Assalamualaikum..
Bila anda tanya saya tentang cinta, saya jawab, dengarlah lagu "Always Be There" by Maher Zain.
Bila anda tanya saya tentang cinta, saya jawab, pergi la melawat Dr.CintaPunyeBelog.
Bila anda tanya saya tentang cinta, saya jawab, Cinta itu Laura.
Bila anda tanya saya tentang cinta, saya jawab, Cinta Laura itu gedik walaubagaimanapun comel.
Bila anda tanya saya tentang cinta, saya jawab, cinta ini, kadang-kadang tak ada logika..Itulah yang Agnes Monica akan jawab.
Bila anda tanya saya tentang cinta, saya jawab, dengarlah lagu Indah Pertiwi yang baru saja tau cinta itu apa bertajuk "Baru Aku Tahu Cinta Itu Apa".
Jika anda ingin memahami budaya sesuatu kaum, cara yang terbaik ialah dengan belajar bahasa kaum tersebut.
Maka, jika anda tanya saya tentang cinta, saya jawab, belajarlah bahasa cinta daripada lagu "Bahasa Cinta" by Samsons.
Bila anda masih mahu bertanya saya tentang cinta saya akan menjawab mengikut buku sosiologi yang saya baca.
"Attachment-dependency, caring, and intimacy"
Okay mari kita cuba menjawab soalan ini dengan pejam mata. Sebelum pejam mata baca dulu atau anda tidak dapat melihat soalan. Isi tempat kosong dengan orang yang berkenaan.
Attachment-dependency: "If I were lonely, my first thought would be to seek
Salahuddin / blank out.
Caring: If
salahuddin / blank were feeling bad , my first duty would be to cheer him/her up.
Intimacy: I feel that I can confide in
Salahuddin / blank about virtually everything.
Ini adalah salah satu cara yang manusia fikirkan. Tak semestinya betul.
Tapi ini antara yang paling waras yang manusia boleh capai.
Jika anda tanya saya kenapa saya bagi contoh nama saya, saya akan jawab kerana ini blog saya. Sebab lain saya gunakan nama saya kerana saya mahu bila anda pejam mata anda akan nampak saya, maka secara tidak langsungnya anda akan mencintai saya, maka saya berupaya untuk beroleh kemenangan besar dalam pilihanraya ke 13 akan datang. Maka ini adalah separuh daripada kempen pilihanraya.Walaupun dari segi saintifiknya cara ini dibuktikan tidak berkesan, apa salahnya mencuba.
Masalah dengan cara ini ialah, bagaimana kalau wajah ibubapa yang anda cintai pula yang muncul? Mengikut hukum Islam haram berkahwin dengan mereka selama-lamanya.
Bila anda tanya saya soalan ini, saya akan jawab, dengarlah lagu "Your Mother" by Yusuf Islam.
Maka keluarlah lirik .
"Who should i give my love to, my respect and my honour to?
Who shloud I pay good mind to? After Allah and Rasul-u-Allah?
.......Comes your mother....
Who next? Your mother.
Who next? Your mother
and then your father..
Selepas tiga kali baru Father come into the picutre. Maka jika keluar wajah ibubapa anda, anda boleh turun lagi level cinta anda itu kepada who's next. Kalau keluar muka adik-beradik anda, anda masih tidak boleh berkahwin dengan mereka. Maka teruslah next..next..next..sampai keluar muka
salahuddin orang yang anda boleh kahwini. Kalau muka yang keluar muka yang tidak anda ingikan boleh la next..next..next..sampai keluar muka yang anda inginkan atau teringin. Kalau keluar muka artis Korea, anda perasan. Kalau masih tidak keluar muka yang anda ingin, keluarkanlah muka anda sendiri, kerana anda akan keseorangan sepanjang hayat. Bergurau jeee..Kalau tak keluar, bermakna anda mempunyai daya memori yang lemah. Bergurau jugak. Ataupun anda boleh membaca buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul. Namun saya tidak menyarankan anda mencintai manusia yang disebut dalam buku itu kerana individu tersebut adalah suami kepada pengarang Fatimah Syarha. Carilah orang lain.
Cinta itu kompleks. Bagaimana manusia boleh mencintai, pada masa yang sama takut padanya, pada masa yang sama juga rindu padanya. Betul...ada macam ini. Mereka itulah orang yang bertaqwa. Mereka takut tapi rindu pada Allah.
Jika anda tanya saya, tentang cinta, bukan saya yang boleh menjawab soalan ini kerana saya tak tahu jawapannya. Yang saya tahu ikan sadin marina berasal daripada kawasan beriklim sejuk. Yang saya tahu cinta itu datang daripada Allah. Perasaan cinta dalam diri kita itu makhluk Allah. Maka anda semua boleh bertanya pada mereka yang mendalami ilmu Tuhan dalam Al-Quran dan Hadis Nabi.
Terima Kasih.