Wednesday, July 21, 2010

kawan baru dan kakak baru?

Assalamualaikum..

Sebenarnye tajuk post kali ni sepatutnye "THE UNTOLD STORY". Namun demikian kerana saya baru saja mendapat kawan baru dan kakak baru, saya rase saya nak letak tajuk "KAWAN BARU DAN KAKAK BARU".

Kenapa tajuk ini? Kerana...jawapan terdapat pada ayat sebelum ini kan..haha..Yea..saya dapat kwn baru. Kakak baru pula apa cerita? Bukan bermaksud semalam mak saya baru melahirkan kakak saya..tapi maksud sebenarnya sebentar tadi saya mendapat kakak. Oleh kerana baru sebentar tadi maka saya gunakan perkataan "baru". Dapatlah kakak baru. Dengan ini jumlah kakak2 terkumpul ialah 4 orang kakak..haha..kongsi2 la ye..

(tak sangka boleh bukak perenggan lagi satu untuk terangkan pasal tajuk)
Tak pe wahai kakak2 ku sekalian..Bro Shah one of the FCR's speakers berkata fitrah lelaki boleh menyayangi lebih dr seorang tnp mengurangi kasih sayang dia pada setiap seorang, tp perempuan tidak begini. Ok setel..haha..

Tapi x bermakna tajuk berubah isi kandungan pon berubah. Apa salahnya tajuk x selari dgn isi. Bukan salah pon, bukan di sini, tp mungkin di tempat lain.haha..

Tapi kan..dah banyak sgt ni..rase mcm x seswai je nak tulis..haha..so baik aku stop je sampai sini..

Insya Allah "THE UNTOLD STORY" akan di ''story'' kan selepas post ini..haha..

terima kasih..

Saturday, July 10, 2010

Tak Boleh Menaip dan Sedikit Pengalaman



Assalamualaikum..


(ditulis pada pukul 3.00 pagi)


Ape aku nak tulis ni? Tak boleh nak paksa-paksa kalau tak boleh nak menaip. Hanisah Ahmad Zaki punye pasal aku cuba la. Hahaha..

"salad!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!UPDATE LAH BLOG~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~"


Terpaksa la aku menaip diari harian dekat post kali ni. Walaupun sebenarnye aku tak suka buat blog ni sebagai diari harian, tapi daripada tak update, baik aku taip jela umapama daripada aku tido pagi-pagi, baik aku bincang pasal topik-topik dalam Berita Harian Online bersama Jazli. 


Semalam aku pergi ke kenduri kahwin kakak saudara. Dia kahwin dekat austrlia dengan suami dia (mestila kawen dgn suami dia kan). Semalam dia balik sini buat kenduri dengan menjemput jiran2, kawan2 dan suadara mara. 


Dengan ini, berakhir sudah diari harian. Hahaha.


______________________________________________________________________________________________


Lidah itu lebih tajam daripada pedang. Dengan kata-kata hubungan silaturrahim boleh terputus, keluarga boleh berpecah-belah, suami isteri boleh bercerai, dua negara boleh bermusuhan dan macam2 lagi. Hebat lidah ni. Seketul daging yang lembik ni sangat hebat. Namun, kehebatan lidah ni bukan saja membawa kerosakkan. Dengan kata-kata hubungan silaturrahim boleh terjalin, keluarga boleh berkasih-sayang, hubungan rumah tangga menjadi kukuh, dua negara boleh menjalinkan hubungan diplomatik dan macam2 lagi.


-Self Testimony-


Sub topik ini dicilok daripada Syazwan Adzhar.


Satu petang, saya dengan Hakim Shafie pernah terbaca satu hadis yang isi kandungannya lebih kurang begini;


-Ada manusia yang dicampakkan ke dalam neraka sedalam umpama jarak langit dan bumi hanya kerana kata-kata yang dikeluarkan untuk membuat manusia ketawa.(perhatian. ini bukan quatation. ini adalah antara isi kandungan yg terdapat alam hadis. ayat dalam hadis tak sama dengan ayat saya tapi isinya insya Allah sama)


(disambung pada pukul 10.15 pagi)


Ok. Tidak salah untuk saya perasan yang saya ni suka buat orang ketawa sebab dari kecil sampai sekarang ramai orang yang cakap macam tu kat aku. Alahai. Macam mana ni? Tak pe, aku cuba utk selesaikan masalah ni. Mungkin kerana semata-mata ingin membuat orang ketawa, kita menjadikan agama sebagai bahan jenaka, untuk membuat orang ketawa kite merendah2kan orang lain, untuk mebuat orang ketawa kita mendedahkan aib orang lain. Hanya untuk menggelikan hati orang lain, dan hanya kerana inilah kita boleh dicampak ke dalam neraka sedalam jarak langit dan bumi. Belum dikira salah silap yang lain.Belum lagi. Tak terkira. Mengharapkan kasih sayang Allah. Kami berharap. Kau selayaknya tempat berharap dan bergantung.


Saya baru sahaja pulang dari surau untuk solat jenazah. Jenazah arwah mantan imam di surau kajang utama. Ketika saya berada didalam ward hospital serdang dia pon berada di ward yang lain di hospital serdang. Kami sama-sama didalam sana, tapi yang membezakan ialah Allah beri kesembuhan kepada saya tapi Allah menjemput arwah menghadapNya. Terfikir seketika. Boleh saja hari ini yang disolatkan tadi itu dua jenazah. Iaitu jenazah saya dan jenazah imam. Boleh saja. Al-Fatihah untuk arwah.



Terima kasih.