Thursday, April 1, 2010

Fight Between Two States Of Matter



Assalamualaikum...

Di persisiran pantai yang sekitar 20 minit seleps matahari mula kelihatan. Sesuatu datang dari jauh.

Gelisah. Menderu dengan deras lagi laju super-duper pantas. Semakin hampiri pantai semakin besar. Buih putih semakin banyak. Tingginya bertambah-tambah. Kehadirannya tidak dapat dibendung lagi.

"Habislah aku!" kata seketul batu yang cuak dengan kehadiran ombak di pantai Kg. Parit Serong Laut, Bandar Pontian Kechil di Johor yang merupakan kampung penulis iaitu tempat tinggal nenek ku yang mana sebentar lagi Insya Allah penulis akan pergi ke sana untuk melawat nenek ku sayang.

"Ambik kau!" kata ombak yang datang dari jauh dengan semangat berkobar-kobar. Semakin menghampiri batu itu, semakin menjulang semangatnya.

"Ah tidak!" jerit batu itu.

"Ambik kau!"balas ombak itu.

"Ah tidak!" jerit batu itu.

"Ambik kau!"balas batu itu.

"Ah tidak!" jerit batu itu.

"Ambik kau!"balas batu itu.

Dialog antara mereka ini diulang buat beberapa kali lagi.

Kini ombak sudah terlalu hampir dengan batu. Kamera hanya Zoom in kepada batu yang ternganga ketakutan, kemudian zoom in kepada ombak yang bermuka penuh semangat yg jitu lagi mapan, kemudian kepada batu, kemudian kepada ombak, kemudian kepada batu, kemudian kepada ombak, kemudian batu di zoom in, selepas itu ombak juga di zoom in. Begitulah untuk 5 kali seterusnya.***

"Gedebush!,"bunyi hasil paduan jeritan batu dan jeritan ombak.

Sesaat selepas pelanggaran antara jirim yang berkeadaan pepejal dan jirim yang berkeadaan cecair, kini sudah dua saat. Batu yang tadi tenggelam dengan limpahan ombak kini sedikit demi sedikit sudah kelihatan.

Batu masih menutup mata, bila dia rasakan seperti tiada apa-apa yang lain ataupun pelik berlaku pada kebiasaanya, batu mula berani melihat apa yang sudah terjadi.

"Ek ele, tak de mende pon," dengan penuh kereknya batu itu memerli ombak menggunakan intonasi remaja masa kini.

Batu berdiri megah menghadap para penonton.

Perlahan-lahan kedengaran intro lagu "The Final Countdown", semakin lama semakin kuat. Keadaan batu yang berdiri megah dengan latar bunyi yang meransang motivasi, menunjukkan kini batu sudah berjaya dan mampu berdiri megah.Perlahan-lahan tirai pentas ditutup dikiri dan kanan sehingga batu yang berdiri ditengah-tengah pentas sudah tidak kelihatan. Lagu ditutup.

***untuk contoh boleh merujuk pada filem atau drama dari seberang.
________________________________________________________________________

Di dalam sebuah tandas kampung yang berlantaikan simen semata-mata tanpa jubin. Air daripada pili air yang sudah haus itu sudah menitik lama. Sudah lama. Sejak bila, tidak dapat dikenal pasti. Setitik demi setitik.

Simen itu tidak kisah akan perbuatan si air itu. Namun satu hari, simen sedar yang titisan-titisan air itu sudah melekukkan permukaannya yang rata yang telah diukur dengan teliti oleh kontraktor satu masa dahulu. Kini si simen sudah tidak rata lagi, malahan lekuk lagi.
________________________________________________________________________

Berikan Pandangan Anda.

Anda hendaklah menaip "Pada pandangan saya cerita ini boleh dikaitkan dengan (tidak melebihi atau tidak kurang 15 patah perkataan)..."

Kemudian hantarkan ke comment BEN18.

Sebarang perkara merepek semestinya akan dilayan, namun bagi yang serius pihak kami mengalu-alukan buah fikiran anda.

Terima Kasih.