Tuesday, December 22, 2009

Pengisytiharan


Assalamualaikum..

Ye korang semua..mintak maaf sebab tak ucapkan Salam Maal HIjrah dekat korang..
maaf banyak2..bukan x sengaja..tapi adalah disengajakan..maaf2..

Terima Kasih pd Syazwan yg beri ucapan tersebut..Terima Kasih kepada Nur Atiqah Razaob..Terima Kasih kepada Muhd Razil..msg anda tidak terjawab oleh saya..

oleh itu saya ingin mengucapkan SELAMAT MAAL HIJRAH yg ke 1431 kepada para pembaca yang "saya kira semuanya mengenali diri ini"..(haha..ayat yg berkaliber kuasa kuda 4 lejang)..

bayangkan..

korang disatu dataran yang sangat luas..langit biru terbentang luas..anda berjalan di atas karpet merah.. berbaris dengan penuh tertib,tegak dan disiplin dikiri dan kanan anda adalah ribuan askar2 setia..mereka memenuhi dataran itu..

jauh di hadapan ada aku..memberi CoMManD.. TABIKKK..HORMAT!...

maka semua askar tabik hormat kepada anda sepanjang perjalanan di atas karpet merah..menuju ke arah aku..semata-mata untuk aku ucapkan SELAMAT MAAL HIJRAH dekat kau wahai pembaca..

hehe..

Azam aku tahun ni.. Biasa Saja..tp amat bermakna..
Berjaya pada Semester akan datang..dan bertambah-tambah amal kebaikan..
dan harap korang dapat memberi bantuan, semangat dan turut serta..

Sharing Is Caring..so korang pon kene la share azam korang..bgtau dkt Comment aku..hehe..sape2 yg pakwe die nama azam pon bole share "azam" dia dgn aku..

Sila2..

Sunday, December 13, 2009

Coming Soon

Assalamualaikum..
BLOG THE MOVIE will come on your screen at soon..

be prepared..

Sunday, November 15, 2009

Pelancaran Description


Assalamualaikum..

Kalau korang perasan la kan..Ini adalah post yang ke-11, iaitu post aku selepas yg ke-10. Hahaha. Untuk menambah lagi kekaguman, ketahuilah follower B.L.O.G pon dah ade 11 orang. Hahaha..

"Iya-iya memang aku seronok.Aku melahirkan B.L.O.G ni utk menyeronokkan diri. Tak sia-sia aku menjaga dia dari kecil sampai tidak terlalu kecil.Seronok melihat anak membesar dgn sihat cergas dan kuat. DHA yang mencukupi. Sel-sel otaknya berhubung."
jelas bapa tunggal ini yang gembira melihat anaknya membesar dgn baik.

Kalau korang perasan la kan..blog ni dah ade DESCRIPTION yang berbunyi(sila baca dgn mengeluarkan bunyi)...

"Walaupun Gambar Membawa Seribu Perkataan Akanku Bawa Sejuta Perkataan.."

..kata-kata seperti cetusan tokoh terkenal & berwibawa ini adalah dongeng semata-mata. Aku tak pernah tulis sampai sejuta pon..

Pada tangan yang lain(..boleh ke?..), hanya baru-baru ini, aku perasan yang para blogger tak update blog mereka hari-hari dan aku baru perasan yang aku update B.L.O.G hampir setiap hari...itupon kalau korang perasan la kan..hahaha..

"Awal-awal memangla update hari-hari..nanti da lame-lame kau tak tahu nak tulis ape"
terang seorang artis kepada Ben18 yang masih baru dalam dunia blog.

..dan kalau korang perasan la kan, post yang ke-10 merupakan satu-satunya post yg tak ade "bubble talk" pd gambar. Credit to Hakim(rakan artis Ben18) yg berjaya menempa sejarah..

persoalan daripada post kali ini..Adakah korang perasan?..jika YA..korang memang perasan dan berperasaan..terima kasih kerana sudi mencurahkan perasaan anda di sini..

TERIMA KASIH..

Saturday, November 14, 2009

Pemilik Master Bedroom

Assalamualaikum..

Kelibatnya di mana-mana..itulah pandangan yg boleh diberikan oleh PENULIS. Kebanyakan gambar yg terdapat dlm blog ni ade kelibat dia. Memang peranannya tak boleh dinafikan..hahaha..demi tidak menafikan kewujudan dia..maka saya perkenalkan MUHAMMAD HAKIM BIN SHAFIE (bukan nama dalam IC) naik ke pentas...

(!)keterangan di bawah adalah daripada perspektif penulis, utk maklumat lebih lanjut boleh tanya Nabil Fikri selaku rumet hakim(!)

Pertama kali aku jumpe dia..ktika aku menyelit dalam forum di bilik wan.Inilah kali pertama aku nmpk die secara rasmi..Setiap kali aku cakap..dia akan angkat kening(keningnya bole rujuk pd gambar paling bawah sebelah kanan) mcm "the rock".Lepas tu die mesti gelak(mmg sudah dijangka..). Kekerapan ketawanya telah menimbulkan beberapa teori yg mengatakan dia ni ketawa sejak lahir..hahaha..Oleh sebab itu (kesalahan tatabahasa) termaktub namanya dalam enset aku "Hakim Phsyco"..(sekarang da tuka kepada Hakim G.LVL 1)..

Seperti Azrul Amri (entiti yg pernah diceritakan sebelum ini), biliknya mempunyai daya tarikan tersendiri menyebabkan aku sering berkunjung kebiliknya dan membina petempatan separuh kekal di situ. Selain biliknya paling besar di floor kami, biliknya juga kaya dengan bahan mineral yg terdapat di bawah mejanya yg tersusun rapi..iaitu air mineral. Manakala bahan yg diproses dari kilang terkumpul di dalam almari beliau, menjadi tarikan pedagang asing.

Kereta KANCIL nya yang dia gelar KAMBING amat dikenali penghuni blok Aristotle. Walaupun pada mata kasar hanya sebuah kancil, tapi jika dilihat menerusi mikroskop keretanya adalah sebuah MPV yg boleh membawa muatan tujuh orang remaja malaysia sekali gus(haha gi bazar ajk satu floor). Konklusinya dia ni sgt baik, suka bagi or share barang2 nya...KECUALI!..handset. Hahaha..sepanjang kenal dia, PENULIS tidak pernah berpeluang memegang ensetnya melebihi 5saat!..(pernah sekali ketika cubaan melarikan enset dia..haha)..

Pernah sekali kitorang berdiskusi...

"Kau lagi kuat tido dari aku" salad mengemukakan tuduhan..

"Aku rasa kau lagi kuat tido adela.."hakim membalas tuduhan salad..

"Yeke..aku rase kau..sebab aku nmpk ko tido lg byk drpada kau nmpk aku tido.." salad terus menyerang..

"hahaha..yeke..aku nampak kau tido lg byk kot..hahaha"hakim terus menafikan fakta salad.

.....dan sehingga kini persoalan mereka masih belum terjawab..jika anda ingin menentukan jalan cerita seterusnya..seperti biasa taip ON IMPIAN dan send ke COMMENT..anda berpeluang menaiki sebuah kereta kancil ke kedai ROSWEL satu malam secara PERCUMA!!!

Baru-baru ni satu khabar angin muncul mengatakan Hakim Shafie ialah anak menteri pembangunan luar bandar..betul ke??..hahaha..tapi..dia menafikan..baru-baru ini juga, Hakim telah secara konsistennya meng"comment" di B.L.O.G..haha..

terima kasih3x..

Thursday, November 12, 2009

Agak Hebat


Assalamualaikum..

Haha..ingatkan hari ni tak nak menulis.. tapi bile aku sign in je ke account blog ni..tiba-tiba je..(memang berlaku secara tiba-tiba..aku pon terkejut gile)..rasa nak menulis...

Aku (salad) dikelilingi oleh para manager yg manage blog mereka menggunakan kata-kata yg grammatis..yg luar biasa..yg membelit usus-usus perutku ini..

memang luar biasa mereka ini..ibu bapa mereka harus berbangga..kalo ibu mereka tau..sejuk perut aku lepas buang air..

terimalah sajak aku pula..yg bertajuk

~Helly Ku Comel~

Kali pertama aku melihatmu
dapat ku bayangkan
kita berterbangan bersama
jatuh hatiku melihatmu bersama deretan
helikopter yg lain..

kau kenyit mata padaku..
walaupon kau tiada mata..
ku tahu kaulah yg ku cari selama ini

ku cuba miliki cintamu..
aku ambil jalan mudah..
ku membeli cintamu
dengan ringgit malaysia yg semakin kukuh
dlm ekonomi dunia...

ku cuba menaikimu..
namun sehingga kini..
kau masih tidak mampu
menanggung beratnya cintaku padamu..

kasih sayang kita dicemburui gadis2 kampung..
mereka tak senang melihat ku membiarkn kau terbang bebas
tanpa kawalan kerana ku tak tahu mcm mne nk kontrolmu..
kadang2 kau terhempas..tp kau tidak menyalahkan aku..
mmg kau pemaaf orangnya..walopon kau bukan orang..

dulu ibu mempertikaikan keputusan ku memilikimu..
namun kau bijak mengambil hatinya..
kini ibu merelakan kehadiran mu dlm hidupku..
kau sejukkan hati ibu dengan angin kipasmu..
menambahkan cintaku padamu..

tapi..aku silap..membiarkn kau terbang bebas.
akibatnya kau patah seribu..
betapa gugurnya bulu mataku..

baru ku sedar..ku lebih sayangkan nenek..
nenek ku sayang..

TERIMA KASIH