Friday, March 26, 2010

Memperkasa Bahasa


Assalamualaikum

Suatu hari Umar sedang berlayar-layar di alam maya, tatkala itu dia ternampak Ana rakan kolejnya dalam bilik sembang. Kemudian terjadi dialog antara Umar dan Ana. Para pelajar dikehendaki menghayati dan memhami perbualan mereka. Tiada soalan untuk dijawab.


Kelihatan Umar sedang menaip untuk membuka bicara.
umaaaaarrrrr : salam
umaaaaarrrrr : kenape x pergi? (pergi ke PWTC bersama ACI)
umaaaaarrrrr : kate suke sgt pergi sane

siti farhana : wassalam..urm..ade alasan tersendiri

umaaaaarrrrr : nak seribu daya
umaaaaarrrrr : tanak seribu dalih

siti farhana : x sesuai peribahasa kau tu

umaaaaarrrrr: kenape?

siti farhana : erm..adelah..
siti farhana : tapi aku pon xde plan nak tmbh koleksi buku lagi buat mse skrg
siti farhana : da banyak sgt
siti farhana : takot x terbaca

umaaaaarrrrr : owh..

Siti farhana : buku2 y aku pinjam dari org len pon byk lagi

umaaaaarrrrr : sikit2 lama2 jd bukit

siti farhana : tahun depan insyaAllah aku tmbh lagi
siti farhana : kat umah aku tu dah penuh almari buku ngan buku aku je

umaaaaarrrrr : owh..ok la tu
umaaaaarrrrr : sediakan payung sebelum hujan

siti farhana : ???
siti farhana : haha..merepek2

umaaaaarrrrr : aku ni hebat juga bila berbahasa

siti farhana : hebat tapi x sesuai mengikut situasi

umaaaaarrrrr : owh..mungkin
umaaaaarrrrr : x sesuai
umaaaaarrrrr : mcm masuk kandang lembu mengembu, masuk kandang kambing mengembek

siti farhana : oh tidak!!salad2

umaaaaarrrrr : kenape!?

siti farhana : xde pape..tepuk dada tanya iman..heheh
siti farhana : tgk..ko tlh mmbuatkan aku merepek
siti farhana : =.="

umaaaaarrrrr : biasala tu
umaaaaarrrrr : merepek ini mcm penyakit berjangkit
umaaaaarrrrr : senang merebak
umaaaaarrrrr : ibarat kerana nila setitik rosak susu sebelanga

siti farhana : ko lah pembawa virusnye kan
siti farhana : haha

umaaaaarrrrr : bukan2..
umaaaaarrrrr : aku nila

siti farhana : hoh
siti farhana : begitu rupanya
siti farhana : ingatkan anda manusia

umaaaaarrrrr : inila dipanggil perumpamaan
umaaaaarrrrr : org melayu terkenal dgn perumpamaan
umaaaaarrrrr : kerana org melayu cakap berlapis

siti farhana : haha
siti farhana : ok2
siti farhana : baiklah incik

umaaaaarrrrr : siapa yg mkn cili dia yang terasa pedasnya
umaaaaarrrrr : siapa yg terasa pedas dialah yg cirit birit

siti farhana : ah sudah..kau sudah merepek
siti farhana : memutar belitkan peribahasa yang indah
siti farhana : kasihan sekali

umaaaaarrrrr : mana ada..
umaaaaarrrrr : peribahasa perlu terus dicipta..
umaaaaarrrrr : kenapa perlu guna peribahasa yg orang melayu dahulu reka
umaaaaarrrrr : knp tidak kita melayu kini terus memperkayakan peribahasa melayu

siti farhana : tapi masalahnya andai peribahasa itu enak didengar,baguslah

umaaaaarrrrr : owh..itula masalahnye
umaaaaarrrrr : tp mslah adalah utk diselesaikan
umaaaaarrrrr : bukan kah begitu cik farhana?

siti farhana : ya..saya setuju wahai incik salad

umaaaaarrrrr : jika begitu mari bersama kita selesaikan masalah ini

siti farhana : dan anda adalah calon terpilih untuk memperkayakan lagi peribahasa2 ini

umaaaaarrrrr : orang kata bert sama dipikul ringan sama dijinjing

siti farhana : ko pikul lh ngan wan ke
siti farhana : sape2 y sastera lagi

umaaaaarrrrr : mungkin saja saya ini kanak-kanak terpilih mewakili anak melayu

siti farhana : kanak2??
siti farhana : haha

umaaaaarrrrr : masakan kanak-kanak tidak boleh melakukan sesuatu yang berguna pd
bangsa?? adakah itu yg cik fikirkan?

siti farhana : bukan begitu

umaaaaarrrrr : atau masakan cik farhana x sedap

siti farhana : masalah yang cuba saya utarakan di sini,anda bukanlah kanak-kanak
siti farhana : masakan saya sememangnya sedap
siti farhana : kalah masakan bakery

umaaaaarrrrr : ini membuktikan saya berjiwa muda didalam jasad yang tua lg uzur

siti farhana : tapi anda encik salad,anda adalah orang dewasa yang mengaku kanak-kanak
siti farhana : adakah itu logik mengikut akal logik?
siti farhana : ya..berjiwa muda tidak bermaksud berjiwa kanak-kanak bukan

umaaaaarrrrr : tidak ada logika jika ditafsir melalui pandangan itu
umaaaaarrrrr : cuba cik mengambil sudut berfikir yang lain

siti farhana : sudut lain?

umaaaaarrrrr : begini cik farhana..

siti farhana : berapa darjah?

umaaaaarrrrr : jauh perjalanan luas pemandangan
umaaaaarrrrr : fikiran harus berputar mengelilingi sesuatu isu..agar segala sudut dpt dilihat
umaaaaarrrrr : barulah rumusan dibuat dengan tepat dan merangkumi semua sudut pandangan

siti farhana : maknaya
siti farhana : eh

umaaaaarrrrr : tidak ada maknyah

siti farhana : maknanya harus berputar 360 darjah lah
siti farhana : grr
siti farhana : dah2
siti farhana : aku nk g makan

umaaaaarrrrr : ok

Friday, March 19, 2010

Satu Pendedahan Berani



Assalamualaikum,

Pernahkah anda mendengar cerita ini?

A story. Lately, I think back out of breath. Maybe because too much time cross-legged in front of the laptop. One day, the first time my mobile home with Syed. Even we live sebumbung, share the air-cond same water*, share the same footwear*, share the same blower and share the same lock mango* but this date of our first time. We set off to KTM, with a value I take public transport driven by two Judges* to the fare for a Slurpee head*.

Pernah?

Cerita ini telah diubah isi kandungannya oleh pihak tertentu.Memang halus rancangan mereka ini. Tanpa disedari keindahan bahasa, teknik plot yang harmoni serta idea yang unik, semuanya diubah. Cerita asal ialah:

Cerita satu. Belakangan ini, belakang saya rasa sengal-sengal. Mungkin kerana terlalu lama bersila di depan laptop. Pada suatu hari, buat pertama kalinya saya bergerak pulang ke rumah bersama Syed. Walopon kami tinggal sebumbung, berkongsi udara air-cond yg sama, berkongsi alas kaki yang sama, berkongsi penyapu yang sama dan berkongsi lock mangga yang sama tapi inilah date kami yg julung kalinya. Kami bertolak ke KTM, Nilai dgn menaiki kenderaan awam yg dipandu oleh Hakim dengan tambang dua Slurpee utk satu kepala.

Kini saya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan atau tidak. Saya memerlukan anda semua bagi memelihara B.L.O.G. Marilah, kita sebagai ahli blog menuntut hak kita sebagai blogger.

Selingan

Assalamualaikum

Boleh lah tengok2 gambar..silalah..bolelah..

Live Life as an EAGLE......

This is awesome. Let us learn from this

























Our lives are not determined by what happens to us but by how we react to what happens, Not by what life brings to us, but by the attitude we bring to life.
A positive attitude causes a chain reaction of positive thoughts, events, and outcomes.

It is a catalyst, a spark that creates extraordinary results.
Let's change to make a change!!!

"If you focus on results, you will never change.
If you focus on change, you will get results"

Based on your observation what can you observe from BolehLah Observe Gambar a.k.a B.L.O.G?

Saturday, March 13, 2010

Adala Sikit-sikit

Assalamualaikum..

Beberapa perkara menarik telah berjaya dikumpul beberapa minggu lepas. Kebanyakan perkara tersebut berbentuk ilmu pengetahuan.

Sebenarnye saya tidak berada dalam mood menulis ketika ini. Akan tetapi kalau nak tunggu mood datang, addressnya tak dapat la nak bagitau perkara2 ini.

Perkara pertama. Diperoleh daripada Fawwaz slps solat isya', hari selasa di surau inti yang memberi sedikit peringatan.

Peringatan tersebut mengenai hadis di dalam As Shahih diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : shadaqoh jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakan kepadanya”.

Antara point-point yang Fawwaz kemukakan ialah mengenai SHADAQAH JARIYAH iaitu sedeqah yang kita dapat pahala setiap kali orang lain dapat manfaat daripada sedeqah kita. Ini definisi ringkas dan lemah yang saya sendiri faham. Yang gempaknya, pahala sedeqah jariyah ni masih boleh dapat walaupun kita dah masuk dalam kubur.

Ini sudah bagus. Satu hari saya masuk kubur, lepas tu saya menyesal, lepas tu saya nak zikir banyak-banyak sebab nak dpt pahala. Maka saya buat banyak2, tapi saya tak dapat apa2. Tiba-tiba ada pahala sampai. Lepas tu ade lagi..lps tu ade lagi. Macam orang tengah padang pasir kehabisan air, tiba-tiba dapat Fresh Orange. Dan sebenarnya jauh lebih seronok darpd itu. Dan sebenarnya jauh lebih seronok darpd itu. Dan sebenarnya jauh lebih seronok darpd itu.

Namun, yang dirisaukan SAYYIATUN JARIYAH iaitu perkara yang tak bagus yang orang lain buat atau terkesan hasil daripada amalan2 kita. Ini definisi ringkas dan lemah yang saya sendiri faham. Contoh, saya ejek Nabil itu 'tak bagus'. Selepas itu semua orang ikut panggil Nabil 'tak bagus', maka Nabil sakit hati dan saya sebagai pencetus idea ini akan dapat dosa. Setiap kali terjadi, dosa ini saya dapat walaupun saya dalam kubur. Ah, tidak2!.. Pahala pon x cukup, Dosa pula banyak, sudah2 la tu..ada lagi dosa nak datang masa dah masuk kubur. Tak nak2!

Maka, mari kita risau untuk 'tidak membuat SHADAQAH JARIYAH' dan risau kerana 'banyak melakukan SAYYIATUN JARIYAH'.

Perkara kedua, setiap malam selasa selepas solat isya', ada sedikit Tazkirah selama 15-30 minit di surau Inti. Ini sudah bagus.

Perkara ketiga. Diperoleh semasa saya mendengar penjelasan tentang Teori Letupan Besar atau Bang BanG BooM di UM. Maafkan saya kesilapan teknikal, Big Bang BooM. Maafkan saya sekali lagi, Big Bang. Baru betul.

Penceramah kata yang saya translate ke dalam Bahasa Melayu, iaitu bahasa yang menjadi program pengajian di 130 universiti di 45 negara. Lebih kurang macam ni "Kalau semua boleh dibuktikan, so what is to test our faith?". Betul jugak. Namun, dah banyak tanda-tanda kekuasaan Allah telah terbukti, tapi iman kita masih lemah. Sangat lemah.

Penceramah cakap pasal bende ni setelah dia menerangkan tentang para pemikir yang sedang mencari satu formula yang boleh menjelaskan setiap perkara.Susah la nak taip pasal bende ni. Saya pun tak tahu nak smpikan macam mana. Ini saja yang boleh saya taip.

Perkara-perkara baik yang lain, saya tak dpt nak igt sekarang. Perkara-perkara baik yang ko ingat, bagitaulah saya. Supaya sama-sama menjadi baik. Mnejadi baik sorang-sorang, tp biarkan org lain dalam 'tak baik' adalah orang jahat sebenarnya. Tak bagus.