Friday, May 14, 2010

Percutian Kecil

Assalamualaikum..

Seperti kebanyakan hasil tulisan aku, pada perenggan ini saya akan memberi sedikit penerangan mengenai inti-uc..owh maafkan saya..saya akan memberi sedikit penerangan mengenai intipati penulisan ini. Saya nak tulis berkenaan "Percutian Kecil" saya. Ini lebih berkenaan tentang sekolah saya SMKA MAAHAD HAMIDIAH dan kawan-kawan saya di SMKA MAAHAD HAMIDIAH dulu. Kepada kawan-kawan inti..hehehe..kamu semua kawan baru saya..dan insya Allah akan sentiasa berkawan macam kawan-kawan saya di MAAHAD.

Hanya selama lebih kurang 30minit perbincangan melalui Facebook, saya dan kawan saya telah merencana sebuah perjumpaan. Bersama lagi 2 org yang lain menjadikan kami semua 4 orang berjumpa di Alamanda (dekat..senang..dan murah..). Shaleh(leto) mengambil saya dirumah dan terus menuju ke rumah Muaz(muaz)melalui tol sg.ramal luar. Di tol ini saya begitu terkejut melihat Hasbi(sebu) menjaga tol. Eh, bukan..tapi hanya iras-iras je..."Die ni x de halkum"kate leto..

Dipendekkan cerita kami semua tiba di Alamanda setelah bertolak dari rumah Muaz, malangnya Muaz seorang anak mithali tak ikut kerana melaksanakan amanah sebagai seorang anak(bukan malang dia anak mithali, tp malang dia x dpt ikut..aihh). Selepas itu kami pergi ke KFC. Sekali lagi saya terkejut melihat Imanina dengan seorang laki makan bersama. Eh,bukan..tp hanya iras-iras je..."hahaha..sengal" kate leto.

Dipendekkan lagi cerita kami baru habis tengok cerita lelaki besi, kami pergi solat zohor dan selepas itu kami pergi KFC lagi. Kali ini kami ternampak Zulfa pula. Hahaha..adakah ini silap mata juga?..Tak..ini betul-betul Zulfa..Fatin pon ade jugak..haha..Zulfa yang perasan kehadiran kami menyorok di balik bekas straw dan mesin air..kehkehkeh..

Selepas itu kami pulang, saya dan hafiz pergi ke sekolah. Setelah solat asar, kami pergi bersiar-siar di sekolah. Kitorang masuk ke kelas 5ibnu sina yang sekarang ni dah jadi 4 razi kalau tak silap. Di situ kami conteng-conteng whiteboard, tulis info2 palsu+merepek di whiteboard macam sekola2 dulu. OWhhh..rindunye buat mcm tu..nak buat lagi..nk buat lagi..

Selepas penat merepek kami menuju ke kereta utk pulang. Alhamdulillah kami jumpa Cg. Maiselamah (Cikgu Mai)..hahaha..kami pon turun kereta dan bersembang-sembang..bercerita ttg keadaan sekolah dll..Cikgu Mai mendoakan kejayaan kami dunia akhirat..amin..

Lepas itu kami pergi ke rumah Akmal Azhar(model)..Lepas itu balik rumah...Beginilah hari Khamis saya diisi..Ketika itu saya berasa sangat bertenaga..bermotivasi..bersemangat..gembira..dan rindu..saya rasa satu perasaan yang dah lama saya tak rasa. Itulah perasaan saya mase sekolah dulu. Setiap hari saya rasa perasaan itu dahulu. Saya namakan perasaan "sekolah Maahad Hamidiah"..saya rasa
sangat sekolah Maahad Hamidiah..

Saya sayang sekolah saya..Alhamdulillah..Ya Allah kau pertemukan aku dengan MAAHAD HAMIDIAH..GURU2 MAAHAD HAMIDIAH..SAHABAT2 MAAHAD HAMIDIAH..ADIK2,KAKAK2 dan ABANG2 MAAHAD HAMIDIAH..WARGA MAAHAD HAMIDIAH..Alhamdulillah..

Terima Kasih..

Tuesday, May 11, 2010

Sepak Burger


Assalamualaikum..

Ada perkara mustahil dan kita cuba untuk men tidak mustahilkan. Ada perkara hampir mustahil dan kita hanya tahu mencari alasan menjadikan benda itu memang mustahil. Ada benda tidak mustahil pon dan kita lansung tidak ambil pusing.

Walk the talk..Hahaha..dengan kelemahan yang ada pada diri aku..aku baru tahu ape maksud frasa tersebut beberapa hari lalu. Ya..taula tak hebat mcm korang. Tapi nak mengaku kt khalayak ramai mcm ni pon susah dude..hahaha..

Segala peerancangan telah dibuat. Banyak kali dah gagal pon. Tapi tak berputus asa untuk menjayakan. Bila cahaya mula kelihatan. Bila sinar harapan mula menyinari muka-muka yang penuh harapan. Tika itu harapan subur kembali. Tapi entah mana datangnya awan gelap mendung kelabu senang saja menutup cahaya itu. Adakah itu cubaan untuk memusnahkan harapan kami yang penuh harapan?..

Hahaha..aku bukan nak jadi macam ACI. Buat ayat pelik2 dkat blog yg selalunye 90% dia saja yang faham..hehe..tapi memang tengah PANAS pada fikiran2 sesetengah mereka yang..aihhh..menghacurkan harapan ini..

Jika anda ialah Intians...hehe..anda selamat..bukan anda yang saya maksudkan..tapi jika anda bukan intians..anda selamat juga..kerana..tidak ada mudharat yg saya boleh lakukan.

________________________________________________________________________________________________

Siang tadi saya,hakim,syazwan,nabil,jazli dan aiman berjumpa di Midvalley. Susunan nama kat tepi tu bukanlah ikut turutan siapa yang aku rase lagi bagus. Susunan itu hanyalah susunan siapa yang saya jumpa dulu pagi tadi..hehe..aiman menduduki tempat terakhir kerana dia dtg lambat..itu saje. Di sana kami menuntun cerita "Sepak Punggung". Lepas tu kami pergi makan burger besar sangat. Lepas tu kami pergi solat zuhur. Lepas tu kami main bowling(mase ni syazwan balik dah..balik awal..biasalatu..mcm x biasa..haha).

Lepas tu kami pulang ke rumah masing-masing.

Terima kasih lahye..

Saturday, May 8, 2010

Saya tak lupakan cendol


Assalamualaikum..

Semua orang sekarang ini masih dalam mood luahan perasaan. Luahan perasaan tentang BTN. Pada saya pula BTN itu telah menambahkan lagi cinta saya pada negara. Saya gunakan perkataan tambah kerana saya memang cinta negara saya, dan cinta itu bertambah. Ini saja ulasan yang boleh saya buat. Ulasan menurut perspektif saya. Sore dake de ii.

Hari ini saya pergi ke gerai cendol, tapi gerai tersebut tutup. Saya bergerak ke gerai cendol lg satu, alhamdulillah. Walaubagaimanapun, cendol disitu tidak sesedap gerai cendol yang tutup tu. Walaubagaimanapun saya telah menempah tiga cendol bungkus dan bagi mengisi ruang waktu menunggu cendol2 itu siap saya sempat menjamu semangkuk cendol campur.

Untuk pengtahuan tuan2 dan puan2 istilah sebenar cendol campur tak sama antara kedai. Saya pun tak tahu kenapa. Ada kedai bila saya mintak cendol campur saya dapat cendol berpulut,berkacang,bercincau,dan berjagung. Ada yang hanya kacang,cincau dan jagung tanpa pulut. Ada yang lebih teruk lagi, bila saya mintak cendol campur saya dapat ABC???..ABC??..iya..mmg ABC. Namun ade yang lebih dahsyat ade kedai yang tidak tahu istilah cendol campur. Baginya ada 2 saja jenis cendol. Pertama cendol biasa yakni cendol semata-mata. Kedua cendol pulut yakni cendol campur.

Pening?? Baiklah, izinkan saya menerangkan sedikit tentang ilmu2 percendolan saya yang masih cetek ini. Maklumlah saya baru berjinak-jinak dengan cendol pada 2009. Saya menjadikan sebuah gerai cendol yang sudah lama beroperasi yang dikendalikan seorang India Muslim sebagai rujukan.Ini kerana mereka yang lama beroperasi sangat berpengalaman.

Di gerai ini cendol terbahagi kepada tiga. Pertama cendol biasa, mcm biasa jelahkan. Kedua cendol pulut, cendol ini adalah cendol mengandungi pulut. Ketiga, Cendol campur iaitu cendol yang dicampur pulut dan bahan2 aksesori seperti kacang,jagung dan cincau. Ada juga cendol spesial, tp saya x tahu ape itu.

Nasihat saya, jika ingin mengoder cendol tuan2 dan puan2 hendaklah ceritakan bahan2 yang diinginkan sekali. Supaya tuan2 dan puan2 dpt apa yang betul2 diinginkan. Nasihat saya..

"Pelanduk selalu lupakan jerat, tetapi jerat tak pernah lupakan pelanduk"..tapi mungkin pemburu lupa akan jerat yang dipasang sehingga pelanduk mati kelaparan. Dengan kesedaran ini saya menyarankan tuan2 dan puan2 makanlah cendol.

Terima kasih.

Saturday, May 1, 2010

Ulasan menurut perspektif saya

Assalamualaikum..

Hadirnya post yang anda baru mula hendak baca ini bukanlah bermakna saya sudah bosan bercuti. Oh, tidak sama sekali. Ini cuma kerana saya terlalu banyak masa terluang sehingga saya kira, apalah kiranya saya mencurahkan sedikit limpahan lebihan masa saya utk dikongsi bersama-sama anda yang saya suka berkawan dengannya.

Tapi saya tidak ada idea mahu menulis apa. Akan tetapi, ketika menulis ayat ini, ya ayat inilah, tiba-tiba saja saya teringat akan kata-kata Wan Sibotak nombor 5(SiBono5). "Aku suka buat ulasan pasal buku". Oh, aku pon ingin mencuba. Rayuan kupohon kepada pembaca, tolonglah menghayati tulisan saya kali ini, kerana saya melimpahkan sepenuh emosi saya dan kehangatan kasih sayang saya dalam tulisan ini.

Buku yang ingin diulas bertajuk Naruto. Buku ini mengisahkan tentang kehidupan seorang budak lelaki yang cuba mencari makna kehidupan dan tidak pernah kenal erti putus asa yang disampaikan dalam bentuk komik. Naruto adalah seorang anak yatim piatu yang menyumbang kepada kesedihan dan ketidak seronok kan zaman kecilnya. Lebih menyedihkan, didalam badannya telah ditanam kyubii(raksasa musang berekor sembilan)yang menyebabkan orang2 kampungnya benci,takut dan menjauhkan diri daripada Naruto. Ini kerana Kyubii pernah menyerang Kampung Konoha dan mengorbankan ramai rakyat dan Shinobi(ninja) Kampung Konoha. Kyubii itu ditanam oleh ayah Naruto sendiri iaitu Hokage keempat(hokage ialah orang paling sempurna dari segi taktikal+jutsu+dapat memanipulasi 2jenis elemen+diiktiraf sebagai orang terkuat yang mentadbir Kg Konoha).

Kehidupan sedih Naruto menyebabkan Naruto benci akan kehidupannya dan suka membuat kekacauan di Kg. Didalam sekolah ninja Naruto merupakan pelajar yang tidak berbakat. Dia telah dimasukkan dalam kumpulan tujuh. Disini Naruto berjumpa Sasuke, iaitu pelajar paling berbakat dan bijak. Kehidupan kecil Sasuke juga sunyi dan penuh kesedihan kerana abang sasuke telah membunuh ibubapanya sendiri malah seluruh saudara-maranya. Sasuke membesar hanya dengan satu tujuan iaitu utk mencari dan membunuh abangnya.

Selepas itu Ben 18 sudah malas utk mengulas lebih lanjut. Ringkasnya Naruto kini sudah mendapat ramai kawan atas hasil usahanya sendiri dan menjadi ninja yg lebih baik dari semasa ke semasa dan kini antara ninja yg terhebat bagi kwn sebayanya. Naruto bercita-cita menjadi Hokage dan melindungi orang kampungnya yang telah menjadi sumber nadinya utk menruskan kehidupan walaupun org kg pernah membencinya. Kini org kg mengagumi Naruto. Dan Naruto sedang berusaha membawa Sasuke yang lari dari Konoha urk mencari lebih kuasa demi membunuh abangnya pulang ke Konoha. Kini Naruto bahagia kerkawan dengan Saladkage..iaitu Hokage ke-7.



Sekain sahaja, saya tidak larat lagi. Sampai disini sahaja. Selamat maju jaya.

Thursday, April 1, 2010

Fight Between Two States Of Matter



Assalamualaikum...

Di persisiran pantai yang sekitar 20 minit seleps matahari mula kelihatan. Sesuatu datang dari jauh.

Gelisah. Menderu dengan deras lagi laju super-duper pantas. Semakin hampiri pantai semakin besar. Buih putih semakin banyak. Tingginya bertambah-tambah. Kehadirannya tidak dapat dibendung lagi.

"Habislah aku!" kata seketul batu yang cuak dengan kehadiran ombak di pantai Kg. Parit Serong Laut, Bandar Pontian Kechil di Johor yang merupakan kampung penulis iaitu tempat tinggal nenek ku yang mana sebentar lagi Insya Allah penulis akan pergi ke sana untuk melawat nenek ku sayang.

"Ambik kau!" kata ombak yang datang dari jauh dengan semangat berkobar-kobar. Semakin menghampiri batu itu, semakin menjulang semangatnya.

"Ah tidak!" jerit batu itu.

"Ambik kau!"balas ombak itu.

"Ah tidak!" jerit batu itu.

"Ambik kau!"balas batu itu.

"Ah tidak!" jerit batu itu.

"Ambik kau!"balas batu itu.

Dialog antara mereka ini diulang buat beberapa kali lagi.

Kini ombak sudah terlalu hampir dengan batu. Kamera hanya Zoom in kepada batu yang ternganga ketakutan, kemudian zoom in kepada ombak yang bermuka penuh semangat yg jitu lagi mapan, kemudian kepada batu, kemudian kepada ombak, kemudian kepada batu, kemudian kepada ombak, kemudian batu di zoom in, selepas itu ombak juga di zoom in. Begitulah untuk 5 kali seterusnya.***

"Gedebush!,"bunyi hasil paduan jeritan batu dan jeritan ombak.

Sesaat selepas pelanggaran antara jirim yang berkeadaan pepejal dan jirim yang berkeadaan cecair, kini sudah dua saat. Batu yang tadi tenggelam dengan limpahan ombak kini sedikit demi sedikit sudah kelihatan.

Batu masih menutup mata, bila dia rasakan seperti tiada apa-apa yang lain ataupun pelik berlaku pada kebiasaanya, batu mula berani melihat apa yang sudah terjadi.

"Ek ele, tak de mende pon," dengan penuh kereknya batu itu memerli ombak menggunakan intonasi remaja masa kini.

Batu berdiri megah menghadap para penonton.

Perlahan-lahan kedengaran intro lagu "The Final Countdown", semakin lama semakin kuat. Keadaan batu yang berdiri megah dengan latar bunyi yang meransang motivasi, menunjukkan kini batu sudah berjaya dan mampu berdiri megah.Perlahan-lahan tirai pentas ditutup dikiri dan kanan sehingga batu yang berdiri ditengah-tengah pentas sudah tidak kelihatan. Lagu ditutup.

***untuk contoh boleh merujuk pada filem atau drama dari seberang.
________________________________________________________________________

Di dalam sebuah tandas kampung yang berlantaikan simen semata-mata tanpa jubin. Air daripada pili air yang sudah haus itu sudah menitik lama. Sudah lama. Sejak bila, tidak dapat dikenal pasti. Setitik demi setitik.

Simen itu tidak kisah akan perbuatan si air itu. Namun satu hari, simen sedar yang titisan-titisan air itu sudah melekukkan permukaannya yang rata yang telah diukur dengan teliti oleh kontraktor satu masa dahulu. Kini si simen sudah tidak rata lagi, malahan lekuk lagi.
________________________________________________________________________

Berikan Pandangan Anda.

Anda hendaklah menaip "Pada pandangan saya cerita ini boleh dikaitkan dengan (tidak melebihi atau tidak kurang 15 patah perkataan)..."

Kemudian hantarkan ke comment BEN18.

Sebarang perkara merepek semestinya akan dilayan, namun bagi yang serius pihak kami mengalu-alukan buah fikiran anda.

Terima Kasih.