putus asa. Sejak dari itu saya cuba untuk kuatkan diri. Bila sorang2 air mata menitis. Ya Allah besarnye nikmat-nikmat semua ni.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk menjaga satu paru-paru saja, manusia runsing. Tapi bagi Allah jangan kan paru-paru...tubuh badan lengkap Allah jaga. Allah tadbir dengan elok. Allah beri fungsi yang elok. Maka sedarlah betapa lemahnya manusia dan betapa hebat dan pemurahnya Allah yang sentiasa menjaga tubuh badan kita.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Allah minta kita sebagai hambaNya berterima kasih dan sedar, sentiasa sedar ini semua nikmat dia yg beri. Jangan lupa Dia..Jangan lupa..Jangan lupa...Kelak kita akan kembali kepada Nya...bukan hari ini..esok..bukan esok..lusa...yang pasti..akan kembali kepadaNya. Hari ini saya tidak dijemput, esok lusa pasti dijemput. Semoga saya terus ingat dan ingat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah...boleh saja saya anggapkan ini PELUANG KEDUA yang Allah beri. Insya Allah. Saya akan lebih menghargai dan lebih sedar akan nikmat Mu pada peluang yang kedua yang Kau beri ini.

Terima Kasih kpd mereka yang mendoakan kesihatan saya.

Terima kasih. Terima Kasih.

Trima Kasseyy!(gaya Alley Cat)

Saturday, May 29, 2010

Saya Nak Bercerita

Assalamualaikum..

Sudah beberapa hari blog ini tidak disertakan GAMBAR walaupun nama blog ni B.L.O.G.Bagi meneruskan semangat B.L.O.G dan melaksanakan janji yang telah dijanjikan dalam post yang ke-14(New Tahun) utk memaparkan lebih byk gambar pada tahun ini, maka saya BEN18 memberikan anda gambar2 ekslusif dalam post kali ini. Saya nak bercerita ni....



Gambar ni sewaktu saya form 3 ketika menyertai KEM SOLEH. Muke macam orang asli, tp takpe kerana gambar saya dalam ni sebenarnya lagi elok darpada keadaan sebenar mase tu. Realitinya saya lebih asli dan "bergaya" daripada dalam gambar. Nasib baik dalam gambar ni pakai selipar. Namun saya masih diberi kepercayaan menjadi ketua kumpulan (Kumpulan Rambutan). Hahaha..mungkin sewel mereka yang mencalonkan saya ini. Tak sangka kawan2 ingat lagi lagu kumpulan rambutan. Hehehe...Rambut atan!!

Mase ni pula saya form 4. Gambar diambil waktu dah nak balik dari KEM MINT di Bangi. (Cuba untuk taip secara tak skema). Best ke? Semestinye best. Apa-apa pun jadi seronok kalau bersama-sama dengan kawan-kawan. Lagi pulak bile pergi kem mcm ni. Memang dalam otak fikir main je. Ingat lagi mase ni, aku melayakkan diri ke pusingan akhir pertandingan Cap Kali Cap. Menetang Azziq Dahfik...hahaha..Seronok kot.

Form 4 lagi. Hahaha. Mase ni saya diamanahkan menjadi ketua sekali lagi. Ketua Bintang Tiga iaitu menjawat jawatan sebagai Chin Peng. Gambar ni diambil sewaktu perang dunia ke 2 dalam kelas 4 razi di hari kemerdekaan. Hehehe..Tengok orang India pon join komunis.haha..Akhirnya komunis kalah dan Chin Peng lari keluar kelas kerana sesi perang terlalu lama, aku dah penat nak belakon. Cikgu seronok ke cikgu? Terima kasih kerana sudi layan kitorang. Terima kasih cikgu.



Pertandingan tarik tali. Mase ni form 5. Rasa mcm baru semalam. Bermakna aku ni tak membesar2? Mungkin. Kalau boleh nak sekolah sampai umur 40 tahun.Hahaha. Rumah merah juara tarik tali sukan SMKA MH 2008!

5 Ibnu Sina! Haha..tak sangka mase form 5 nanti masuk Ibnu Sina. Hehehe. Tak terlintas kat fikiran eden. Alhamdulillah, dari form 1 sampai form5 semua kelas sangat seronok! Cikgu yang baik-baik. Rapat dan sayang dengan pelajar-pelajar. Dah masuk IPT ni da tak dapat nak rase dah kasih sayang cikgu ni. Lecturer semua buzy tak de mase nak layan koran kecuali Miss Chong Mee Yoke(betul ke eje?). Sangat suke ketawa. Kadang-kadang pelik jugak. Hehehe.

Sebalik tabir. Hahaha..inila kerjenye. Merayap-rayap kat skola. Kalo tak curik2 main bola, pergi carik buah-buahan dekat sekolah, durian pon bole petik..hehe, kalo bertambah bosan lagi boleh pergi tandas shampoo rambut, kalo bosaann lagi mcm besela...pergi watercooler tp tak minum, saje je nak jakun2 tengok water cooler tu, kalo bosan lagi..carik cleaner ke tukang kebun ke kacau diorang, kalo bosan lagi..pergi bukit dekat bilik KH lepas tu naik atas tutup tangki ramai2 lepas tu SLIDE RAMAI2..hehe..kalo bisan lagi?...buat la ape2..semua boleh..haha.. Kalo tak silap mase ni sedang berjalan-jalan mencari idea untuk dipersembahkan untuk persembahan bulan kemerdekaan yang lagi 3 jam lagi kot. Hehe..hasilnya sebuah video yang hebat telah tercipta. SINA TV Dekat di Hati.

Upss dah SPM la! Main je keje..tetibeje SPM bile blajonye??..Hahaha..Cikgu2 mmg power...Mase nak TEST dkt INTI lagi takut kot drpd SPM...kenape eh??..Perjuangan terakhir kami di MAAHAD HAMIDIAH. Selain terbayang tulisan2 dalam buku teks, muka2 cikgu yang mengajar, muka2 cikgu yang marah2 yang senyum, yang geleng kepala semua dah terbayang-bayang dah. Dah tau dah tak lame lagi kami dah tak jadi PELAJAR SMKA MAAHAD HAMIDIAH lagi. Tak bole nak mesra2 dgn cikgu lagi. Tak boleh nak duduk dgn kawan same2 dlm kelas lagi. Tak bole nak conteng2 info merepek kat whiteboard. Tak tau nak rasa seronok ke tak, tapi yang pasti aku rindu sekolah yang amat sangat. Daripada tukang kebun(abg indon dan aru) sehinggalah semua guru-guru yang mengajar atau tak mengajar aku ni..
(baru perasan ramai budak maahad tulis tangan kiri..tgok2..byk kepale senget ke kanan sebab tulis gune tgn kiri..x caye!!!..haha..aku pon kidal juge..)

jamuan Form 5. Mase ni hujan pulak. Mungkin langit Maahad menangisi pemergian kami...hahaha...takla..aku yg sebak(kebetulan mase taip ni dgr lagu NowSeeHeart yg sedih)...yang pegang kepale aku tu hadri..org panggil kepale besar...hahaha..die jeles kepale kitorang kecik..hahaha..yang lain2 tu rakan seperjuangan. Mereka yang menerima saya seadanya.

yang ini puteri. Diorang ni tak terima aku seadanya..suke sgt pandang slek..haha..x delah...aku nak cakap ape eh pasal diorang? tak tau la...tapi yang pasti sumenye nampak molek dengan tudung labuh and baju kurung...tak semua sekolah dpt tgok pemandangan yang suci macam ni...hahaha..alhamdulillah..sejuk perut mak korang ngandungkan korang...

dan kini saya telah berjumpa dengan kawan-kawan di INTI
gambar ni diambil mase kem BTN, kembali pakai baju sekolah, jadi budak sekolah balik. Hahaha..aku x bitau korang...tp aku senanyer suke..hahaha..


hahaha..ape bole buat....nasib..pergi mane2 pon msti jumpe orang gile..kawan jela dgn diorang..hahaha...kawan INTI ni pon sewel-sewel orangnye..kalo bukan sebab keadaan memaksa utk serius, mesti diorang ni dah jadi Hyper..tp sebab x dapek peluang tu. Tapi kalo ade peluang menngila..mmg tak dilepaskan..haha

HAH!!!..Amek kau..Abugen..Hutang dah langsai..byk dah gambo aku letak ni...seperti biasa..selain menulis di BLOG..saya suke membace komen korang walopon korang hye komen sikit je...sudi2la komen..haha..

~Gracias~

Friday, May 28, 2010

MFB untuk umat Islam, ganti Facebook

Assalamualaikum...

petikan dari UTUSAN MALAYSIA-29 MEI 2010

ISLAMABAD 28 Mei- Rakyat Pakistan terus melancarkan serangan terhadap Facebook yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad, dengan membuka laman web sosial yang lain yang dikatakan mampu menghubungkan 1.6 billion umat islam dari seluruh dunia.

Sekumpulan pakar Teknologi Maklumat (IT) yang terdiri daripada enam orang muda dari Lahore,melancarkan laman web sosial di alamat www.millatfacebook.com selasa lalu bagi membolehkan umat Islam berinteraksi antara satu sama lain selain menentang tindakan kufur.

Usaha itu diadakan setelah mahkamah Pakistan menghalang penggunaan Facebook di negara itu sehingga 31 Mei ini kerana tindakan mereka menganjurkan "'hari melukis karikatur Muhammad' yang dianggap satu tindakan kufur serta mencabul kesucian Islam.

Dikenali sebagai MFB seperti facebook yang sinonim dgn FB,pengasasnye berkate,kumpulan pakar IT itu sedang bekerja keras memastikan produk mereka dihasilkan sama seperti yang ditawarkan laman web sosial yang beroperasi di California itu.

Setiap ahli akan mempunyai wall masing-masing untuk memberi peluang kepada rakan-rakan memberi komen mereka.

Selain itu, ia turut menyediakan kemudahan emel, gambar, video, dan ruangan sembang secara online.

Bagi umat Islam yang menggunakan bahasa Urdu, Millat, dirujuk sebagai negara mereka. Sejak tiga hari lalu laman web sosial yang kebanyakkannya merupakan warga pakistan yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Jumlah ahlinya dijangka meningkat walaupun masih jauh ditinggalkan berbanding Facebook yang mempunyai ahli lebih 2.5 juta orang di Pakistan.

"Kami ingin mengingatkan 'warga' Facebook, jika terus memperbodohkan kami, mereka perlu menghadapi sebarang kemungkinan," kata Ketua Pegawai Operasi sebuah firma perisian, Usman Zaheer, 24, yang mentadbir laman web sosial berkenaan.

"Jika seseorang melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad, maka kami akan menjadi pesaingnya agar mereka perlu menanggung kerugian," katanya yang menanam impian untuk mewujudkan laman web sosial terbesar untuk umat Islam. -AFP

Kawan-kawan, alternatif dah ada ni...ape tunggu lagi..join sajalah...ini perjuangan kita..walopon kita hanya bersenang-lenang di depan laptop tp ini dikira perjuangan lah jugak kan..bukan susah pon..ajak ramai2..promosi ramai-ramai..nanti ramai la..

www.millatfacebook.com