Assalamualaikum..
Hari ini saya telah mengikut abang saya pergi ke kebun berdua menaiki motorsikal. Saya dibonceng oleh abang. Di kebunnya ada reban ayam. Secara pakejnya aku telah pergi reban ayam di dalam kebun. 2 dalam 1.
Sepanjang perjalanan kami terpaksa menempuh jalan highway yang lurus. Memang teruji. Namun keperitan perjalanan terubat sedikit setelah kami tiba di kwasan perkampungan yang jalannya mmg jalan kampung yang berliku-liku dan berbatu-batu. Memang lega. Rasa seperti mendapat rawatan Spa di Bali. Diurut-urut.
Setibanya kami di sana, para ayam-ayam sekalian sedang menjalani kehidupan seperti biasa. Semua ayam sedang kais tengah hari, makan tengah hari(faktor masa. kami tiba di tengah hari). Bukan bermaksud ayam2 itu mengais tengah hari dan makan tengah hari, tetapi ayam2 itu mengais tanah dan memakan cacing di 'tengah hari' hari. Terdapat beberapa ratus ekor ayam di situ. Bukanlah bermaksud ekor ayam shj tetapi termasuk lah ekor ayam dan badan ayam sekali. Lebih jelas, terdapat bebrapa satu set lengkap ekor ayam di situ.
Sebelum tiba di sini, sebenarnya kami telah singgah di kedai jual air di tepi jalan yg dikendalikan oleh seorang anak gadis yg molek yang menutup lengan tangannya dgn stokin lengan. Kami membeli air kelapa. Isi kelapa ini saya berikan kepada ayam2. Mereka berebut-rebut, tanda suka akan isi kelapa. Bila saya baling ke sana, semua pergi sana. Jika saya baling ke situ, semua pergi ke situ. Pengalaman ini sama seperti membaling piring, lalu piring itu dikejar anjing. Cuma ayam2 ini tak dtg semula, kecuali baling kelapa dekat depan mata.
Saya juga sempat memerhatikan beberapa satu set lengkap ekor ayam yg mengalami beberapa kecacatan. Ada yang patah kaki. Ada yang leher cacat. Ada yg x membesar. Ada juga yang buta. Bila dikejar semua ayam lari, kecuali seekor. Rupa-rupanya buta. Alangkah sedihnya aku di saat mengetahui akan kebenaran itu.
Pada tangan yg lain, aku juga berpeluang bermain air perigi. Airnya x selamat diminum manusia,ttp diluluskan oleh WHO utk ayam.
Begitulah kesudahan cerita ini. Pengajaran yg boleh kita ambil ialah jangan melewat2kan sesuatu yg baik, nnt x sempat nak buat. Kita hendaklah menyayangi sesama manusia supaya kita tidak berkahwin dengan haiwan. Selain itu, jangan bangun lambat kerana nnt sarapan pagi habis. Tambahan lagi, jangan cuci baju di hujung minggu kerana ketika itu semua orang nk gne mesin basuh. Akhir sekali, pakailah tali pinggang keledar, kerana tali pinggang keledar lebih murah drpd tali pinggang levi's atau quicksilver yg ber' buckle' besar.

