Sunday, November 15, 2009

Pelancaran Description


Assalamualaikum..

Kalau korang perasan la kan..Ini adalah post yang ke-11, iaitu post aku selepas yg ke-10. Hahaha. Untuk menambah lagi kekaguman, ketahuilah follower B.L.O.G pon dah ade 11 orang. Hahaha..

"Iya-iya memang aku seronok.Aku melahirkan B.L.O.G ni utk menyeronokkan diri. Tak sia-sia aku menjaga dia dari kecil sampai tidak terlalu kecil.Seronok melihat anak membesar dgn sihat cergas dan kuat. DHA yang mencukupi. Sel-sel otaknya berhubung."
jelas bapa tunggal ini yang gembira melihat anaknya membesar dgn baik.

Kalau korang perasan la kan..blog ni dah ade DESCRIPTION yang berbunyi(sila baca dgn mengeluarkan bunyi)...

"Walaupun Gambar Membawa Seribu Perkataan Akanku Bawa Sejuta Perkataan.."

..kata-kata seperti cetusan tokoh terkenal & berwibawa ini adalah dongeng semata-mata. Aku tak pernah tulis sampai sejuta pon..

Pada tangan yang lain(..boleh ke?..), hanya baru-baru ini, aku perasan yang para blogger tak update blog mereka hari-hari dan aku baru perasan yang aku update B.L.O.G hampir setiap hari...itupon kalau korang perasan la kan..hahaha..

"Awal-awal memangla update hari-hari..nanti da lame-lame kau tak tahu nak tulis ape"
terang seorang artis kepada Ben18 yang masih baru dalam dunia blog.

..dan kalau korang perasan la kan, post yang ke-10 merupakan satu-satunya post yg tak ade "bubble talk" pd gambar. Credit to Hakim(rakan artis Ben18) yg berjaya menempa sejarah..

persoalan daripada post kali ini..Adakah korang perasan?..jika YA..korang memang perasan dan berperasaan..terima kasih kerana sudi mencurahkan perasaan anda di sini..

TERIMA KASIH..

Saturday, November 14, 2009

Pemilik Master Bedroom

Assalamualaikum..

Kelibatnya di mana-mana..itulah pandangan yg boleh diberikan oleh PENULIS. Kebanyakan gambar yg terdapat dlm blog ni ade kelibat dia. Memang peranannya tak boleh dinafikan..hahaha..demi tidak menafikan kewujudan dia..maka saya perkenalkan MUHAMMAD HAKIM BIN SHAFIE (bukan nama dalam IC) naik ke pentas...

(!)keterangan di bawah adalah daripada perspektif penulis, utk maklumat lebih lanjut boleh tanya Nabil Fikri selaku rumet hakim(!)

Pertama kali aku jumpe dia..ktika aku menyelit dalam forum di bilik wan.Inilah kali pertama aku nmpk die secara rasmi..Setiap kali aku cakap..dia akan angkat kening(keningnya bole rujuk pd gambar paling bawah sebelah kanan) mcm "the rock".Lepas tu die mesti gelak(mmg sudah dijangka..). Kekerapan ketawanya telah menimbulkan beberapa teori yg mengatakan dia ni ketawa sejak lahir..hahaha..Oleh sebab itu (kesalahan tatabahasa) termaktub namanya dalam enset aku "Hakim Phsyco"..(sekarang da tuka kepada Hakim G.LVL 1)..

Seperti Azrul Amri (entiti yg pernah diceritakan sebelum ini), biliknya mempunyai daya tarikan tersendiri menyebabkan aku sering berkunjung kebiliknya dan membina petempatan separuh kekal di situ. Selain biliknya paling besar di floor kami, biliknya juga kaya dengan bahan mineral yg terdapat di bawah mejanya yg tersusun rapi..iaitu air mineral. Manakala bahan yg diproses dari kilang terkumpul di dalam almari beliau, menjadi tarikan pedagang asing.

Kereta KANCIL nya yang dia gelar KAMBING amat dikenali penghuni blok Aristotle. Walaupun pada mata kasar hanya sebuah kancil, tapi jika dilihat menerusi mikroskop keretanya adalah sebuah MPV yg boleh membawa muatan tujuh orang remaja malaysia sekali gus(haha gi bazar ajk satu floor). Konklusinya dia ni sgt baik, suka bagi or share barang2 nya...KECUALI!..handset. Hahaha..sepanjang kenal dia, PENULIS tidak pernah berpeluang memegang ensetnya melebihi 5saat!..(pernah sekali ketika cubaan melarikan enset dia..haha)..

Pernah sekali kitorang berdiskusi...

"Kau lagi kuat tido dari aku" salad mengemukakan tuduhan..

"Aku rasa kau lagi kuat tido adela.."hakim membalas tuduhan salad..

"Yeke..aku rase kau..sebab aku nmpk ko tido lg byk drpada kau nmpk aku tido.." salad terus menyerang..

"hahaha..yeke..aku nampak kau tido lg byk kot..hahaha"hakim terus menafikan fakta salad.

.....dan sehingga kini persoalan mereka masih belum terjawab..jika anda ingin menentukan jalan cerita seterusnya..seperti biasa taip ON IMPIAN dan send ke COMMENT..anda berpeluang menaiki sebuah kereta kancil ke kedai ROSWEL satu malam secara PERCUMA!!!

Baru-baru ni satu khabar angin muncul mengatakan Hakim Shafie ialah anak menteri pembangunan luar bandar..betul ke??..hahaha..tapi..dia menafikan..baru-baru ini juga, Hakim telah secara konsistennya meng"comment" di B.L.O.G..haha..

terima kasih3x..

Thursday, November 12, 2009

Agak Hebat


Assalamualaikum..

Haha..ingatkan hari ni tak nak menulis.. tapi bile aku sign in je ke account blog ni..tiba-tiba je..(memang berlaku secara tiba-tiba..aku pon terkejut gile)..rasa nak menulis...

Aku (salad) dikelilingi oleh para manager yg manage blog mereka menggunakan kata-kata yg grammatis..yg luar biasa..yg membelit usus-usus perutku ini..

memang luar biasa mereka ini..ibu bapa mereka harus berbangga..kalo ibu mereka tau..sejuk perut aku lepas buang air..

terimalah sajak aku pula..yg bertajuk

~Helly Ku Comel~

Kali pertama aku melihatmu
dapat ku bayangkan
kita berterbangan bersama
jatuh hatiku melihatmu bersama deretan
helikopter yg lain..

kau kenyit mata padaku..
walaupon kau tiada mata..
ku tahu kaulah yg ku cari selama ini

ku cuba miliki cintamu..
aku ambil jalan mudah..
ku membeli cintamu
dengan ringgit malaysia yg semakin kukuh
dlm ekonomi dunia...

ku cuba menaikimu..
namun sehingga kini..
kau masih tidak mampu
menanggung beratnya cintaku padamu..

kasih sayang kita dicemburui gadis2 kampung..
mereka tak senang melihat ku membiarkn kau terbang bebas
tanpa kawalan kerana ku tak tahu mcm mne nk kontrolmu..
kadang2 kau terhempas..tp kau tidak menyalahkan aku..
mmg kau pemaaf orangnya..walopon kau bukan orang..

dulu ibu mempertikaikan keputusan ku memilikimu..
namun kau bijak mengambil hatinya..
kini ibu merelakan kehadiran mu dlm hidupku..
kau sejukkan hati ibu dengan angin kipasmu..
menambahkan cintaku padamu..

tapi..aku silap..membiarkn kau terbang bebas.
akibatnya kau patah seribu..
betapa gugurnya bulu mataku..

baru ku sedar..ku lebih sayangkan nenek..
nenek ku sayang..

TERIMA KASIH

Wednesday, November 11, 2009

They are not JPA's scholars..


Assalamualaikum..moga-moga ini memberi sedikit manfaat..

Siapakah manusia paling bijak? Mereka ialah yang selalu mengingati mati. Ye..aku sihat lg..muda lg.., tapi mati tak perlukan sakit dan tua untuk menjengah. Cita-cita aku jauuuhhh lg.. aku nak sambung belajar+balik malaysia+kerja+bina keluarga dan kalau boleh nak sampai ke bulan,tapi entah matahari esok dapat dilihat lagi? Tak de jaminan kawan-kawan..

Apa permintaan orang yg telah mati?? Tidak ada apa yg mereka minta pd Allah selain dihidupkan semula untuk beribadat habis-habisan untuk Allah. Tidak ada yg diminta kecuali peluang dikembalikan kedunia hanya seketika utk mengucapkan satu SUBAHANALLAH..satuuu je. Tp apakan daya, lokeknya kita untuk menyebut satu SUBHANALLAH pon di waktu cuti DUA BULAN ni. Kawan-kawan pahala utk satu subhanallah sama dengan besar gunung!! Dalam masa 5 saat shj, kita boleh beroleh pahala yg dahsyat!..tp kita masih kedekut dan terus menjahanamkan diri sendiri.. Menyebut satu subahanallah di atas tilam yg empuk tanpa apa2 kesusahan pon Allah kira sebagai amalan soleh...Subhanallah..Pemurahnya ya Allah..Kedekutnya aku hambamu..hanya ingin menjamah nikmat-nikmat Mu tapi menyebut satu subhanallah pon masih mahu berkira..kawan-kawan sgtlahcemburu org yg dah meninggal pada kita yg masih hidup..bodoh aku yg tak tahu dan tak sedar beruntungnya aku..

Memang kita tak dapat nak menandingi amalan para sahabat yg berzikir BERATUS RIBU kali sehari.. KHATAM al-quran dalam dua rakaat solat sunat... tp kita sangatlah mampu utk berzikir..

SUBHANALLAH(33x), ALHAMDULILLAH(33x), ALLAHU AKBAR(33x) dan ditutup dengan satu LA ILAHA ILLALLAH setaip slps solat fardhu..

ya..kita mampu..Sayang semua kawan-kawan aku..Maha Pemurahnya Allah pertemukan aku dgn korang semua di INTI..

Tuesday, November 10, 2009

Nabil Fikir n Mr. Thinker

Figure 1.b


Figure 1.b shows one example of a living organism and a non-living organism sharing same traits. Scientists call this ''bau-bau bacang". The word bau-bau bacang come from ancient Malay word which means bacang's smell.

*Very informative...i know.. i doubt sir lim and miss see know about this...so plss consider B.L.O.G besides the Starr Text Book that has limited information to ensure better understanding to Biology.

Monday, November 9, 2009

Sijil Penghargaan



Assalamualaikum..

Suatu kejadian yang sangat memberi pengajaran, yang sangat sedih dan memberi kesan seumur hidup bagi sesetengah insan telah berlaku di taman aku. Apa-apa pun tidak diceritkan dalam posting ini...tapi mungkin posting selepas ini.

Terima kasih kepada kamu. Ya, kamu lah. Setiap individu yang membaca ini. Kamu adalah..

1-Nisa Hanisah(pengomentar pertama!! tahniah2!)

2-Husna Sani (satu2nya pembaca luar negara..haha)

3-Hakim Shafie (dia ni pon ade blog.. pergila melawat)

4-Syazwan Adzhar(die ni pon ade blog..menggunakan bahasa yg dahsyat2..HEBAT!)

5-Aiman Zuhali (terima kasih kerana menterjemah..huhu..bile nak buat blog?)

6-Rudy Omri (saudara jauh aku, walopon masih tiada bukti kukuh...)

7-Farah Waheeda (Dr. Cinta.. kalau x de awek..boleh la bercinta dgn Doctor ni)

8-Shafiqah mn (mengetahui ilmu-ilmu bercuti..boleh la mendapatkan kaedah2 khusus bercuti drpd beliau)

9-Syafiqah Jasmin (blog dia ni ibarat poket doremon.."segala benda" ade di sini. Juga terdapat kisah cinta agung antara Guru dan Murid2 Tadika..hehe..)

10-Powerpuffgirl (identiti tidak diketahui..huhu)

11- Azrul Amri Othman (kisah anda menjadi tarikan pelancong di sini..huhu..Azrul Baik! Jom amek BIO2 sem depan...time kasih..)

12- Iqbal Hasnan@ Kurt (Follower kedua aku..yahoo..)

13- Nabil fikri( his name might be derived from Nabil Fikir)

14- Ben 18(cool~!)

15- Dan kepada mereka yg tak dinyatakan..huhu...itula tak nak komen..manelah aku nk ingat..hehe..

Blog ini masih bayi. Masih menyusu. Kasih Sayang sangat diperlukan. Sebagai penjaga, saya berusaha sedayanya menghindarkan B.L.O.G daripada unsur-unsur negatif, supaya tumbersarannya ke arah yg lebih positif..dan kaya dengan DHA yang menghubung sel-sel otak..
Lebih banyak sel otak berhubung lebih cepat proses pembelajaran berlaku..

Mungkin aku yg x cukup DHA nih..

Sunday, November 8, 2009

Tahukah Anda?


Assalamualaikum..

Tahukah anda bahawa aku sedang bercuti selama 2 bulan? Tahukah anda menanti tibanya hari cuti itu lebih seronok daripada bercuti? Tahukah anda betapa tidak cemerlangnya seminggu cutiku berlalu? Taip YATAHU atau TIDAKTAHU ke COMMENT dan anda berpeluang memenangi Scooter Impian Ilyana.

Aku raselah, selain persediaan masuk belajar.. kite sebagai pelajar perlu diberi pendedahan tentang cara-cara menghadapi hari cuti yang sangat mencabar ini. Disebabkan tiada bimbingan daripada pihak berwajib(ye..aku salahkan orang lain..aku tak bersalah..haha) aku telah membuat sesuatu keputusan drastik...iaitu..

Bertunang??..

Oh tidak sama sekali, mahu pun dua kali, apatah lagi tiga dan seterusnya. Aku beli sebuah alat permainan yang menjadi idaman ku serta peminat fanatik bola sepak negara, iaitu sebuah HELIKOPTER KONTROL yang diberi nama HELIKOPTER KONTROL. Kalau helikopter ni perempuan dah lama aku mengorat dia. Ingin ku terbang bersamanya, merayap ke sana sini. Melintas di hadapan burung gagak dan burung unta yg beterbangan di udara. Namun kerana permainan ini tidak boleh dingorat, maka aku membelinya dengan wang ringgit. Begitu mudah helikopter ini menyerahkn cintanya semata kerana wang.

Hari ni masuk hari yg ke 3 aku meluangkan masa bersamanya. Doakan kesejahteraan kami.

Terima Kasih.

Saturday, November 7, 2009

Selamat Pagi Malaysia

Assalamualaikum...

Selamat datang kepada pembaca..Ya, anda yang saya maksudkan! hehe..Blog ini baru mencecah umur 4 hari. Angka menunjukkan betapa bayi nya blog ni dan sedang menjelajah alam sekeliling. Masih dalam proses mengenal maksud sebenar menulis blog.

Cerita kali ni berbeza sedikit, daripada tiga hasil tulisan sebelum ni. Sebab tulah gaya bahasa yg digunakan "len mcm sket.."..utk menyesuaikan dgn isi yg ingin di utarakan.

Dua hari berturu-turut saya(gelaran diri sendiri amat fleksibel) mendengar dua pandangan berbeza daripada dua orang yang berbeza pada hari yg berbeza. Pandangan mengenai "Kes penangkapan Ust Asri". Haaa..sabar-sabar.. Aku bukanlah orang yang layak untuk mengulas tentang perkara ni, tapi ade dua situasi yang menyebabkan aku terfikir panjang. Aku bagitau korang dgn cara yg mudahlah. Tak perlu taip ON MUDAH dan send ke mane2 pon..hanya perlu bace je..kalau nak bacalah..

Hari 1+pandangan 1
-Ustaz 1 ni bgtau yang penangkapan Ust Asri adalah wajar, kerana beliau mmg mengajar fahaman wahhabi(anda tidak perlu menyokong atau membantah krn posting ini pon tidak BIAS). Ustaz 1 ni ada lah kumpul setiap tulisan beliau. Sedikit penerangan dia beritahu kami semua yg mendengar, dan mmg dr situ kami menyokongnya.

Hari2+pandangan 2
-Ustaz 2 pula ada berkata tidak wajar untuk menangkap Ust Asri. Penerangan sedikit sebanyak diterangkan kepada kami. Kita yg mendengarnya pon mmg setuju dgn ustaz 2(kami juga lah org yg setuju dgn ustaz 1 semalam).

Akhirnya aku tidak membuat apa-apa konklusi. Memang agak gentar. Memang sekarang rakyat-rakyat di Malaysia amat memerlukan golongan cendekiawan agama. Islam semakin tergugat, sedangkan aku(kan dah kate..gelaran diri sgt fleksibel) dgn melawan nafsu+dosa-dosi+kelalaian tak selesai2 lagi..tempat mendapat ilmu pon tergangtung2 lagi..

Dalam surah al-fatihah, ayat last bermaksud

"TUNJUKILAH KAMI JALAN YG LURUS,(iaitu) Jalan orang yg telah Engkau beri nikmat kpd mereka; BUKAN (jalan) MEREKA YANG SESAT."


Ketidak pandian aku (bodoh), mmg tak tau sgt psl Wahhabi. So kene la ikut pndangan org yg berilmu. Malangnya aku masih terkapai-kapai kerana pendirian mereka berbeza-beza. Sampai tak tahu maklumat yg dpt ni betul ke tak. Hari ni kata betul, esok2 ade org bentang hujah yg bernas juga tapi menafikan kesahihannya. Aku amatlah berharap, apa-apa yg diperoleh(ditunjuk) bukanlah yang menyimpang.

Semoga apa-apa yg dapat tidak menyesatkan. Lepas ni mase bace Al-Fathihah, ayat last tu.. kalaulah Allah perkenankan, maka selamatlah daripada kesesatan..insya Allah..perkenankanlah Ya Allah tuhanku, Ya Allah tuhan segala-gala, Tiada tuhan selain Engkau Ya Allah, *Please make me your servant.

*( dialog dipetik drpd dokumentari tv3 pasal umat islam di US)





Friday, November 6, 2009

My Lab's Partner

RAJAH 1


Assalamualaikum..

Rajah di atas menunjukkan one of god's creatures, that has been classified by scientist to be genus of homo + species of sapien. Ape-ape jela weii...

Saya perkenalkan partner bio lab aku.. Nama dia Azrul Amri Bin Othman..nama penuh dia aku ingat pon setelah menulis nama dia lebih sepuluh kali dalam lab report. Maknanya, dah lebih sepuluh kali=sepuluh minggu buat lab report baru ingat nama dia..hehe...

Blog ni da macam Paper arab form 3. Bina ayat daripada gambar di bawah. Memang la.. ini la modus operandi blog ni..

Azrul ni makin lama makin berkeyakinan(dari pemerhatian Ben18). Bukti-buktinya dapat dilihat mengikut situasi2 berikut:-

SITUASI 1
-Dia dah pandai melawan kalo aku pukul die..haha..(perlindungan drpd Miss See(lecture bio) tak dieperlukan lagi...Miss See ni pulak, she can see stp kali aku pukul Azrul). Setiap jurus2 aku berjaya ditepis dengan jayanya.

SITUASI 2
-Situasi ini sangat mudah difahami.. kalo aku ejek dia..dia ejek aku balik..itulah yg berlaku baru2 ini... setiap kali "kene" ciptaan ini akan mengeluarkan TIGA jenis bunyi kesukaannya.

1-"Aaayam" (teknik-sebutan Aaaa dipanjangkan beberapa harkat dengan sedikit getaran)

2-Baaa..."(teknik- sekali lagi sebutan aaa.. dipanjangkan +getaran dipangkal halkum)

3-"Menganjil rr"( menganJIL atau menganJING, penulis masih tidak dpt menangkap sebutan sebenar.. digunakan di Pahang yg membawa maksud mengejek)

Namun begitu, bilik Azrul telah berjaya menarik perhatian aku utk menjadikannya tempat menghabiskan masa (bilik yg ketiga selepas bilik hakim +aimansyazwan)..juga ats beberapa faktor penolak dan penarik..

Setiap pengunjung yg masuk bilik ni mesti terkejut dengan nota2 bio yg ditampal kt dinding sebelah katil die..menunjukkan dia ni rajin..

"Rajin gile kau Azrul" mata terbeliak.
"Menganjil rr" jawapan yg dah disangka2.

Khazanah-khazanah yg tidak ternilai juga mudah didapati di sini (perkara yg menjadi buruan penduduk hostel di tengah malam). Dia ni pulak x de rumet..so aku mengambil dua tugas rumet(pertama menjadi rumet jazli, kedua menjadi rumet azrul)..haha..

Bagi pembaca yg berminat boleh taip ON AZRUL dan send ke Azrul_resorts@surat.com dan anda berpeluang memenangi percutian ke bilik azrul...perkhidmatan WiFi desediakan secara percuma!..

Thursday, November 5, 2009

Berdiskusi


Assalamualaikum...

Disebabkan cuti ni tak ade ape2 yang menarik utk diceritakan, maka nak bercerita masa belajar(belajar la sangat) di INTI University Currypuff L'Oreal Paris University. Aku pernah cakap dengan Syazwan Bin Adzhar ( sila rujuk artikel sebelum ini..haha)

"Aku tak rase lagi yang aku ni pelajar INTI" salad membuka bicara.

"Yeke?.." balas Wan, menanti ulasan lebih lanjut

"...............Krik3x.........." celah cengkerik setelah lama menunggu untuk aku menyambung perbualan.

malangnya tidak ada ulasan lebih lanjut..itu je yang aku nk bitau die..hahaha..
__________________________________________________________________

Selain itu,lebih-lebih lagi,tambahan pula... teringat sesi dialog bersama iqbal semasa bosan berkumpul utk group discussion for TRIAL yg dipengurusikan oleh "Loyar Rachel"(betul kot ejaan ni) bertempat di Common Room, dewan utama,bandar utama, 43000 nilai, negeri 'negeri sembilan' darul khusus.

"Iqbal, asal kau support komunis? Macam mane kau bole terpengaruh dengan idelologi diorang?'' tanya salad(seorang manusia yg dilahirkan di hospital bersalin p.pinang)

"Komunis tu, diorangkan memajukan Malaysia'' balas Iqbal

"Mane punye maklumat kau dapat ni??(ckp dalam hati je)"
"Hahaha..yeke?.. cane lak..pelik aku..mane ko dapat maklumat tu?'' salad bertanya

"Kan masa sekolah dulu ade belajar pasal komunis" jawab Iqbal

hahaha..pelik betul.. tak silap aku, dalam buku teks punye lah berpenat lelah memburuk-burukkan komunis. Entah macam mane En. Iqbal boleh memproses data dlm buku tu lain daripada yg lain( dipercayai Iqbal satu-satunya individu drpd spesiesnya yang menykong komunis setelah membaca buku teks sejarah sekolah). Pihak yg bertanggungjawab perlu mengkaji semula buku teks. Demi kesejahteraan sejagat. Asas dia menyokong komunis kerana sayangkan Malaysia. Oklah tu..haha.

Sejurus itu, dengan jurus silat pencak tahap professional level dewata.. PENULIS pernah diajak men join komunis atas faktor2 fizikal PENULIS. Haha.. (die bukan ahli pon..bajet 2010 je). Topi dkt gambar tu milik Iqbal.

** dialog2 di atas itu bukanlah seratus-peratus sama seperti yg dituturkan atas sebab lemah daya ingatan (tidak dobid), tapi isinya still the same..hehe..

Permulaan




Salam.. Pertama-tamanya(kesalahan tatabahasa), blog ini wujud kerana telah lahir kebosanan dlm diri aku ('aku' adalah seorang penulis yg x bertauliah dan kini masih belum ditangkap oleh mana2 pihak berkuasa) yang sedang bercuti selama dua bulan.hahaha..

Mase tulis bende alah ni..aku terbayang muke HAKIM(kwn yg dikenali ktk berceramah di bilik WAN mase awal2 masuk inti), SYAZWAN(kwn yg dikenali n sgt terkenal disekolah die dulu) dan AIMAN (kwn inti yg dikenali sebelum masuk inti, ade jodoh bertemu mase interview JPA n kini bersatu di inti). Depa Semua(DS) mesti tidak sangka aku akn menulis blog. DS ade cakap dulu ktk zaman 90-an...

"Salad, ko tak nak buat blog ke?.. hahaha..Aku nak bace." disusuli senyuman muka penjenayah.

Aku pun turut same gelak~..hahah "aku buat blog??! (sambil gelak muka pembunuh bersiri, dlm hati "aku ade blog lah!"). Banyak lg yg korang x tau psl aku ni.. tak ape2.. bile aku nk bgtau rahsia aku..aku bgtau lah..skang ni bce je blog yg ni.

JAzli.. beliau adalah rumet aku.. (dalam enset aku name die Jazli Rumetku). Seorang yg sgt rajin study + basuh baju. Di mata warga inti aku dgn die tak selalu sama2, tpi di sebalik tabir(bukan kelambu) aku dgn die pon tak selalu sama-sama... Dia berjaya menjadi seorang rumet yg baik( aku pon berjaya kot). Suke sgt pergi kelas awal(terlalu awal), n aku selalu pergi kelas lmbt(tak de la lmbt sgt.. 45 minit je).

okeyh..esok nk cerita psl org lain plk..ini musim berkenal-kenalan..haha..

"ini kisah kami berdua" kata aiman dekat wan.
"eh, kau dah lupa ke?" balas wan.
"ooo..ini kisah kami semua!... di inti currypuff loreal university" jerit aiman**.

**kisah yg ade dalam kepale aku je..
dgn ini saya merasmikan pelancaran Boleh la Observe Gambar=B.L.O.G.. dgn lafaz
Bismillahir-Rahmanir-Rahim...